Bab 1

13 1 0
                                    


Gelap. Persekitaran di bilik kawalan storm border senyap. Fujimaru membukakan matanya. Matanya yang tidak dapat melihat dengan perkara di sekelilingnya akibat kurang pencahayaan. "Adakah aku tertidur?" Fujimaru bermonolog. Meskipun sedikit pening, dia berusaha untuk bangkit dari kerusi dan melihat keadaan sekelilingnya setelah matanya menyesuaikan dalam keadaan gelap. Fujimaru menoleh sebelah kanan dan mendapati yang Emiya berada di sebelahnya itu pun dalam keadaan sama, tertidur. Setelah dikejutkan oleh Fujimaru, Emiya sedar dan menanyakan apa yang berlaku. Dalam keadaan yang malap tersebut, Emiya mencuba menghidupkan sistem kecemasan kapal manakala Fujimaru pergi mengejutkan yang lain. Setelah beberapi kali membuat percubaan, Emiya gagal menghidupkan sistem komputer kapal. Mash dan staf lain yang baru sahaja bangun mempunyai pengalaman yang sama. "Urghh apa yang saya ingat yang kapten Nemo katakan kita telah berjaya menerobos masuk melalui dinding cahaya tetapi selepas itu semuanya...hmm saya tak ingat apa yang berlaku... kejap kenapa bilik kawalan dalam keadaan gelap?" Kata Goldorf yang sedang bingung memikirkan situasi mereka sekarang. Fujimaru mencari kelibat kapten Nemo untuk meminta penjelasan dengan apa yang sedang berlaku. "Kapten, awak okey tak? Apa yang sedang berlaku sekarang?" Tanya Fujimaru. Keadaan Kapten Nemo agak sedikit lemah. Riak wajahnya agak kelihatan pucat seperti kekurangan Mana.

"...Urghh maaf semua anak kapal. Sekarang ini... agak susah untuk saya untuk bercakap.."Nada Kapten Nemo yang tidak bertenaga itu. Sama seperti Kapten Nemo, sepertinya Holmes juga turut mempunyai simptom yang sama. "Apa.. tak kenapa Holmes dan kapten Nemo dalam keadaan lemah??" Mash yang dalam keadaan risau. Sedang seluruh anak kapal dalam keadaan yang kebingungan, pintu bilik kawalan utama terbuka. "Biar saya terangkan!!"  Kata Da Vinci yang dari dalam bilik komputer utama. "Da Vinci? Awak okay?" Mash yang dalam keadaan terkejut itu bertanya. Melihat dari riak wajah dan keadaannya, nampaknya Da Vinci tidak mengalami simptom yang dihadapi oleh Holmes dan Kapten Nemo memandangkan dirinya berasal dari klon Da Vinci yang asal.

"Mash seperti yang awak lihat saya dalam keadaan yang baik, oh ya berbalik dengan apa yang telah berlaku, ketika semua anak kapal berada dalam keadaan koma, saya yang berada di dalam bilik komputer utama dapat menghindari apa yang berlaku dengan semua orang disebabkan saya kekal dengan sync dengan komputer utama di dalam Border." Da Vinci menghela nafasnya sebelum menyambung penjelasannya. "Jadi, setelah apa yang berlaku, saya melakukan analisa penuh terhadap keadaan di dalam kapal dan diluar sana." Holmes seperti seorang detektif dapat mengagak bahawa situasi yang dialaminya sekarang sama seperti apa yang berlaku di Lostbelt China sbaik sahaja mereka masuk ke dalam lostbelt ini. Deduksi Holmes menyatakan 'Heroic Spirit' tidak berfungsi di dalam lostbelt ini atau lebih tepat 'Heroic Spirit' yang berasal dari sejarah manusia. Dalam kata lain 'sejarah manusia' tidak wujud disini.

"Betul apa yang awak katakan Holmes, persis seperti seorang detektif yang sebenar." Puji Da Vinci. Emiya yang mendengar dari penjelasan dari Da Vinci dan Holmes itu merasa hairan kerana apa yang telah alami oleh Kapten Nemo dan Holmes itu tidak memberi kesan terhadapnya. "Da Vinci, aku tak merasakan seperti Holmes walaupun aku juga seorang 'Heroic Spirit', jadi apa yang membuatkan aku tidak mengalami seperti mereka?" Soal Emiya. Disebabkan kepulauan ini merupakan Britain yang mempunyai hubungan dengan lagenda King Arthur/Artoria, dia mengimbas memorinya di peperangan Holy Grail yang ke-5, di mana dia merupakan Master kepada Saber Artoria. Emiya membuat andaian yang bahawa dia merasakan dirinya mempunyai hubungan dengan tempat ini disebabkan hubungannya dengan Artoria. Dia ingin menyuarakannya tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada andaiannya betul atau pun tidak. "Saya sendiri pun terkejut apabila saya melihat keadaan awak tadi dan bagi menjawab persoalan awak, saya juga kurang pasti dengan itu, memandangkan baru sahaja tadi saya memeriksa 'Saint Graph' dari Border semua di dalam keadaan tidak aktif kecuali awak." Jelas Da Vinci.

"Pokoknya apa yang saya ingin terangkan di sini tiada asas untuk kewujudan 'Heroic Spirit' dari 'Proper Human History' di lostbelt ini. Lostbelt China adalah tempat dimana wira tidak diperlukan sama sekali, tetapi, disini Britain tidak mempunyai langsung sejarah perwira yang direkodkan. Ini menyebabkan 'Heroic Spirit' dari 'Proper Human History' tidak dapat mewujudkan diri mereka di kepulauan British ini melainkan Emiya." Tambah Da Vinci. Gordolf merasa gusar dengan jawapan dari Da Vinci. "Lostbelt ini masih wujud meskipun sudah melangkah ke tahun 2022 bolehkah sejarah manusia seperti ini wujud!? Dan Awak Emiya, awak ada apa-apa hubungankah dengan Lostbelt ini!?" Soal Goldorf. Emiya cuma mengelengkan kepalanya mengatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan lostbelt ini. Holmes kemudiannya menjawab persoalan Goldorf.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fate/Alternative Order Avalon le Fae: Fairy Realm of the Round Table Where stories live. Discover now