𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 5🤍

443 28 1
                                    

Faiz terdiam.

"ASSALAMUALAIKUM!"jerit seseorang diluar.

"Waalaikumussalam."jawab Qaisarra.

"Sekejap ye!"jerit Qaisarra pula.

Dia mencapai tudung sarungnya.

Disarungkan ke kepalanya lalu pintu kayu itu dibuka.

"Ehh,Nial..cari Qis ye?"soal Qaisarra.

Danial mengangguk lalu tersenyum nipis.

"Sekejap ye."

"Jemput masuk dulu.Sarra pergi panggil Balqis sekejap."jemputnya.

Danial tidak membantah,kaki kanan nya dilangkah masuk terlebih dahulu.

Kusyen yang berhadapan dengan TV itu diduduk olehnya.

TOK!

TOK!

TOK!

Pintu bilik Balqis diketuk.

Balqis yang syok mendengar lagu sambil menyiapkan kerjanya itu terhenti.

Dia melangkah menuju ke pintu biliknya lalu pintu dibuka.

"Kenapa?"soal Balqis.

"Tunang kau kat luar."jawab Qaisarra.

Balqis menjulingkan matanya ke atas.

"Suruh dia balik.Aku tak nak jumpa dia."arah Balqis.

"Ckk,jangan la macam ni.Kesian dia tau,dari Kuantan nak drive ke sini bukan lama."pujuk Qaisarra.

Balqis menayangkan muka malasnya.

Dengan terpaksa dia keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu.

"Best layang laki lain depan suami?"soal Faiz.

Qaisarra menatap Faiz dengan tajam.

"You think i'm scared huh?"soal Faiz dengan nada yang sinis.

Qaisarra menghampiri Faiz.

"Awak jangan nak buat hal eh!ada tetamu tu,hormat sikit.Ingatkan ilmu agama dah tinggi dah sampai boleh dera and maki isteri.Adab dengan tetamu pun tak tahu!"kata Qaisarra dengan nada yang perlahan.Cukup untuk didengari oleh mereka berdua sahaja.

Faiz mengetap rahangnya.

"Apa?geram?memang patut pun awak rasa macam tu! Selama ni saya sabar je tau dengan awak.Jadi awak jangan ingat awak boleh pijak-pijak je kepala saya ni bila awak nak.Kepala saya ni dah naik penyet sebab awak pijak tau!"tambahnya lagi.

Qaisarra terus ke dapur dengan niatnya untuk membuat air.

"Kau ingat dengan cara kau lawan aku ni,kau akan dapat kasih sayang dari aku ke?"soal Faiz.

Dia memaksa Qaisarra untuk menoleh.Qaisarra cuba untuk melawan,tetapi apabila tangan Fariz naik mencengkan pipi gebunya.Terus terbantut niatnya.

"Orang yang ada hak dapat kasih sayang aku hanya Maya! Not you"dia melepaskan cengkaman nya.

Qaisarra tersenyum nipis.

"Maafkan saya,kalau malam tu saya tolak untuk pergi keluar makan malam tu,mesti kita tak akan bersama sekarang."katanya.

Faiz tersenyum sinis.

"You think i'm gonna forgive you?"soal Faiz.

"Kau tau tak,disebabkan kau..niat aku nak halalkan Maya tu dah terbantut.Because of you !"Faiz cuba untuk menaikan ton suaranya,tetapi dia menghormat tetamu yang datang dengan baik itu.

Pergilah SayangkuWhere stories live. Discover now