1

542 44 2
                                    

Jarum jam di dinding sudah menunjukkan pukul 7 malam namun Fariha Marissa masih statik menghadap komputer riba miliknya. Dengan mata yang sembab dan hidung yang berair dan merah, Fariha fokus menghadap filem Taiwan yang berjudul Men In Love yang terlayar di skrin komputer ribanya.

Sekejap, esakan kecil kedengaran. Sekejap, raung kecil pula yang kedengaran. Acap kali tilam empuknya ditepuk kasar dan patung beruangnya dihempas kasar sambil air mata mengalir laju di pipi pauh dilayang miliknya.

" A'Chenggggg!!!"

Teriak Fariha saat babak di mana abang kepada watak utama cerita itu menerima lampu kedai barber oleh mendiang adiknya terlayar di skrin komputer ribanya.

Sehelai tisu dirabus kasar dan Fariha mengesat air mata serta menghembus hingus yang meleleh keluar dari lubang hidungnya. Digumpal tisu itu dan dicampak di longgokan tisu di lantai bilik.

Hampir beberapa minit selepas itu, Fariha menutup komputer ribanya apabila filem yang ditonton habis. Fariha termenung seketika, sedunya masih berselang seli dengan esakan kecil.

Setelah hampir 5 minit meredakan diri, Fariha mencuci mukanya, dia merenung wajahnya yang sembap akibat menangis. Seterusnya Fariha membersihkan longgokan tisu yang dicampaknya ke lantai. Komputer tiba diletakkan di atas meja dan Fariha pun merebahkan diri di atas katil empuk miliknya. Mahu tidur sebentar bagi merehatkan diri yang penat menangis.

" Uhhh..." keluh fariha. Mata sekelip mata memberat dan tidak sampai lima saat, dia sudah dijemput mimpi. Dengkuran halus mula kedengaran.

Akan tetapi, nikmat dunianya yang satu itu lenyap apabila pintu biliknya diketuk berkali-kali dari luar. Kedengaran suara seseorang memanggil namanya berkali-kali.

" Adik! Adik! Buka pintu ni." jelas kedengaran suara abang sulung Fariha iaitu Farhan Mikael memanggil adik bongsunya itu.

" Nak apa?" jerit Fariha sedikit lantang bagi membolehkan abangnya yang berada disebalik pintu dengar akan suaranya.

" Mama dengan papa nak jumpa, ada something nak bincang ni. Turun sekarang." balas Farhan. Dia menanti adik bongsunya itu membuka pintu. Kalau dia biarkan saja adiknya itu turun dengan sendiri memang sampai kiamat pun adiknya itu tidak turun.

" Adik penat gila ni bang, cakap kat mama papa nanti nantilah bincangnya. Aduhhh..." keluh Fariha. Dalam hati sudah mendongkol geram. Apalah yang ingin dibincangkan oleh papa dan mamanya itu?

" Tak boleh! Ini soal hidup dengan mati kau dik. Silap-silap arwah kau kalau mama dan papa ambil keputusan tanpa persetujuan kau." ugut Farhan.

Fariha bangun dari perbaringannya lalu duduk dibirai katil. Mata memandang penuh geram ke arah pintu.

" Yelah, yelah! Kejap." balas Fariha. Hatinya juga penasaran ingin mengetahui apakah hal penting yang ingin dibincangkan oleh mama dan papanya. Nak bagi mereka adik beradik ni adik baharu ke? Ish, janganlah. Mama dah tua, lagipun dia tidak mahu status 'anak manja'nya dirampas oleh orang lain.

Selesai merapikan rambutnya dan membasuh mukanya sedikit bagi segar, Fariha melangkah keluar daripada bilik. Farhan yang setia menanti adiknya itu segera menarik lengan adiknya menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Fariha yang tidak bersedia hanya menurut langkah abang sulungnya itu.

" Perlahanlah sikit bang, apa kau ni?!" dengus Fariha. Ingat dia lembu ke nak main tarik-tarik macam ni?

Sesampai sahaja di ruang tamu, langkah Fariha terhenti. Terkedu dia melihat gerangan yang duduk di sofa berkembar bersebelah sofa tiga yang diduduki oleh mama, papa dan kakaknya Farina.

Fariha berjalan ke arah gerangan tersebut untuk bersalam.

" Tok Ma, Tok Pa." Fariha menghulurkan tangannya dan disambut oleh kedua-dua orang tua bapanya itu. Fariha berjalan ke arah sofa single lalu dilabuhkan duduknya disitu. Farhan mengambil tempat di kerusi malas bersebelahan Fariha.

" So, Fariha dah sampai. Mokhtar, jalankan tugas kamu." ujar Tokma seraya memandang ke arah wajah anak lelakinya itu. Papa kelihatan teragak-agak ingin mengatakan sesuatu. Mereka yang lain hanya setia menunggu, terutamanya Fariha.

