Bab 1

1.5K 111 12
                                    

Manusia sering merindui kesempurnaan tanpa menyedari bahawa keindahan sejati terletak dalam ketidaksempurnaan yang membentuk kisah kehidupan yang unik.

Sesetengah manusia hanya pandai menggali kesilapan tanpa menyedari bahawa kebaikan juga tersembunyi di dalam bayang-bayang kekurangan yang dicari-cari.

Ketidaksempurnaan seseorang bukan selamanya kekal, namun apa yang dia tahu ialah...

Yandra laju menulis satu ayat di kertas kajang itu apabila ayat itu terus terlintas dalam fikirannya.

Like a hidden gem waiting to be unearthed, some souls possess untapped brilliance, unseen by the world but ready to shine when the time is right.

Yandra tersenyum membaca semula ayat yang direkanya itu. Cukup sempurna bagi dirinya yang bukan tahu banyak mengenai dunia penulisan, tetapi sekadar mencurahkan idea yang disimpan lama dalam otaknya sahaja sudah memadai.

Menjadi seorang penulis bukan berada dalam diari hidup atau senarai terpanjang apa yang dia mahu lakukan dalam hidupnya, namun jika ia terjadi, mungkin itu merupakan sesuatu yang diluar jangkaannya. Baginya ia datang sebagai satu hadiah paling bermakna dalam hidup.

"Kau tulis apa?" seorang perempuan berambut pendek menghampiri gadis itu lalu melihat ke arah kertas-kertas yang ditulis sesuatu. Seperti sangat panjang kerana sejak sejam lebih gadis berusia 17 tahun itu masih belum berhenti.

Kelas itu sudah sunyi kerana semua manusia turun ke kantin untuk rehat.

"Cerita lagi?"

"Tak perlu pun kau tulis semua tu, karya kau sampah! Bukan pergi mana pun!" sengaja gadis itu mahu menyakitkan hati Yandra.

Yandra, dia sudah biasa dibuli begini kerana semua orang di sekolah itu tahu, dia anak yatim piatu dan sehelai sepinggang. Dia tiada sesiapa dalam hidupnya. Semua manusia memandang rendah dirinya. Amber, orang yang suka merosakkan setiap karya yang ditulisnya. Minggu lepas baru sahaja dia siapkan satu manuskrip yang bertulis tangan. Namun Amber mengoyakkan semua manuskripnya itu sehingga tiada satu tulisan pun yang selamat. Menangis dia minggu lepas kerana sakit diperlakukan oleh gadis bernama Amber itu.

"Mak ayah kau dah tak ada, tak perlu pun kau tulis semua cerita tu!"

"Tak ada sesiapa nak bangga dengan kau!"

"Kau nak tunjuk semua ini kat siapa Yandra?"

"Hahaha! Mengalah sahaja lah!"

Yandra tidak memandang ke arah manusia yang menegurnya. Dia tahu, niat gadis itu tidak baik. Gadis itu masih tidak berputus asa menggangu ketenteraman Yandra. Apabila tidak dipeduli, makin dia geram dengan Yandra. Melihat Yandra tidak langsung terkesan dengan setiap perkataannya membuatkan hati dia sakit dan tidak tenang.

"Bagi aku tengok!" Gadis itu merampas kertas itu dari tangan Yandra. Yandra terkejut dengan tindakan itu lalu terus dia berusaha merampas semula kertas itu dari tangan gadis itu.

"Amber! Aku punya tu!" Yandra cuba merampas namun gadis sekelasnya yang bernama Amber itu terus melarikan diri sambil menggelakkan dirinya. Yandra terus mengejar sehingga dia kelelahan. Semua manusia di blok itu memandang ke arah mereka berdua yang sedang kejar mengejar.

"Aish!" Yandra terus mencari-cari kelibat gadis itu yang sudah hilang entah ke mana.

"Amber!" Yandra memanggil lagi, sehingga dia berhenti di hadapan pintu tandas perempuan. Yandra menelan air liurnya. Dia memejam matanya sambil mengetap bibirnya.

Dia tahu apa bakal terjadi. Di tandas ini, Amber dan rakam-rakannya juga pernah membulinya sehingga dia malu untuk keluar dari tandas itu semula beberapa bulan yang lepas. Mereka mencurahkan sisa-sisa makanan yang dikumpul dalam baldi kepadanya ketika dia di dalam tandas.

YANDERE (DITERBITKAN)Where stories live. Discover now