Fariha kembali menghempaskan badannya ke atas katil empuk miliknya. Dalam kepala sudah serabut memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk melepaskan diri daripada belenggu kahwin paksa ini. Apa ingat dia akan bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki yang langsung dia tidak kenali ke? No way in hell it's gonna happen!
Bagaimana kalau lelaki yang bakal dia nikahi itu tidak melayani dirinya selayaknya seorang isteri? Atau, bakal suaminya itu seorang yang panas baran? Tidak sanggup untuk Fariha memikirkannya. Namun, untuk menolak perkara tersebut tidak mampu Fariha lakukan.
Fikirannya menerawang memikirkan kejadian yang menimpa abang keduanya yang berterusan memberontak apabila dijodohkan dengan wanita pilihan Tok Ma dan Tok Pa. Betapa tersiksanya abang keduanya itu angkara Tok Ma dan Tok Pa. Tiba-tiba, hati Fariha menjadi sayu apabila terkenang peristiwa tersebut. Keseluruhan peristiwa yang hanya dia dan Farhan yang tahu, itu pun kerana Farhan terdetik mahu cerita padanya tentant tragedi yanh menimpa abang keduanya, Farhain kerana Angahnya itu paling rapat dengannya.
Flashback
Farhain tercengang saat mendengar berita bahawa dia akan dijodohkan dengan wanita lain. Tidak, perkara ini tidak boleh terjadi. Dia sudah punya pilihan hati, yang dia sayangi dan cintai. Dia tidak tabah seperti abang sulungnya yang hanya menurut segala kemahuan Tokma dan Tokpa.
" Maaf Tokma, Tokpa. Tapi Angah dah ada pilihan hati Angah sendiri. Angah sayang dan cintakan dia. Angah tak boleh terima orang lain." balas Farhain, membantah secara lembut permintaan kedua orang tua bapanya itu.
" Tokma tak minta pendapat kau, Farhain. By hook or by crook, kau mesti kahwin dengan gadis pilihan kami. We don't give you a choice, we give you an order." balas Tokma angkuh. Wajah mendung cucunya itu langsung tidak melembutkan hati tuanya. Apa yang dia tahu, kemahuannya harus dipenuhi.
" Dan Angah juga akan berkeras untuk tidak terima perkahwinan ni. Angah ada hak untuk berkahwin dengan sesiapa yang Angah suka. Angah tahu apa yang terbaik untuk diri Angah." balas Farhain keras. Ingat mereka hidup di zaman Neolitik ke apa main nak paksa-paksa sebegini? Apa yang cetek akal sangat Tokma dan Tokpa ni?
YOU ARE READING
SIGNORA : Love And Revenge
RomancePernikahan aturan keluarga? Sangat lapuk! Tersangatlah lapuk. Tetapi apa yang mampu dilakukan Fariha Marissa apabila itulah jenis pernikahan yang dihadapinya. Nikah bersama lelaki yang tidak pernah wujud dalam hidupnya memang tiada dalam rancanganny...