"alisya! tolong akak sini!"
tergopoh-gapah gadis bernama alisya haura mendekati zura, salah seorang pekerja di pixie bookstore.
"ya akak? ada apa yang boleh alisya tolong?" soalnya. zura mengambil kotak yang berisi dengan buku novel yang baru sahaja sampai ke kedai itu. kemudian, kotak itu dihulurkan kepada alisya.
"nah. buku-buku ni pergi susun dekat rak kosong depan tu." arah zura. alisya mengangguk kecil sebelum menyambut kotak tersebut. dengan berhati-hati, dia bergerak menuju ke arah rak yang disebutkan.
alisya membuka kotak sebelum mengambil beberapa buah buku untuk disusun. dia membaca tajuk buku yang berada di tangannya.
"bintangku." bacanya perlahan. tanpa dia sedar, dia tersenyum kecil.
baru sahaja gadis itu mahu menyusun, badannya ditolak kuat oleh seseorang. alisya jatuh terjelepok.
"oops! sorry. tak perasan ada kera kat sini." alisya mengambil nafas dalam sebelum memandang ke arah gerangan yang menyindirnya.
hanis.
sejak kali pertama alisya haura bekerja di kedai buku itu, seringkali hanis menganggunya. semua berpunca daripada alisya yang tidak mahu bercakap dengan sesiapa.
alisya bukanlah tidak mahu menyapa rakan sekerjanya, namun dia segan. tambahan pula, alisya merupakan seorang introvert.
sudahnya, hanis dan beberapa orang rakannya memanggil alisya dengan panggilan 'kera'.
"hanis." hanis menjeling alisya sebelum bergerak pergi. alisya menghela nafas.
"sabar haura. Allah tak suka orang yang tak penyabar." pujuk alisya kepada dirinya sendiri.
—
waktu sudah menunjukkan suasana hampir maghrib. alisya mendekati pintu keretanya dan dibuka perlahan. keluhan berat dilepaskan. sebaik sahaja dia memasuki perut kereta, telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
alisya mencapai tote begnya dan meraba-raba bagi mencari telefon. kemudian, panggilan itu diangkat dan telefonnya dibawa ke telinga.
"hello ibu?" sapanya.
"maaf ibu. adik baru je keluar kedai ni. on the way balik." ujarnya. sudah agak. ibunya pasti akan melenting kerana dia pulang lewat. bukan dia tidak tahu sifat ibunya yang suka sangat melepaskan marah kepadanya. mentang-mentanglah dia anak bongsu, tidak begitu tinggi pula tu pelajarannya. lagilah ibunya mengamuk.
"baik ibu. adik nak balik ni. doakan ad-" tut..tut.. panggilan dimatikan oleh si pemanggil sebelum sempat alisya menghabiskan ayatnya. sekali lagi, alisya haura melepaskan keluhan berat.
"ya Allah, alisya tak kuat." rintihnya kepada Sang Pencipta. alisya menghapus air mata yang keluar sedikit daripada tubir matanya sebelum memulakan perjalan pulang.
tidak sampai lima minit keretanya menyelusuri jalan, alisya seakan melanggar sesuatu yang keras. break kereta terus ditekan secara mendadak. jantungnya mengepam darah keseluruh tubuhnya dengan laju. alisya, apa kau buat ni?!
gadis itu cuba menggagahkan diri untuk keluar daripada kereta. berkali-kali dia mengucap kalimah Allah. sebaik sahaja dia melihat keadaan di bumper hadapan keretanya, alisya menjerit kuat.
"YA ALLAH! ENCIK!" jerit alisya dengan cemas. dia telah melanggar seorang lelaki! alisya buntu harus bagaimana. nak pegang, dosa. aduh alisya! fikirlah!!
"encik, encik okay?" jejaka itu memandang alisya dengan pandangan terkejut. aku berkerut dahi menahan sakit dia boleh tanya aku okay ke tidak? bisik hati kecil jejaka itu. namun begitu, dia menghadiahkan senyuman lemah.
"saya sikit je sakit ni. tapi, boleh tak bawak saya pergi klinik? saya tak larat nak bangun ni." pintanya. alisya terdiam. berfikir bagaimana caranya untuk membawa lelaki itu masuk ke dalam kereta. seaakan mengerti, lelaki itu memanjangkan lengan hoodie yang dipakainya.
"you can hold me berlapikkan hoodie saya. it's okay, darurat ni." ujar lelaki itu. alisya mengangguk faham. dia mengambil nafas dalam sebelum memegang tangan lelaki itu untuk di bawa masuk ke dalam kereta.
ya Allah, alisya mintak maaf!!
—
alisya menunggu lelaki itu di ruangan menunggu. jujur, dia mahu pulang tetapi mengenangkan salahnya terhadap lelaki itu, dia memutuskan untuk tunggu sehingga rawatan lelaki itu selesai. dia tidak putus-putus berdoa agar keadaan lelaki yang dilanggarnya itu baik-baik sahaja.
"terima kasih doktor." alisya terus memandang ke arah lelaki dan doktor yang bertanggungjawab untuk merawat lelaki itu. alisya juga mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut. kemudian, dia memandang ke arah lelaki di hadapannya itu.
berbalut tangan serta pergelangan kakinya. alisya menunduk memandang lantai.
"maaf encik- er.." "najmi."
"maaf encik najmi. sebab saya, awak jadi macam ni." ujar alisya. jejaka itu hanya tersenyum.
"tidak mengapa. sikit je ni. terima kasih ya sebab bawak saya pergi hospital. saya minta hantarkan ke klinik je." alisya mengucapkan sama-sama dengan nada suara yang perlahan. tiba-tiba, telefon milik alisya berbunyi. dengan pantas, dia mengangkat panggilan tersebut.
"assala- maaf ibu. alisya dekat hospital ni." sapaan alisya dipotong dengan soalan ibunya.
"alisya hantar orang pergi hospital. alisya..." alisya memberhentikan ayatnya. najmi yang berada di hadapannya itu memandangnya pelik.
"alisya excident tadi. alisya terlanggar orang." alisya memejamkan matanya saat suara lentingan ibunya menyapa gegendang telinga. hampir pecah.
najmi menunjukkan wajah terkejut. bukan main kuat suara ibu alisya melenting.
"iya ibu. alisya minta maaf ya? alisya balik sekarang ibu. assa-" sekali lagi, ayatnya dipotong. alisya melepaskan nafas berat. air matanya tumpah.
"awak okay?" soal najmi. alisya menggeleng.
"saya balik dulu. awak nak saya hantar ke?" soal alisya sambil menyeka air matanya yang tiada tanda untuk berhenti. najmi menggeleng perlahan.
"awak baliklah. hati-hati ya? jangan sampai terbawa emosinya. bahaya." pesan najmi. alisya mengangguk dan mengambil langkah untuk pulang. najmi memandang figura alisya sehingga figura itu hilang daripada pandangan mata kasarnya.
"alisya..." gumamnya perlahan.
—
cliche la shshsh
YOU ARE READING
anti-romantic
Romance"i'm an anti romantic but for you" muhammad najmi x alisya haura