Bab 9

2 2 0
                                    

"hah?! Kenapa kena tinggal dengan kita?!....." Soal Yana. Tadi tetamu, pastu kawan, sekarang ni kena tinggal sini pula. Eyh tak faham lah!

"Iya sayang,... Aleeya akan tinggal dengan kita sekarang ni sebab mak ayah dia dah bercerai dan dia tak nak pilih dengan mana satu dia nak tinggal jadi dia pilih nak tinggal dengan kita dulu" balas Datin Laura

"Untuk berapa lama?" Tanya Yana lagi,.. dia tidak berapa selesa dengan kehadiran gadis bernama Aleeya itu.

"Tak pasti lagi sampai bila, mungkin selama-lamanya? Kalau dah macam tu mama dan papa nak jadikan Aleeya anak angkat tapi mak ayah dia masih hidup jadi kitorang tak dapat lagi nak ambil dia sebagai anak angkat..." Jelas Datin Laura panjang lebar

"Hmm.. anak angkat? Nampak sangat mama dengan papa risau dengan dia ni...." Yana bermonolog dalam hati lagi

"Hah kalau semua dah kenal satu sama lain, jom Aleeya mama nak tunjuk bilik baru Aleeya" lalu Datin Laura mengajak Aleeya berdiri

"Mama...?" Tanya Yana dan Aleeya serentak, tetapi dengan nada yang berlainan. Yana bertanya dengan nada bingung manakala Aleeya pula bertanya dengan nada gembira

"Hmm.. iya mama, tak salah kan kalau Aleeya panggil mama. Lagipun dia akan tinggal dengan kita juga, jom Aleeya mama tunjuk bilik kamu...." Kata Datin Laura lalu mengajak Aleeya pergi ke tingkat dua rumah mereka.

Kelihatan Yana seperti kurang selesa dengan kehadiran gadis itu, dia merasakan perasaan yang kurang menyenangkan bila gadis itu hadir.

"Hmm.. kalau tak ada apa² Yola naik dulu..."kata Yana lalu berlalu pergi ke biliknya di tingkat dua, ketika ingin masuk ke biliknya dia terserempak dengan Datin Laura dan Aleeya....

"Yola....ni bilik Aleeya sebelah bilik kamu, nanti kalau Yola dah siap mandi tolong Aleeya round² sekeliling rumah kita ya sayang?" Kata Datin Laura. Yana hanya menurut permintaan mamanya itu lalu masuk ke biliknya.

"Huh... Tak apa Yana mungkin memang betul apa mama cakap, dia perlukan tempat untuk berfikir dengan tenang.... Lagipun tak salah kalau mama dan papa nak ambil dia sebagai anak angkat, nanti aku akan ada kawan yang boleh back-up aku bila angah buli aku kan..." Yana berkata pada dirinya sendiri

"Tapi kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan dia tu, macam ada aura² kejahatan pula. Tadi dia siap tekan kuat tangan aku...,huh mungkin aku je kot yang melebih penat" kata Yana menepis perasaan tidak enak yang datang menjengah.

Setelah dia selesai mandi, dia terus pergi ke bilik Aleeya kerana dia ingin menunjuk kawasan sekeliling rumahnya seperti yang diminta oleh Datin Laura tadi

"Aleeya...awak dah siap ke? Saya nak bawa awak tengok keadaan sekeliling ni...." Kata Yana sambil mengetuk pintu bilik Aleeya.

"Ya sekejap....." Laung Aleeya dari dalam dan tidak lama kemudian pintu biliknya terbuka.

"Jom saya dah siap..." Kata Aleeya lalu keluar dari biliknya

"Awak nak mula dari mana dulu?" Tanya Yana pada Aleeya.

"Hmmm.... Kita mula dari sini lah, alang² kita ada dekat sini tak perlu nak naik turun lagi kan? Kata Aleeya sambil tersenyum penuh makna

"Hmm... Memang kita akan naik turun tangga pun sebab nak naik tingkat atas lagi..." Kata Yana

"Atau awak nak naik lift?" Tanya Yana lagi, takut² Aleeya tu ada penyakit asma ke... Tak ke naya dia nanti kena mengangkat sorang²

"Hmm... Waktu nak turun jelah kita naik lift" kata Aleeya

"Ok jom.." lalu mereka pun memulakan home tour itu. Mereka bermula dari tingkat dua dimana mereka berada sekarang.

"Ok Aleeya dekat tingkat dua ni, seperti yang awak nampak, dekat sini ada 1 bilik utama dan 4 bilik tidur yang dilengkapi dengan bathroom dan tandas.Pastu dekat hujung tu pejabat papa saya, dan sebelah tu pulak bilik rehat untuk awak rest² lah membaca ke, tengok movie ke sebab dalam tu pun ada tv..." Kata Yana menjelaskan panjang lebar

DEAR FIRST LOVEWhere stories live. Discover now