Bab 6

718 47 3
                                    

"Zara!" Panggilan itu yang mula keluar dari bibir Hud sebaik sahaja lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumah. Dadanya turun naik kepenatan.

Kepanikan yang muncul pada dirinya semakin mendalam. Kaki melangkah lagi ke bilik di mana dia mengurung Zara di sana.

Tolonglah yang gadis itu masih hidup seperti yang dia jangka.Sebaik sahaja tiba di depan muka pintu bilik,tangannya memulas tombol pintu lalu menolaknya dengan kasar tetapi pintu itu hanya separuh terbuka kerana dihalang sesuatu.

"Zara..." Lirih Hud. Lelaki itu melihat dari celahan pintu yang Zara terbaringdi lantai membelakanginya. Jantungnya makin berdegup kencang. Tidak tahu sama ada gadis itu masih hidup ataupun tidak.

Hud masuk juga ke dalam dengan perasaan risau. Kedua lututnya dijatuhkan ke lantai. Tangannya bergerak mengoyang lengan Zara dengan perlahan.

"Zara." Panggil Hud. Lelaki itu menelan airnya ketika tiada sahutan pun dari Zara. Gadis itu masih memejamkan matanya.

Hud bergerak menarik lengan Zara menghadapnya. Gadis itu bagaikan tidak bernyawa sekarang. Dia naik panik.

"Zara...Zara! Dengar ke tak ni?" Sekali lagi Hud bersuara. Malah,tiada perubahan dari Zara. Lelaki itu mendekatkan jari telunjuknya ke bawah hidung Zara untuk merasai nafas gadis itu.

Nafas masih terasa. Kenapa Zara belum lagi bangun? Gadis itu sengaja berbuat demikian?

"Zara jangan macam ni. Bangun lah." Hud mengoyang bahu gadis itu. Nampaknya,Zara tengah pengsan sekarang.

"Shit." Hud terus mengendong tubuh Zara keluar dari bilik tersebut.

Sekarang dia nak menuju ke hospital. Dia tak boleh biarkan Zara mati.
Sesampai sahaja hospital,Hud mengendong lagi sekali tubuh Zara bawa keluar dari perut kereta.

"Tolong,doktor!" Laung Hud di pintu masuk hospital. Para doktor terkejut lalu beberapa doktor membawa Zara ke dalam wad.

***

Dua hari,dua hari Hud tidak duduk senang kerana dia tidak boleh berjumpa dengan isterinya. Malah,Zara dikurung di dalam wad atas sebab kelakuannya.

Selepas mendapat panggilan daripada doktor,dia pantas datang ke hospital dan menanyakan kabar Zara.

" Adakah encik tak berikan dia sarapan pagi tadi? " Soal doktor pakar yang berusia itu. Hud agak ragu-ragu mahu menjawabnya. Ini semua punca dia.

"Saya lupa doktor." Hanya itu yang dibalasnya dengan nada yang perlahan.

Doktor itu mengeluh sekali. " Betul ke? Atau encik sengaja berbuat begitu?" Doktor pakar itu seperti dapat mengesyak sesuatu.

"Saya nampak bekas kemerahan pada pipi isteri cik. Adakah itu tamparan?"
Glup,Hud menelan air liurnya kesat. Nafasnya mula tersekat. Doktor pakar itu memandang Hud dengan serius.

"Itu...dia allergic. Sebab tu naik kemerahan." jawab Hud agak masuk akal. Dirinya yang gelisah dapat disyaki oleh doktor jika itu benar.

Doktor itu mengangguk beberapa kali. "Okay. Encik boleh jumpa dengan isteri encik. Perbualan kita sudah selesai." Kata doktor pakar tersebut. Kakinya diayun meninggalkan tempat tersebut.

Hud menghela nafas lega. Dia berjaya memperdayakan doktor tadi. Hampir mati matian dia mendapatkan jawapan.

Hud berjalan masuk ke dalam wad Zara. Dia melihat sekujur tubuh yang sedang berbaring di katil tidak menyedarkan diri bersama alat pernafasan. Gadis itu masih belum tersedar selepas dua hari. Kenapa?

