Bab 1

867 45 2
                                    


" Eh tepilah, perempuan. Aku nak pergi kerja ni! Kau tahu tak aku jijik dengan kau!? " jerkah Hud Rafeeq apabila Zara menghalanginya daripada pergi bekerja. Kenapa?

Sejak akhir-akhir ini,Hud Rafeeq memang jarang berada di rumah kerana tidak ingin melihat isterinya sendiri. Dia sanggup pergi selepas subuh dan pulang lewat malam sewaktu Zara sudah tidur semata-mata tidak mahu bertembung mata dengan isterinya.

" Sampai hati awak buat saya macam ni? Hina sangat ke saya ni,Hud? " Zara berbicara dengan bahasa isyaratnya dengan riak sedih. Itu sama sekali tidak berkesan. Malah,menambah keemosian Hud Rafeeq.

" Eh,kau buat apa bodoh? Kau ingat aku ni faham sangat ke bahasa tak guna kau itu? Orang gila saja yang faham. Lepaslah. Aku ada banyak kerja daripada bermain dengan kau. " balas Hud Rafeeq dengan selamba menolak tubuh Zara dengan kasar.

Tatapan kecewa ditayangkan kepada Hud Rafeeq walaupun lelaki itu tidak kelihatan kerana dia sudah berjalan pergi meninggalkan Zara.

Zara menunduk kepala terkesan dengan luahan kasar suaminya. Sampai bila dia akan hidup seperti ini?

Ibunya pergi perkata,dia tidak boleh putus asa dalam menangkan sesuatu. Jadi,dia harus kuat menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri yang memiliki kekurangan.

Dia yakin Hud Rafeeq akan pulang malam nanti walaupun dia tahu suaminya selalu pulang pada waktu yang sama.

Dia tidak mahu Hud kelaparan selepas penat bekerja. Dia perlu menyediakan bahan-bahan masakan untuk di masak nanti.

Zara mengambil telefonnya di atas meja lalu membuka kontak seseorang.

Belum sempat dia mahu menaipkan sesuatu,dia baru teringat mahu membuat kejutan untuk Hud. Sekali sekala dia mahu membahagiakan Hud.

Tanpa berlengah,dia terus bersiap dengan pakaian sopan dan tertutup untuk keluar membeli bahan-bahan masakan.

Sesampai di Pasar raya,dia menarik troli lalu mengusungnya masuk ke dalam Pasar raya. Ketika dalam pemilihan masakan mentah,dia dikejutkan oleh seseorang.

"Eh you,Zara kan? I tak salah orang kan? I Alyssa." tegur wanita itu di belakang Zara.

Zara pantas memusing tubuhnya ke belakang setelah mendengar namanya diseru. Dia mengerut kening dengan heran sekali. Wanita jelita di hadapannya mengenali dirinya?

" Aaa,betullah tekaan I. I pernah nampak you masuk company Tengku Hud Fareeq. You ada kenalan di sana ya? " soal Alyssa ingin tahu. Matanya tidak lepas menatap Zara naik turun kerana dia tahu yang orang seperti Zara memang tidak dibenarkan masuk kecuali ada ahli keluarga atau urusan.

" Kalau kau beritahu yang aku ni suami kau,aku akan koyak mulut kau. "

Gulp,terus tertelan air liur Zara apabila dia terimbas semula kata-kata ancaman daripada Hud Fareeq. Memang lelaki itu tidak main dengan kata-katanya.

Zara bergerak mengelengkan kepalanya serupa robot. Dia harus berhati-hati dan menjaga aib suaminya.

" Jadi,why? Why you masuk ke dalam company sesuka hati you saja? Memang ini peraturan bapak you? " Amboi,bapak pula di mention nya. Zara memandangnya dengan pandangan tidak suka akan cara percakapan wanita tinggi itu.

Isteri Bisuku (New Version) Hiatus--Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang