Yandra menaip laju di papan kekuncinya.
Dia mahu menghabiskan bab terbaru ceritanya 'The Darkest File', kali ini bab terbaru itu perlu lebih tragis daripada bab sebelumnya.
Mata gadis itu fokus pada skrin laptop yang kadang-kadang boleh mengganggunya. Yandra sering merasakan ada yang memerhatikannya dari dalam skrin laptop dia sendiri sejak dia memuat turun aplikasi Draftpen.
Sering berdebar-debar dan tidak sedap hati itu selalu ada. Namun apabila dia menerima semua komen positif, dia merasa bahagia dan melupakan hal itu sekelip mata.
Nevin yang baru lepas mandi, mengelap rambutnya dengan tuala sambil matanya merenung ke arah luar tingkap biliknya yang terbuka. Dia memandang ke arah sebuah kereta hitam yang sudah lama terabai di bawah sebuah pokok besar di hadapan rumah mereka.
"Tap, tap, tap" Telinganya tajam mendengar bunyi Yandra menekan papan kekunci ketika menaip ceritanya.
Nevin terus mencapai baju t-shirt hitamnya dan berjalan ke arah pintu bilik gadis itu.
Nevin berdiri di hadapan pintu bilik gadis itu sambil bersandar di sisi dinding. Dia hanya memerhati Yandra tanpa mengganggu gadis itu menulis.
Dia tidak memberi sebarang reaksi melihat Yandra sibuk menulis.
Yandra yang masih tidak sedar kehadiran lelaki itu, hanya meneruskan kerjanya. Lagipun Nevin tak akan masuk ke dalam biliknya kerana ketika sebelum mereka tinggal di rumah ini bersama, mereka sudah menandatangani beberapa perjanjian.
Nevin tidak dibenarkan untuk melangkah masuk ke dalam biliknya. Kalau tidak, Nevin harus keluar dari rumah sewa itu.
Tidak benar tidak memakai baju di hadapannya.
Begitu juga tidak dibenarkan hanya bertuala di hadapan Yandra.
Itu syarat yang diletakkan oleh Yandra sendiri. Lagipun rumah sewa itu miliknya sendiri. Dialah tuan rumah, dialah yang mengutip duit Nevin yang menumpang di rumah itu. Nasib baik ada bilik kosong untuk Nevin.
Kisah Nevin terpaksa pilih rumah ini juga kelakar. Nevin ketika itu memang seperti gelandangan walaupun duit dalam akaun banknya banyak. Namun disebabkan tiada rumah sewa mahupun bilik sewa yang berdekatan dengan tempat kerjanya sebelum dia sambung belajar dulu, dia memilih rumah Yandra sebagai tempatnya.
Suka hati je mamat tu!
Padahal Yandra mencari teman serumah perempuan. Tapi yang dapatnya lelaki. Jadi dia terima sahaja asalkan dapat duit menampung hidupnya dari menyewa bilik di rumahnya itu. Tapi Yandra meletakkan syarat supaya Nevin tidak berkelakuan pelik dan tidak senonoh. Dia bukan boleh percaya sangat si Nevin tu dulu.
Namun apabila memerhati lama perangai lelaki itu, dapat dia lihat Nevin sebenarnya comel dan sangat polos. Dia hanya lelaki yang fikir pasal belajar dan cita-cita. Benda sia-sia dia tinggalkan awal-awal.
"Finally!" Yandra menggeliat dan membetulkan segala urat sarafnya. Akhirnya dia berjaya siapkan satu bab. Kemudian terus dia menekan butang 'Publish'.
Terus dia memuat naik bab terbaharu itu.
Yandra memandang ke arah pintu biliknya apabila merasakan dirinya seperti sedang diperhati oleh satu makhluk.
"Berapa lama kau berdiri kat situ?" soal Yandra sambil merenung Nevin.
"Lama juga." Balas Nevin.Yandra membuat muka menyampahnya. Dia terus bangun daripada tempatnya.
"Nak apa?" soal Yandra.
Nevin tersenyum sinis.
"Apa kau?" Yandra mulai tak sedap hati. Tiba-tiba mamat ni senyum begitu. Seram wei.
YOU ARE READING
YANDERE (DITERBITKAN)
Mystery / ThrillerYandra, Seorang gadis yang minat menulis cerita-cerita tragis. Draftpen, sebuah aplikasi rahsia. Snorlex, sebuah browser khas yang tidak diketahui ramai manusia.