Kaki jenjangnya mendekati katil tersebut. Dia menghela nafas tapi kali ini agak kasar.

"Kenapa kau selalu menyusahkan aku,hm? Kenapa kau bertindak bodoh? Pintu tu terkunci bukan sebab aku tapi sebab kau! " Hud sedikit meninggikan suaranya. Dia cukup geram dengan sikap lembap Zara.

"Kalau kau nak tahu sebenarnya kunci tu ada dalam bilik stor tu! Aku letak sebab aku tak nak bukakan untuk kau. Kau memang tak reti nak cari? Memang kau nak pengsan dulu baru aku bukakan? Hah?!"

"Kau...perempuan paling tak guna yang pernah aku jumpa. Kau selalu buat aku marah. Kau selalu buat aku naik tangan pada kau. Why?"

Hud hanya menatap Zara yang masih dalam koma. Dia meluahkan apa yang dia rasa ketika ini. Ini cukup membuatkan tersiksa.

"Aku harap kau takkan bangun buat selamanya." Serentak itu Hud meninggalkan bilik wad tersebut dengan perasaan bercampur baur.

Langkahnya laju ke arah kereta miliknya dan masuk lalu duduk di tempat pemandu. Tangannya mencengkam kuat string kereta menahan sesuatu. Kepalanya tertunduk. Bahu lelaki itu bergerak-gerak.

Dia kasihan. Dia kasihan dengan Zara. Tapi dia tak mahu mengungkapnya. Dia memang tak patut kahwin dengan Zara dari dulu. Dirinya tak mampu melihat wajah polos gadis itu diseksa lagi.

Tapi adakah Hud tahu yang selama percakapannya Zara dapat dengar dengan jelas. Dalam keadaan koma, dia mahu membuka matanya dan melihat wajah Hud yang dia rindui.

Dia nak meminta mohon agar Hud memaafkannya. Dia berasa tak berguna kerana mengusahkan Hud.

Selepas Hud pergi tadi,setitik air matanya mengalir keluar dari hujung matanya. Dia sakit. Hatinya sakit mendengar segala hinaan Hud.

Dan yang paling menekankannya pada ayat terakhir lelaki itu sebelum dia pergi. Benarkah Hud nak dia pergi selamanya?

Jika dia pergi,adakah hidup Hud akan kembali normal? Bagaimana jika dia pergi sekarang? Akan dia tunaikan..

***

Sepanjang Hud bekerja, hidupnya terasa kosong. Hampir seminggu, seminggu Zara terlentang di hospital. Apa yang Zara buat ketika berada dalam koma? Adakah gadis itu berasa seronok? Ya,itu mungkin terjadi.

Sedang dia menyiapkan kerja khususnya,dia akan teringat wajah Zara. Buatkan dia jadi gila bayangkan wajah yang paling dia benci.

"Serabut aku." Dia meletakkan filenya dengan kasar. Kenapa dia jadi begini? Zara? Apa yang nak dirisaukan? Biarlah gadis itu terperingkup dalam hospital. Lagi dia tenang.

Ya,amat tenang...

Tiba-tiba bunyi ketukan dari luar pintu. Tanpa arahan dari Hud,lelaki itu sudah masuk terlebih dahulu.

"Ma-"

"Hud!"  Harith tiba-tiba terjah masuk ke dalam office nya dengan perasaan yang gelisah mendekati meja Hud.

"Apa benda kau ni? Jerit nama aku." Dia melihat Harith macam tak teratur. Tali leher pun jadi senget.

"Kau...Zara. Zara." Harith menepuk meja beberapa kali. Dia mahu Hud dapat meneka dengan cepat.

"Zara? Habistu?" Hud mengerut keningnya. Nak kenapa dengan Zara?

Harith menghela nafas kasar. Dia menolak rambut kebelakang. Susah dapat abang yang bengap. Dia memandang ke arah lain sebelum memandang Hud.

"Zara bodoh. Zara tenat!"

Sorry,lama tak update.




Isteri Bisuku (New Version) Hiatus--Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang