Yandra tersengih-sengih melihat mesej yang baru diterimanya. Mesej dari Nathan Gabriel, pembaca setia sehati sejiwa kegemarannya.
Di sebuah restoran baru yang ditempatkan di kawasan perumahan mereka mengenakan tema hitam putih menjadi pilihan Nevin.
Tempat dia bawa Yandra dating.
Mereka tiada apa-apa hubungan pun. Cuma hubungan sebagai teman serumah. Itu sahaja. Dah macam adik-beradik. Itu pun duduk serumah tak sampai lima bulan. Nevin terus pergi meninggalkannya tanpa khabar berita. Lepas itu kembali dengan secara tiba-tiba. Lah mamat ini kenapa?
Nevin memerhati sahaja apa yang sedang dilakukan oleh Yandra.
"Buat apa?" soal Nevin.
Yandra menjeling seketika ke arah Nevin.
"Balas mesej." Jawab Yandra dan tersenyum seorang diri lagi sekali. Melihat mesej baru dari Nathan itu membuatkan hatinya berbunga-bunga.
Nevin masih memerhati Yandra sambil tangannya mengacau air kopi panas yang ditempahnya. Mereka sedang menunggu makanan sampai.
"Kau ada crush ke?" soal Nevin. Melihatkan dari segi tergedik-gedik Yandra, dia syak bahawa gadis itu sedang kemaruk bercinta.
"Hehe. Ada." Yandra tersengih kepada Nevin.
Berubah seketika wajah Nevin mendengar jawapan gadis itu. Dia terus meghirup perlahan-lahan air kopinya sambil matanya memerhati Yandra.
"Aku kat depan kau ni, letak lah telefon tu dulu." Terus Nevin menegur.
Yandra terdiam mendengar kenyataan Nevin. Lah tiba nak emo. Dia terus meletakkan telefonnya di tepi meja. Sambil matanya menjeling kadang-kadang ke arah skrin untuk melihat ada mesej yang masuk tak.
Nevin mengeluh melihat keadaan gadis itu.
"Yandra." Nevin memanggil gadis itu yang masih tidak fokus kepadanya.
Yandra memandang Nevin.
"Apa?" Soal Yandra. Pelik dia dibuatnya apabila tiba-tiba sahaja mood Nevin berubah.
"Kau lagi tertarik dengan telefon kau ke berbanding aku kat depan ni?" tegas Nevin berkata sambil merenung ke dalam mata Yandra.
Yandra terkedu. Jantungnya berdebar-debar apabila ditenung begitu oleh Nevin. Baru dia sedar sesuatu...
Penampilan Nevin sudah berubah sepenuhnya. Nevin kelihatan sangat kemas dan bergaya. Seperti orang yang berlainan dan amat pandai berfesyen. Rambutnya, wajahnya, warna kulitnya juga sempurna dan menarik. Semakin...
Kacak.
Tanpa sedar, dia merenung lelaki itu terlalu lama sehingga wajahnya memerah dengan sendiri. Kenapa aura Nevin sekarang boleh buatkan dia masuk ke alam lain?
Nevin yang perasan akan hal itu hanya membiarkan gadis itu merenungnya sedemikian. Dia suka.
"How is it?" kata Nevin sambil tersenyum.
Yandra bagaikan tersedar dari mimpi terus mengalihkan pandangannya. Dia malu seketika.
"Kau nampak lain." Kata Yandra lalu menghirup perlahan air coklat panasnya.
"Lain macam mana?" soal Nevin. Sengaja mengenakan gadis itu.
Yandra tidak menjawab dan hanya berdehem. Nevin tergelak kecil. Satu-satunya manusia yang boleh buat dia tersenyum. Yandra.
"Kau kenapa tiba-tiba balik?" Yandra sengaja menukar topik. Dia tidak mahu berlama di topik yang membuatnya tidak selesa sedikit tadi.
"Berhenti belajar." Selamba Nevin menjawab.
YOU ARE READING
YANDERE (DITERBITKAN)
Mystery / ThrillerYandra, Seorang gadis yang minat menulis cerita-cerita tragis. Draftpen, sebuah aplikasi rahsia. Snorlex, sebuah browser khas yang tidak diketahui ramai manusia.