Tahun 2022....
Edira tiba di Stesen Kereta Api Nrumberg tepat jam 8 pagi. Dari jauh lagi Edira sudah nampak kelibat Encik Lewis dan West. Dengan tergesa-gesa Edira menarik bagasinya untuk mendapatkan ayahnya. Detak tumit tingginya itu menghentak lantai berjubin dengan lekas dan kuat.
KEDEBUK!
Edira terlanggar seseorang tanpa disengajakan sehingga menyebabkan bagasi yang dipegangnya terlepas lalu tercampak ke tepi.
"Oh my-"lafaz Edira dengan nafas tertahan saat memegang bahunya yang sakit.
Edira kejung di situ. Dia cepat-cepat tunduk mengutip bagasi yang terbaring tadi.
"Maafkan saya...."teragak-agak Edira bersuara.
Kemudian tangan itu mencapai pemegang bagasi tersebut dan berlalu pergi dari situ tanpa mengatakan apa-apa.
Tidak sempat Edira hendak pandang gerangan siapa yang dilanggar tadi. Yang sempat dia pandang hanyalah belakang badan seorang lelaki lampai berkot labuh warna hitam.
"Edi!"panggil suara itu tidak semena.
Kepala Edira pantas menoleh. Senyuman terherot dibibir dengan lebar setelah dia pandang wajah orang yang dirinduinya selama enam tahun ini yang biasa dia lihat melalui skrin Skype sahaja. Daddy!panggilnya semasa tunduk mengutip bagasinya supaya dapat bergerak lebih cepat.
"Ayah..."
Kaki itu dengan lekas melangkah ke arah dua orang lelaki yang sedia menunggu sejak tadi situ. Edira mendepakan tangan kanan sahaja. Tubuh tua milik Encik Lewis di peluk dengan mata terpejam. .Tumpah segala rasa rindu enam tahun yang berbuku di dalam dada kerana terpisah dengan keluarga kerana tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar.
Abang kedua Edira, West Lewis yang berdiri di belakang sudah tersenyum lebar saat memerhatikan dua beranak itu melampiaskan rasa rindu masing-masing. "Ehem.aku tak ada ke?"
Edira melepaskan pelukannya apabila mendengar deheman itu. Bersama senyuman gembira berbaur sebak, dia depakan kedua-dua tangan yang bebas ke arah abangnya itu. "Hai...apa khabar?"matanya terpejam seketika semasa menarik nafas dan dihela lega apabila tubuh lelaki yang amat di rinduinya.
West kucup tepi kepala Edira dengan kuat. Lega kerana dapat juga menemui adik bongsu perempuannya ini. "Aku sihat.." jawabnya sambil itu.
"Mama tak ikut sekali ke?"soal Edira saat menjenguk leher ke belakang bahu West. Mana la tahu mama dia ada.
"Mama sibuk dengan cucu baru dia lah..kan Kak Elissa kamu baru sahaja bersalin."beritahu Encik Lewis semasa capai bagasi Edira dan mula mendorong mereka berjalan pergi dari situ.
"Hahaha...serius?Bila?Edira ingatkan seminggu lagi?Mesti Eric terkejut kan."ujarnya merujuk akan abang sulungnya suami kepada kakak iparnya, ,Elissa.
"Memang terkejut, Eric terus tempah tiket flight hari dia kursus tu...tak sempat nak buat apa-apa." beritahu West.
Edira menggeleng kepala tak percaya. Bibirnya mengetap garis nipis. "Kalau macam tu singgah la mana-mana baby store. Edira tak ada hadiah untuk anak saudara baru Edira tu..."dia menarik lengan Encik Lewis sementara Eric ikut dari belakang dengan senyuman lebar di bibir.
"Baby boy tau...jangan kau beli pakaian warna pink pulak..."
"What baby boy?Lagi?Hahaha..habis la. Louis mesti tercabar kalau tahu adik kecik dia tu lelaki.."
"Kak Elissa kamu ingat dapat baby girl...rupanya bukan..monyok sekejap kakak ipar kamu tu.."
Edira melentokkan kepala ke bahu Encik Lewis semasa mereka anak beranak jalan seiring pergi dari situ. Ketawa riang menceritakan itu dan ini mengenai sesuatu.
✨✨✨✨✨
Pada masa yang sama, dari penjuru stesen kereta api itu, muncul lelaki yang melanggar Edira sebentar tadi. Memegang telefon di telinga kanan, lelaki itu jalan dengan muka tidak puas hati dan kerutan mencerun di kening.
"Mommy...please...kita bincang lain kali."
"Nak bincang bila lagi?Kamu tu selagi ada kerja...kerja..kerja aje la..."
"Kian balik sekejap lagi. Kita borak kemudian."
"No. Mommy nak kamu balik sekarang. Bukan singgah ke pejabat ke site ke apa ke....mommy tak nak."
Sebaik dia berhenti di depan pintu keluar, sebuah kereta hitam siap diparkir di situ. Driver tersebut bergegas mendapatkan bagasi dari tangannya waktu itu. Di saat kepalanya berpaling ke kanan, ketika itulah kelibat Edira dan keluarga gadis itu melintasi sisi kirinya.
"Ada beberapa urusan yang Kian perlu uruskan sebelum tu.."keluh Kian saat tunduk memberikan bagasi kepada drivernya.
"Lihat tu...itu yang mommy pantang dengan kamu. Kenapa ya kamu hadapkan sangat kerja tu?Langsung tak fikir apa-apa selain kerja..projek...klien..meeting. Agaknya kalau kerja k.amu tu hidup..lama dah kamu berkahwin dengan kerja kamu tu.."
Bebelan itu di dengar Kian sehingga la lelaki itu tunduk masuk ke dalam kereta dan ambil tempat di seat belakang. Tutup sahaja kereta itu, sebuah kereta yang dinaiki oleh Edira pun melewati kereta Kian.
✨✨✨✨✨✨✨
YOU ARE READING
44. Ex Boyfriend Itu Suamiku
Romance🐬PAID VERSION DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Sejak 15 tahun lagi mereka telah bersama. Seperti belangkas. Sukar berpisah dan sentiasa ada di samping antara satu sama lain tidak kira susah dan senang. Walaupun mereka tahu mereka tidak boleh bercinta di...