chapter 01

70 20 7
                                    

MORTIGA KINGDOMSebuah kerajaan yang terletak di barat daya eropah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

MORTIGA KINGDOM
Sebuah kerajaan yang terletak di barat daya eropah .

Mortiga kingdom berpaksikan kerajaan yang telah sedia ada pada zaman dahulu kala . Diuruskan mengikut undang-undang lama iaitu rakyat automatik akan dihukum apabila melakukan sesuatu kesalahan yang tiada celah untuk diampunkan . Tetapi keadaan mortiga kingdom masih aman damai tanpa campur tangan pihak lain .

Kerajaan Mortiga kingdom sekarang diurus takbir oleh Ben Kingsley iaitu bapa saudara putera raja . Diurus sementara selepas kematian Raja Mortiga . Seminggu sahaja lagi pertakbiran Mortiga Kingdom akan diuruskan oleh sang putera raja iaitu Prince Jungkook .

Satu-satu nya waris Mortiga Kingdom yang diharapkan untuk menguruskan kerajaan itu .
Tetapi sebelum naiknya Prince Jungkook sebagai Raja , dia telah diamanahkan mencari seorang permaisuri oleh ayahanda Mortiga . Menikahi seorang gadis yang belum disentuh .

Prince Jungkook memasukkan sebiji anggur kedalam mulutnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Prince Jungkook memasukkan sebiji anggur kedalam mulutnya . Dikunyah perlahan mengerakkan rahangnya yang terlihat sempurna . Seorang anak raja yang sangat tampan kejadiannya . Kulit putih bak salju . Bebola mata yang berwarna perang . Hidung mancung terletak . Kening yang berbentuk cantik serta bibir yang senantiasa lembab , pink .

Ramai yang mengagumi figura tampan putera raja yang berusia 24 tahun itu . Rakyat terjatuh apatah lagi dayang istana . Rahang jatuh apabila memandang putera raja itu . Siapa yang melihat pasti akan tergoda .

Usai , Jungkook makan buah anggur matanya tepat tertacap kearah Ben Kingsley . Menanti apa sahaja yang mahu dibicarakan . Bersedia akan apa sahaja yang bakal hadir dalam hidupnya walau hati tidak rela . Sejak akhir-akhir ini sikap memberontaknya kian kunjung .

" Sudah patik khabarkan kepada anakanda patik . Walau berat untuk dia menerima . Tetapi apakan daya untuk membantah kerana ini semua amanahnya raja "
Ben Kingsley merapatkan kedua tapak tangan seraya tunduk . Dia terlalu menghormati bakal raja Mortiga Kingdom itu .

" Ehem . .  "
Jungkook membasahkan kerongkongnya .

" Bawakan dia .
Beta mahu menemui bakal permaisuri beta itu "

Ben Kingsley agak terkejut dengan permintaan .
Setelah berkeras tidak mahu menuruti permintaan raja akhirnya Prince Jungkook akur .

" Patik boleh memanggilnya sekarang Tuanku . Kerana puteri patik itu ada bersama dengan dayang Luna di taman "
Ben Kingsley akur seraya berjalan keluar dari bilik istirehat putera raja itu .

Jungkook bangun dari duduknya .
Langkahnya ditapak kearah balkoni . Senyumannya tersunging apabila melihat haiwan perliharaannya dilayan oleh seorang dayang lelaki , Weasley di bawah . Haiwan perliharaannya itu diberi makan daging mentah sebagai santapan harian .

Merasai kehadiran sang putera , haiwan perliharaannya itu dongak keatas seraya menyalak kuat .

Jungkook melambai .
" Makan sampai kenyang , divore "

Divore seekor serigala yang dipelihara oleh Jungkook .
Ditemuinya 2 tahun yang lalu disebuah hutan ketika yang memburu . Divore terperangkap jerat . Mengalami luka parah dibadan . Jungkook lah yang merawat sehingga Divore sembuh .
Divore sangat manja dan menyayangi tuannya itu .

Divore seekor serigala yang sangat ganas apabila sedar akan kehadiran musuh

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Divore seekor serigala yang sangat ganas apabila sedar akan kehadiran musuh .
Akan melindungi tuannya sepenuh hati .

" Tuanku . . "

Tolehnya Jungkook , matanya bertembung pandang dengan puteri , Ben Kingsley . Tidak berkelip matanya menatap .
Gadis berkulit putih cerah itu menarik perhatiannya .

Berpakaian serba sederhana .
Sebahagian rambut ditutupi selendang putih . Hanya sebahagian rambut depan sahaja yang terlihat . Gadis itu tunduk kelantai apabila bertembung pandang dengan Jungkook .

" Baik , Tuanku "
Ben Kingsley menuruti putera raja itu .
Jungkook memberikan isyarat mata agar Ben Kingsley keluar .

Jantung Jihyo berdegup kencang apabila sedar Jungkook kini sudah berdiri di depannya . Haruman putera raja itu memenuhi rongga hidungnya . Siapa sahaja yang tidak berdebar apabila putera raja ada berdekatan .

" Apakah lantai itu lebih tampan sehingga kau tidak memandang ku ? " pertanyaan berbentuk perlian itu mengusik Jihyo .
Jihyo angkat wajah pandang Jungkook . " Ampun kan patik , Tuanku " disebabkan putera raja itu terlampau tampanlah dia tidak mampu untuk menatap .

Jungkook smirk .
Sungguh cantik gadis ini .
Wajah yang putih mulus , bersih tanpa kotoran . Mata bundar berwarna hitam pekat .
Bibir merah muda serta hidung mancung .

" Erk . . Tuanku . . "
kaget Jihyo apabila Jungkook tiba-tiba semakin mendekat membuatkan dia undur kebelakang .
Jihyo semakin kaget tatkala belakang badannya menyentuh dinding . Dia terkepung .
Mahu pergi tetapi Jungkook pantas mengepung Jihyo . Kedua lengannya menghalang dikedua sisi Jihyo .

" Jangan  , Tuanku "
Jihyo memohon apabila Jungkook semakin merapat . Jihyo mula takut , cemas . Matanya mulai berair . Esakan kecil yang kedengaran menghentikan Jungkook . Tangannya memegang dagu runcing Jihyo . Diangkat pelan agar memandangnya .

" Jangan risau .
Tidak akan aku menyentuh kau sebelum kau menjadi permaisuri ku . Jangan menangis .
Airmata ini terlalu berharga "
jari Jungkook mengusap lembut airmata dipipi putih Jihyo .
Tindakan Jungkook benar-benar menyentuh hati Jihyo . Terlalu soft tutur kata itu masuk ke telinganya .

" Apakah kau sudah makan ? "

Soalan itu diangguk oleh Jihyo .

" Boleh kau temankan aku makan ?
Aku mahu makan ditemani bakal isteri aku "
permintaan itu mengoyah hati Jihyo . Mengetuk tangkai hati .
Tidak menyangka dia bakal isteri kepada seorang putera raja .

" Boleh , Tuanku "

Jungkook senyum .

TBC .

The Demon's QueenTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang