BAB 1

639 69 20
                                    

"Seterusnya, penganugerahan ijazah sarjana muda pengajian strategi dengan kepujian kelas pertama."

"Leftenan Muda Dahlia Ammara binti Dato' Zamarul Shah, TUDM."

Dengan bangganya Dahlia menapak menaiki tangga untuk menerima segulung ijazah, ijazah yang diusahakan olehnya selama 5 tahun.

"Terima kasih, tuan canselor." Senyuman tidak lekang dari bibir Dahlia.

"Sama-sama, teruskan berkhidmat untuk negara. Kirimkan salam saya pada ayah awak."

…..

Keluar sahaja dari dewan konvokesyen, mata Dahlia meliar mencari dua orang insan yang terpenting dalam hidupnya.
Matanya terus tertancap pada pasangan yang sedang berdiri dibawah pokok sambil memegang sejambak bunga.

Kaki melangkah laju ke arah pasangan tersebut. Apabila jarak antara mereka semakin dekat, Dahlia mula mengubah cara berjalan kepada kawad kaki.

Sampai sahaja dihadapan mereka, Dahlia menghentakkan kakinya dan memberi tabik hormat kepada pasangan tersebut.

"Saya, Leftenan Muda Dahlia Ammara melapor diri, Tuan Panglima."

Lelaki di hadapannya itu juga membalas tabik hormat yang diberikan oleh Dahlia. Badan Dahlia ditarik dan dipeluk erat, begitu juga dengan isteri disebelahnya.

"Tahniah, anak abah." Ucap lelaki tersebut.

Leftenan Jeneral Dato' Zamarul Shah bin Ahmad Hasnol, Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

"Nak juga ikut jejak abah dia, cuba lah ikut jejak ibu ni." Bebel Datin Marissa yang juga merupakan ibu kepada Dahlia.

"Ish, Dahlia tak minat lah masak-masak ni. Leceh!" Balas Dahlia, kaki mula menguis-nguis jalan tar. Mahu ikut jejak ibunya menjadi chef? Memang tidak lah!

"Apa nak jadi kamu ni, nanti lepas kahwin kena masak juga. Masa ni lah kamu nak belajar memasak."

"Dahlia tak nak kahwin lah ibu. Dahlia nak membujang sampai dapat pangkat Jeneral macam abah. Baru lah slay, kan abah?"

"Eyy, aku cepuk juga budak ni." Tangan Datin Marissa sudah naik bersedia untuk memukul Dahlia. Dengan pantas Dahlia berlari dan menyorok dibelakang abahnya.

"Tuan, musuh dah mengganas!" Jerit Dahlia, berlindung di sebalik tubuh tegap ayahnya.

"Bersedia, peluru berpandu akan dilepaskan." Balas Dato' Zamarul sekaligus mencucuk-cucuk perut isterinya menggunakan jari telunjuk.

"Eh cocot! Cocot opocot!" Latah Datin Marissa. Tergendala niatnya hendak memukul Dahlia.

"Misi berjaya, tuan! Musuh telah ditumpaskan." Kata Dahlia sambil menepuk tapak tangan ayahnya, high five!

Ting!

Sedang asyik tiga beranak itu bergurau senda, tiba-tiba Dahlia mendapat satu notifikasi dari telefon bimbitnya. Serta merta bibir mengoyak senyuman yang paling manis, buah hati dah panggil!

"Ibu, abah… Dahlia nak jumpa kawan sekejap. Ibu dengan abah tunggu dekat kereta tau, nanti Dahlia datang." Kata Dahlia seraya melangkah menuju ke arah kawasan yang agak terpencil.

Kelihatan seorang lelaki berbadan tegap dan beruniform celoreng hijau sedang berdiri membelakanginya.

Dahlia mula berjalan perlahan-lahan ke arah lelaki tersebut, niat mahu memberi kejutan pada jejaka itu.

"Saya tahu awak ada dekat belakang saya, Dahlia." Kata lelaki yang masih membelakangi Dahlia.

"Ish, buat-buat lah terperanjat. Tak romantik langsung." Balas Dahlia. Lelaki tadi mula memusingkan badannya menghadap Dahlia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 27, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KING'S PAWNWhere stories live. Discover now