Keadaan kelas itu mula menjadi semakin tegang apabila nama manusia yang disebut itu hanya memandang mereka dengan wajah tidak bersalahnya. Sunghoon mula merasakan perubahan sekitar mula membuka suara untuk menenangkan manusia disitu.
"Korang.. janganlah buat masalah disini.. Sunoo.. kau buat apa?" Soalnya perlahan
"Aku? Aku hanya jalankan tugas aku untuk lindungi kalian.. Tapi kalian? Kalian hanya membuat masalah menjadi lebih rumit!" Jeritnya dengan nada yang tidak terkawal.
"Tapi kenapa perlu kau libatkan pelajar di sekolah ini?!" Soal Jay bersama barangnya yang masih tersisa.
"PELAJAR DI SINI SEMUANYA BODOH! MEREKA HANYA BUTAKAN MATA, PEKAKKAN TELINGA DAN BISUKAN MULUT MEREKA DEMI KEBENARAN YANG SEBENAR TIDAK TERUNGKAP!" Jeritan Sunoo mampu membuat hampir kesemua pelajar tergamam.
"Mereka tidak bersalah dalam hal ini Sun.." Heeseung berkata bersama nada lirih.
"MEREKA BERSALAH! MEREKA YANG MEMBULI BA-OH SEHINGGA BA-OH MEMILIH UNTUK MENGAKHIRI HIDUPNYA!" Jerit Sunoo lagi membalas percakapan Heeseung bersama linangan air mata.
"Apa? Ba-oh?" Heeseung tergamam apabila dia mengingati sesuatu. Ba-oh, pelajar yang hilang sejak tahun kedua dia disini. Pelajar yang sampai sekarang masih tidak dapat dijumpai.
"Ba-oh, dia kawan aku. DIA PENAMAN AKU, DIA JUGA LAH YANG SANGGUP GADAIKAN NYAWANYA DEMI AKU!" jerit Sunoo bersama air mata yang tertahan.
"Ba-oh tak layak mati. BA-OH TAK PERNAH BERSALAH! Kenapa.. kenapa kalian selalu menuduhnya.. kenapa kalian.. begitu kejam? KENAPA?!" Sunghoon lantas memeluk Sunoo dan menenangkannya.
"Ba-oh bertahan untuk menegakkan kebenaran.. tapi kalian membuat dirinya memilih untuk mengakhirinya.. kalian.. kejam.." usapan Sunghoon pada belakang Sunoo terhenti.
Sunghoon menjadi was-was apabila merasakan ada aura yang tidak kena pada Sunoo. Tiba-tiba Sunoo tertawa kuat. Sunoo mula mencengkam tangan Sunghoon kuat lalu menariknya menghampirinya.
"Jika kalian memilih untuk melindungi mereka yang bersalah. Maka, tiada siapa yang akan selamat."
Sunghoon merasakan satu cengkaman kuat di perutnya sebelum dia merasakan ada cecair yang keluar.
"SUNGHOON! YAH PARK SUNGHOON BANGUN!" jerit Heeseung apabila melihat Sunghoon yang rebah bersama darah yang keluar dari perutnya.
"TAK GUNA KAU KIM SUNWOO! AKU BENCI KAU! KAU PENTINGKAN DIRI KAU SEMATA-MATA ORANG YANG DAH MATI! KAU BUNUH ORANG YANG TIDAK BERSALAH! BERHENTI!"
Jeritan dari seseorang dari luar kelas. Mereka mengenali suara itu. Shim Jaeyun. Ya, itu Jake.
"Jake?" Soal Jay.
"Berhenti Sunoo.. berhenti.. kau.. dah melebih.. tolong.. aku pinta untuk kau berhenti dari mengganggu. Mereka tidak meminta untuk membalas. Jebal.." Jake kini berlutut dihadapan Sunoo.
"Aku mohon.." Sunoo tergamam. Sebegitu terukkah ia sehinggakan mereka sanggup merayu sebegini. Air matanya mengalir perlahan sebelum membuat keputusan yang ramai tidak sangka.
"Ayuh.. hentikan mereka.. kau mesti boleh.. lakukannya sekarang.. hentikan mereka sebelum mereka membunuh ramai orang.. aku mohon untuk kau hentikannya.. tolong aku hentikan mereka.. panggilkan semua dukun yang kau kenal.. PANGGILKAN SESIAPA SAHAJA YANG DAPAT MENGHENTIKAN MEREKA DARI MEMBUNUH JUNGWON!" Ramai kelu. Sunoo kini bukan Sunoo yang tadi.
Jake mengangguk sebelum ia bangkit dari duduknya. Dia ingin menghentikan segalanya sebelum terlambat.
Dia mengeluarkan alatan-alatan memuja roh dari begnya.
Dia menyusun segala jenis barang dan mengnyalakan lilin merah.
WARNING! Jangan tiru aksi ini!
Malam hampir menjelma.
Kini semuanya telah tersusun rapi. Dia mengeluarkan pisau kecil yang berada di tali lehernya sebelum mengelar tapak tangannya.
Tangan itu diletakkan di dalam mangkuk berisi air untuk mengeluarkan segala darah yang ada.
Dia membakar kalung dan memulakan kegiatannya.
Membaca mentera dan memanggil roh pelajar itu.
"Ketika matahari terbenam.. bulan mengambang.. mengeluarkan cahaya. Apabila terbitnya bulan. Kalian tidak akan berada disini. Bebaskan diri kalian. Jangan pernah memikirkan arahan. Kerana kini kalian... bebas dari neraka ini." Lilin merah terpadam dan semuanya berhenti.
"Kembalikan Jungwon kepada kami." Ayat terakhir Jake sebelum bulan terbit dari tempat persembunyiannya lalu kawasan itu menjadi gelap.
"Aku mohon.." pinta Jake lagi bersama nada lirihnya.
Memori lama kembali berlayar. Memori yang tidak ia sangka akan wujud.
'' Bagaimana dengan budak tu?" Soal seorang lelaki sambil meminum minuman yang ada di dalam botol kaca.
"Mati." Balas orang yang ditanya sambil memaparkan wajah tidak bersalahnya.
"Baguslah."
Air mata Jake berlinang apabila melihat segala sejarah yang tersimpan oleh mereka dibukakan. Satu persatu.
"Kalian sudah bebas. Mereka sudah ditangkap. Jadi.. pergilah. Jangan kembali. Kerana itu akan membuat kalian sukar untuk tinggalkan kami.
Sunyi menyambut sebelum deringan telefon milik Heeseung berbunyi.
"Hello?"
"kami dari pihak hospital, kami ingin mengatakan bahawa Jungwon Yang telah sedar dati tidurnya." Air mata Heeseung mengalir lalu mengucapkan terima kasih sebelum menamatkan panggilan tersebut.
"Jungwon dah sedar."
TBC
sorry.
YOU ARE READING
School Ghost 2:THE MUSIC ROOM [OH]
Misterio / Suspensobilik muzik? kenapa setiap hari akan ada bunyi muzik dimainkan sedangkan bilik itu kosong? jawapan yang selalu difikirkan oleh mereka. kenapa sekolah itu unik? dapatkah 7 orang pelajar itu merungkai segala persoalan? nantikannya ©ndh.pchn 2021 hak c...