dua : ibu

30 7 1
                                    

"ANAK TAK GUNA! KAU MEMANG SUKA MALUKAN KELUARGA NI KAN? SUKA MALUKAN AKU! KAU BAWAK KERETA TU PAKAI MATA KE PAKAI LUTUT HA?!" alisya hanya menundukkan muka. tidak mempunyai keberanian untuk melihat wajah ibu dan juga abahnya.

"ibu-" satu tamparan hinggap di pipi mulus alisya. habis terteleng kepalanya.

"MELAWAN! AKU TAK TAHULA  APA SALAH AKU SAMPAI DAPAT ANAK MACAM KAU!" jerit ibunya sebelum berjalan ke dapur. sedikit demi sedikit, air matanya jatuh.

alisya memandang wajah abahnya yang tersenyum sinis sebelum berjalan masuk ke dalam bilik tidurnya. jantungnya laju seakan dia baru sahaja maraton.

"ya Allah, kenapa alisya diuji sebegini, ya Allah? alisya tak kuat.." rintih alisya. dadanya dipukul sekuat hati. jujur, alisya tidak betah untuk duduk di rumah. lebih-lebih lagi, ketika abah, abang dan adik lelakinya ada di rumah.

alisya haura tidak kuat.

alisya haura serasa berada di neraka.

alisya ingin jumpa ayahtok dengan maktok, ya Allah.


suasana cerah dihiasi lampu neon di kedai makan thailand ini sedikitpun tidak mengganggu lamunan najmi. malah, boleh ditenung lampu tu. lawan mata agaknya.

fikirannya menerawang jauh. atau lebih tepat, memikirkan tentang gadis yang ditemuinya tadi. bermacam-macam persoalan hadir dalam fikirannya. masalah diri sendiri sudah dihiraukan. malas mahu menyerabutkan otak, katanya.

najmi masih triggered dengan tengkingan ibu alisya. baginya, kesalahan yang dilakukan oleh alisya itu benar namun bukankah alisya sudah bertanggungjawab? mengapa perlu dimarahi? alisya dan ibunya tidak baik-baik sahajakah?

"jauh menung." lamunan najmi terhenti apabila sahabat karibnya, alam, menegurnya. najmi membetulkan duduknya sebelum memberikan senyuman manis kepada alam.

mata alam terbeliak apabila melihat keadaan najmi yang berbalut. kalau berbalut sedikit tu, tak adalah dia terbeliak. tetapi, najmi dihadapannya ini bukan main kena balut!

"mi, kau teringin jadi mumia eh?" soal alam, innocently. najmi memandang alam sebelum melepaskan tawanya. dengan penuh sopan.

"kau kenapa alam? aku kan cakap aku excident." ujar najmi dengan tawa yang masih tersisa. alam mencebik bibir.

"takdela, aku ingat kau main-main gila. yelah, kau kan suka kencing aku." najmi melepaskan tawanya lagi. aduila alam! senang betul percaya cakap orang.

"aku kena langgar tadi dengan sorang budak perempuan. biasalah, mengada nak protes, lari rumah. padan muka Allah bayar cash." kata najmi. sempat tu dia perli diri sendiri. alam membuat muka.

"ni dapat mc tak? kau betul okay?" soal alam. najmi mengangguk tanda mengiyakan.

"aku dapat mc. 3 hari."

"3 HARI JE? BAPAK SELECT SIA DOKTOR T-" "doktor perempuan la tapi yang rawat aku." terus tersengih alam dibuatnya.

"cantik tak? kalau cantik, tak select." dasar alam badrisyah. najmi hanya menggelengkan kepala.

itulah alam badrisyah. kawan baiknya daripada kecil hingga dia menginjak 24 tahun. susah senang sama-sama. tak lupa member.

"em, alam." alam mengangkat kening. najmi menarik nafas dalam sebelum menyambung ayatnya.

"aku tum-" "boleh muhammad najmi." potong alam

"najmi, aku dah pernah cakap kan? rumah aku tu, rumah kau. walid dengan bonda tak kisah pun weh. lagipun, walid dengan bonda suka kalau kau duduk kat rumah tu. at least, merasa jugakla dorang anak ramai eventho dua je." ujar alam kepada najmi. najmi hanya melemparkan senyuman kecil.


tidur alisya terganggu apabila pintu biliknya dikuak sedikit. matanya mengambil masa beberapa saat untuk memproses siapa yang membuka pintu. 

"abah.."

abah menutup daun pintu dengan perlahan sebelum menguncinya. senyuman miang dihadiahkan kepada alisya yang sedang ketakutan. 

"abah.. abah nak apa ni?" soal alisya, bergetar.

"alisya anak abah.. abah nak sentuh sikit je. boleh?" perkataan 'sikit' dipanjangkan. alisya menggeleng laju. selimut ditarik sehingga ke atas dadanya.

"abah please. jangan buat alisya macam ni..alisya merayu.." rayuan itu diendahkan. abah merentap selimut yang menutupi badan alisya. tangan beruratnya mula meraba kaki anak gadisnya itu.

alisya cuba menolak tangan abahnya namun usahanya sia-sia apabila abah bertindak memegang kedua-dua pergelangan tangannya.

"shh.. abah buat sekejap je ya?" alisya menggeleng laju.

baru sahaja abah ingin meraba anggota badan alisya yang lain, suara lantang ibu berbunyi. abah mendengus geram. terus dilepaskan pegangan itu tadi. baju dan kain pelikat yang menutupi bahagian kakinya dibetulkan sebelum keluar daripada bilik anak gadisnya itu.

alisya melepaskan tangisannya sambil mengucapkan kata syukur. dia menggagahkan diri untuk mengunci pintu biliknya sebelum jatuh tersandar membelakangi pintu.

"ya Allah, bantu alisya." alisya melepaskan air matanya. dia sudah tidak mampu  menahan nafsu lelaki-lelaki di sekelilingnya yang sudah seperti binatang. dia tidak kuat. traumanya bertambah-tambah!

alisya haura, sinar bahagia sedang menanti kamu. jangan khawatir ya?

abahnya kok gitu ya?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

anti-romanticWhere stories live. Discover now