Prolog

28 2 0
                                    




Di suatu tempat yang jauh, tempat yang dipenuhi dengan alam semula jadi yang sempurna bebas dengan kerosakan dunia dan aman. Air sungai yang jernih mengalir perlahan yang tanpa penghujung, bunga mekar sepertinya tidak akan pernah layu dan langit yang sungguh cerah namun tidak berasa begitu panas. Dalam jarak yang tidak seberapa jauh itu, kelihatan kelibat seorang lelaki yang memakai jubah putih sedang bergerak mendekati lalu berkata sesuatu. Sepertinya dia ingin mengatakan sesuatu kepada Fujimaru.

"Mulai sekarang, aku akan memberitahu akan perihal masa hadapan.Takdir di suatu tempat dimana kepulauan yang menjadi tanah makluk misteri pari-pari. Yang tidak bersalah akan pulang. Istana yang dimiliki ratu yang tiada penghujungnya. Bagai hujan dan abu, ia berkumpul. Bagai salju dan penipuan, ia menghilang. Harapan kami berada di penghujung. Meskipun kini berada di dalam genggaman ratu, akan bertahan selama yang mungkin. Di pagi setelah 2000 tahun telah pun berlalu akan lahirnya penyelamat. Yang menyatukan manusia dan pari pari. Dia yang akan menyelamatkan dunia. Bagaikan kupu-kupu yang tertarik kepada unggun api. Meskipun ianya mula dengan percikan yag kecil, walaupun kalau ianya tidak kelihatan. Bandar besi, lautan penuh dengan sabut. Apabila kebencanaan di elak, perjalanan suci disambut. Dibimbing dengan Tongkat Pemilih, serta dengan bantuan pegembara asing, dia yang menjadi penyelamat akan pasti mencapai takhta. Raja sejati mengambil takhta. Mahkota diterima dipenuhi dengan darah. Berdering, kemarahan ratapan yang berapi-api. Bentara dengan enam loceng, memberi laluan kepada raja yang sejati. Sebelum malapetaka merah sampai. Sebelum malapetaka hitam mengigit. Kami mungkin malas dalam melaksanakan tanggungjawab, tapi kami berketurunan pari-pari yang bebas. Harapan yang masih hilang. Mengingini hari esok yang cerah..."

"Bagaimana dengan puisi yang tidak begitu jelas dengan maksudnya, tapi awak masih boleh memahami serba sedikit?" Tanya lelaki berjubah puith tersebut. Fujimaru sedang memproses tentang cerita atau puisi yang diceritakan oleh lelaki tersebut. Meskipun dia tidak pasti adakah dia memahami apa yang lelaki yang katakan, tapi dia seolah-olah merasakan sesuatu akan berlaku di masa akan datang berdasarkan cerita itu. Fujimaru ingin meminta lebih penjelasan. Namun belum sempat dia ingin berkata sesuatu, lelaki itu menyambung "Apa? Ramalan memang seperti ini. Maksudnya mungkin samar atau kabur apabila pertama kali awak mendengarnya. Apabila ianya berlaku, ia akan berlaku. Seperti sumpahan yang melekat secara rahsia dibelakangmu."

Penglihatan Fujimaru tiba-tiba semakin kabur dan seperti ada seseorang yang menganggu. Lelaki itu pun terkejut dan mengatakan kepada Fujimaru pertemuan mereka sampai di situ sahaja. Nampaknya dia telah dikesan oleh seseorang yang tidak diingininya. Sebelum lelaki itu menghilang, dia sempat menyatakan rasa kesalnya tidak dapat sertai perjuangan mereka buat kali ini, akan tetapi dia tidak merasakan risau kerana dia pasti akan bertemu dengan Fujimaru. "Aku akan menunggu awak dan Chaldea di masa akan datang, nantikan pada masa itu..." lelaki tersebut senyum kepada Fujimaru sebelum menghilang bersama dengan tempat yang

Fujimaru tersedar dari tidurnya. Dia mengusap matanya dan cuba merengangkan tangannya. Meskipun dia baru bangkit dari tidur ingatan segar masih tentang apa yang berlaku dan cuba memproses benda yang berlaku tadi. Adakah dia sedang bermimpi? "Tapi jikalau ianya mimpi kenapa apa yang berlaku dalam mimpi tersebut kelihatan seperti benar terjadi?" Hatinya berkata. Dalam tengah kusut memikirkan akan mimpinya itu, Fujimaru dikejutkan oleh Fou, haiwan peliharaan Chaldea. Fou! Fou! Belum sempat membelai haiwan tersebut, siren kecemasan berbunyi dan bergema dalam Novum Chaldea tersebut. Hologram muncul di hadapan Fujimaru dan ianya mesej daripada Sion.

"Ahem testing 1..2..3, ok selamat pagi kepada semua staf Chaldea, saya ingin mengumumkan sesuatu yang mustahak.Sebelum itu saya meminta maaf menganggu pagi anda, baru sahaja tadi sebelum jam 7 pagi pergerakan telahpun dikesan pada Lostbelt Britain, tolong jangan panik dan segera berkumpul di bilik kawalan utama!" Fujimaru bergegas mempersiapkan dirinya sebelum menuju ke bilik kawalan utama Novum Chaldea. Sampai sahaja dibilik kawalan, Fujimaru melihat Mash dan Emiya baru sampai dibilik kawalan utama dikuti oleh beberapa staf dan pengarah baru Chaldea Goldorf bersama Holmes. "Mash melaporkan untuk bertugas! Uhm apa yang sedang berlaku Master?" Nada Mash yang bersemangat. Goldorf memberi komen kepada Mash yang Fujimaru sendiri pun tidak pasti tentang situasi berlaku sekarang. Emiya hanya mengangguk apa yang dikatakan oleh pengarah mereka itu.

Fate/Alternative Order Avalon le Fae: Fairy Realm of the Round Table Where stories live. Discover now