04

51 10 21
                                    

"Woi Mirae, kau okey tak? Cemberut je muka. Makin hodoh do kau." Kata Yeonjun. Mirae hanya menjeling Yeonjun di sebelahnya itu. Tiba-tiba rasa macam perjalanan dia nak balik ni macam dia dah jalan 3 jam padahal baru sepuluh minit. Bilalah dia nak sampai rumah.

"Weh Mirae borak laa dengan aku. Kau ni tak best lah. Borak la jom. Borak la jom. Borak la jom boraklajomboraklajomboraklajomboraklajombor-"

"ARGHHH YE YE KITA BORAK! Annoying betul lah kau ni."

"Okay, kau nak borak pasal apa?" Soal Yeonjun apabila Mirae setuju untuk berborak dengannya.

"EH KAU NI KAN! KAU YANG AJAK BORAK PASTU TANYA AKU! GERAMNYA AKU ADOII!"

"Okay kalau macam tu kau tanya la apa-apa kat aku nanti aku jawab." Cadang Yeonjun.

"Weh kau ni sumpah annoying do. Hmm.. haa Yeonjun kau.. tak rasa ke.. eh takpelah." Mirae menarik balik kata-katanya. Nak tanya Yeonjun kang dia bagi jawapan loya buruk je tak nak la tanya dia.

"Ehh, dah cakap biar cakap sampai habis lahhh. Nak gantung-gantungkan ayat pulak eiii."

"Okay okay. Beomgyu tu ada suka siapa-siapa ke?" Soal Mirae. Ha ambik kau Yeonjun tadi kau yang nak tanya sangat. Setepek satu hati berkecai. Yeonjun cuba mengawal riaknya supaya tidak menunjukkan yang dia sebenarnya patah hati.

"Dia pernah bagitau aku dia suka someone tapi tak bagitau pulak siapa orang yang dia suka tu. Yang aku tau dan pasti orang tu bukan kau." Jujur Yeonjun dengan  nada gurauan untuk menyedapkan hati Mirae gitew.

"Eleh kau tipu kan? Saje je nak kenakan aku nii. Tapi kau tak rasa ke macam Beomgyu tu suka aku? Yelah sejak dua menjak ni dia selalu tegur aku. Tersengih-sengih pulak tu. Harini dia ajak aku balik sekali pulak. Haaa... apa lagi penjelasan yang ada kalau bukan sebab dia suka aku? Tak rasa ke dia suka aku. Kalau dia suka aku sekalipun aku takde masalah sebab aku pun suka dia jugakk hehehheheheh." Mirae sudah tersengih-sengih  dengan angan-angannya bersama Beomgyu.

Yeonjun yang menjadi pendengar dari tadi itu tak mampu untuk mengukirkan sebuah senyuman. Hatinya sungguh hancur ketika ini. Tak sangka betul tekaannya selama ni memang tepat.

"Wah.. untunglah kau." Itu sahaja yang Yeonjun mampu ungkapkan memandangkan hatinya sudah hancur berkecai ketika ini.

"Kau ni Yeonjun, bagi respon tak best betul." Rungut Mirae. Macam mana Yeonjun nak bagi respon yang memuaskan hati kalau hatinya ketika ini sedang pedih.

"Dah dah. Jalan tengok depan bukannya tengok aku je. Keselamatan kau lagi penting dari muka hensem aku ni."

Yeonjun membetulkan kepala Mirae yang memandangnya itu untuk pandang ke hadapan.

"EUW! Kau dengan hensem dalam satu ayat? Pleaselah sedar diri. Kau dengan hensem boleh ada dalam satu ayat cuma kalau ada perkataan 'tak' je okay?"

"Habistu Beomgyu boleh pulak?"

"Of course! Beomgyu tu hensem, kacak, tampan semua dia. Kau tu apa pun takde huh!" Balas Mirae. Semestinya dia merupakan fans No.1 seorang Choi Beomgyu.

"Amboi.. menghina! Aku bagitau Beomgyu kau suka dia. Kalau dia reject kau nangis jelah nanti aku ambik gambar kau banyak-banyak pastu simpan and aku akan tunjuk kat anak-anak kita nanti." Ujar Yeonjun panjang lebar. Mirae pula hanya mengerut mukanya. Jijik do. Tak sanggup nak dengar kemerepekan Yeonjun lagi.

Mirae berjalan sambil bercakap dan memandang Yeonjun dengan khusyuk.

"Tapi Beomg-"

PINNN!!

Bunyi hon kereta itu menyedarkan Mirae dari bebelannya namun kakinya terkaku di tengah jalan. Lengannya sempat dicapai oleh Yeonjun dan dia ditarik oleh Yeonjun lalu masuk ke dalam dakapannya.

Jantung Mirae berdegup kencang. Wajah Yeonjun diteliti olehnya semasa dia di dalam dakapan Yeonjun. Yeonjun menundukkan kepalanya untuk melihat wajah Mirae.

"Kan aku dah kata, keselamatan kau lagi penting dari muka aku Mirae," ucap Yeonjun lembut sambil Mirae masih dalam dakapannya. Mirae menolak lembut badan Yeonjun darinya namun dia masih tercengang. Dah nak mati dah dia tadi.

"Jom, aku hantar kau sampai depan pintu." Yeonjun menarik tangan Mirae yang masih tercengang itu untuk pulang ke rumah. Mereka pun meneruskan perjalanan sehinggalah Mirae berhenti di hadapan sebuah rumah.

"Yang ini ke rumah kau?" Mirae hanya mengangguk.

"Okaylah kalau macam tu annyeong." Yeonjun melambaikan tangannya kepada Mirae sebelum dia melangkah pergi namun Mirae sempat mencapai tangan Yeonjun.

"Yeonjun.. thank you." ucapnya. Yeonjun hanya membalas dengan sebuah senyuman ikhlas. Pipi Mirae memerah melihat senyuman Yeonjun. Entah kenapa dia berdebar apabila melihat senyuman Yeonjun ini padahal sebelum ni rasa macam nak lumatkan je muka Yeonjun tu.

"Kan aku dah cakap, aku ni membantu warga emas dalam kesusahan." Kata Yeonjun lalu cuba mengenyitkan matanya dan melangkah pergi dari situ. Mirae pula akhirnya masuk ke dalam rumahnya dengan senyuman kecil yang terukir di bibirnya.

'He's not that bad I guess.'

--

sorry for the late update 😞 hope you enjoyed this chapter ☺️

thanks for reading ❣️

[✓] future · choi yeonjun Where stories live. Discover now