" Adik, hari ni Papa nak minta persetujuan adik, bukan, Papa nak beritahu adik. Dalam tempoh masa lagi empat bulan, adik akan dinikahkan dengan lelaki pilihan Tok Ma dan Tok Pa. Majlis buat sama sama dengan majlis nikah kakak." beritahu Papa. Semua mata memandang ke arah Fariha. Fariha yang masih blur hanya menayang wajah toya.

" Okay, then?" tanya Fariha. Farhan dan Farina menayang wajah terkejut. Aik, adiknya setuju ke? Kenapa adiknya seperti tidak terkejut? Atau memberontak?

" Adik setuju ke? Tak, adik faham tak apa yang Papa beritahu tadi?" soal Farhan. Fariha mengangguk.

" Adik akan nikah dalam tempoh masa lagi empat bulan dari sekarang kan? Dengan lelaki pilihan Tok Ma and Tok Pa? Why?" soal Fariha pula. Kahwin je kan? Ke suruh kahwin sambil berenang dekat Laut Segi Tiga Bermuda?

" Adik okay ke? Nikah dengan lelaki yang adik tak kenal? Adik, ni nikah betul-betul tau bukan main-main." sekali lagi Farhan mengingatkan adiknya, manalah tahu adiknya ingat ini semua prank. Otak adiknya ini bukan boleh percaya sangat, kadang-kadang biul.

" Adik okay je Long, memanglah adik tak suka. Tapi apa boleh buat? Memang semua adik beradik kita ni nikah dengan pilihan Tok Ma dan Tok Pa kan? Abang pun nikah dengan pilihan Tok Ma and Tok Pa. Angah pun sama, and next Kakak pun sama. So, adik dah boleh expect yang adik pun akan sama juga. So why bother?" ujar Fariha selamba. Dia sudah masak dengan perangai Tok Ma dan Tok Pa yang selalu ingin anak menantu dan cucu-cucunya mengikut telunjuk mereka.

" Baguslah kalau Fariha dah tahu, Tok Pa harap yang Fariha tidak buat hal lah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Pihak lelaki dah bersetuju. Jadi, Tok Ma dan Tok Pa nak Fariha tolong jangan malukan keluarga. Cukuplah-"

" Cukuplah apa? Cukuplah Angah buat hal sampai dia dibuang keluarga sebab dia terus memberontak tak mahu ikut pilihan Tok Ma dan Tok Pa and at last dia menderita sebab kahwin dengan gadis pilihan dia? Tok Ma dan Tok Pa sanggup hancurkan hidup cucu kandung Tok Ma dan Tok Pa sendiri as long as keinginan Tok Ma dan Tok Pa tercapai kan? Oh, don't worry Tok Pa, your lovely grand-daughter ni takde boyfriend. So, bolehlah Tok Ma dan Tok Pa tarik tali dekat hidung Fariha ni sesuka hati Tok Ma dan Tok Pa." belum sempat Tok Pa ingin menghabiskan ayatnya, Fariha terlebih dahulu menyampuk.

" Fariha Marissa! Language! Papa tak ajar kamu kurang ajar macam ni dengan Tok Ma dan Tok Pa. Minta maaf sekarang!" marah Papa. Matanya mencerlung tajam ke arah Fariha. Sudah dia jangka anaknya akan berbahasa kasar dengan ibu dan ayahnya.

Fariha mendengus kasar.

" Apa Pa? Salah ke apa yang adik cakap? Angah memang menderita sebab Tok Ma dan Tok Pa. I said what I said!" balas Fariha lantang.

" Kamu masih budak mentah Fariha, hanya tahu nak berdegil, keras kepala, kuat menjawab, kurang ajar! Tok Ma dan Tok Pa buat semua ni untuk kesenangan hidup kamu juga! Ikut suka hati kamu apa yang kamu nak cakap tapi apa yang Tok Ma dan Tok Pa tahu, kamu tetap akan menikah dalam tempoh masa yang dah kami tetapkan. Kalau kamu berani buat hal, kamu terimalah akibatnya." sinis Tok Ma mengugut. Fariha menahan geram di dalam hati. Ergh, susahnya hidup dapat nenek dan datuk tak guna macam ni!

" Alright, don't worry Tok Ma dan Tok Pa. I will fulfill your wishes. Fariha tak buat macam yang Angah buat, Fariha cucu yang baik. Ada apa apa lagi? Kalau tak ada, Fariha nak naik. Nak rest, tadi menangis tengok movie banyak sangat sampai penat. Duduk dekat sini hadap muka Tok Ma dan Tok Pa bertambah penat Fariha jadinya. So, bye!" tanpa menunggu balasan, Fariha terus bangun dan melangkah meninggalkan mereka semua.

Panggilan Papa dan Mama yang memanggil namanya langsung tidak dihiraukan. Hatinya tengah panas sekarang, tiada masa dia ingin menghadap sesiapa. Leave me alone!

-----

Awal-awal kasi pendek dulu. Jangan mengharap ada update dalam masa terdekat, me is sangat busy dengan kehidupan di dunia fana ini.

Enjoy!

23 October 2022

SIGNORA : Love And RevengeWhere stories live. Discover now