"NAK cakap apa?"tanya Nurin yang masih sabar menanti kata-kata Ikhwan. Ikhwan menarik nafas terlebih dahulu.
"Izinkan saya pinjam hati awak untuk selamanya. Kita kahwin?"ucap Ikhwan dan Nurin tergamam.
Benarkah apa yang aku dengar ni? Aku tak bermimpi kan?
"Awak yakin ke nak kahwin dengan saya?"tanya Nurin lagi. Ikhwan mengangguk. Dia yakin dia mampu untuk menjaga Nurin dengan baik.
"Saya dah lama bersedia untuk bergelar seorang suami. Saya takkan menyesal dengan keputusan saya. Sebagai seorang lelaki kena pandai mengawal perasaan sebab hati perempuan ni lembut,"kata Ikhwan lagi.
Kenyataan Ikhwan telah mengelukan lidah Nurin. Matanya merenung ke arah wajah Ikhwan yang sangat tenang itu. Kadang dia terfikir dia tidak layak dicintai oleh lelaki seperti Ikhwan.
"Dah puas tengok muka saya?"soal Ikhwan dan Nurin tersentak. Nurin terus melarikan pandangan ke arah lain. Ikhwan tersenyum sahaja.
Alahai comelnya, desis hati Ikhwan.
Pipi Nurin terasa membahang apabila dia merasakan Ikhwan memandang ke arahnya. Tanpa sedar, keluarga Nurin dan Ikhwan memerhati mereka dari jauh.
"Nampaknya mereka dah sesuaikan diri. Lagi bagus kita cepatkan perkahwinan mereka. Benda baik tak perlu tangguh,"kata Dato Nizam dan Datin Iffah mengangguk tanda setuju.
"Saya pun tak kisah asalkan saya dapat tengok anak saya bahagia,"balas Datin Laila. Dato Aidi hanya melemparkan senyuman.
"Saya bukan wanita baik untuk awak, Ikhwan,"ujar Nurin lalu melepaskan keluhan kecil.
"Your happiness is my priority, pujaan hati,"ucap Ikhwan. Nurin memejamkan kelopak matanya. Ah kenapa dia sangat romantik? Setiap perkataan yang keluar dari mulut Ikhwan telah membuatkan Nurin terbuai.
"Awak tetap keutamaan saya dari segalanya,"kata Ikhwan lagi. Mulut Nurin seakan terkunci tidak tahu berkata apa. Ish mulut aku ni ada emas ke sampai tak boleh nak bercakap?
"Jom kita masuk. Dah petang,"Nurin mengubah topik. Kakinya pantas melangkah ke arah pintu rumah. Ikhwan tersenyum kecil.
Apabila keluarga Ikhwan sudah beransur pulang, Nurin mengemas apa yang patut. Jari yang terkena air kopi panas itu dipandang sepi.
Flashback
"Lain kali hati-hati,"kata Ikhwan yang meniup di jari Nurin beberapa kali. Nurin hanya kaku tanpa mengeluarkan suara. Mereka duduk di luar beranda.
"Maaf saya cuma terkejut. Muka awak tu iras seseorang,"balas Nurin dan Ikhwan memandang ke arah Nurin.
"Iras seseorang? Lelaki itu adalah masa lalu awak?"tanya Ikhwan. Nurin terkedu. Macam mana dia boleh teka?
"Macam mana awak tahu? Awak stalker ke?"Nurin bertanya dengan wajah polosnya.
"Stalker? Takdelah. Saya cuma teka saja. Tak sangka betul. Jangan risau saya bukanlah seperti lelaki di masa lalu awak,"balas Ikhwan ramah. Jawapan yang ringkas tapi padat.
"Can I put my trust on you?"soal Nurin.
"It's up to you. Jangan terlalu menutup hati kita untuk kenal orang baru. Kadang orang baru dalam hidup kita akan bagi kita kebahagiaan,"jawab Ikhwan lagi.
YOU ARE READING
𝐃𝐞𝐚𝐫 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐭𝐢 | 𝐒𝐔
RomanceKARYA KEDUA COVER BOOK BY LYCIAA Takdir telah mempertemukan Ikhwan Nazril dan Nurin Husnina. Saat Nurin menutup pintu hatinya untuk semua lelaki, Ikhwan hadir untuk menyembuhkan hati Nurin yang sedang terluka. "Izinkan saya pinjam hati awak untuk se...