𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝘂 6🤍

406 21 2
                                    

"Bila korang nak kahwin?"soal Farah.

"Lagi dua hari.."jawab Balqis.

"Majlis buat dekat sini kan?"soal Farah lagi.Risau jika majlis buat belah Danial.

Balqis dan Danial mengangguk.

Farah berasa lega.

"Akak kata due lusa kan?ke lambat lagi?"soal Balqis.

"Itulah,akak pun risau ni ha..bukan apa,takut baby mati dalam perut je.."jawab Farah dengan nada yang risau.

Balqis menelan air liur dengan payah.

"T..takut sama macam arwah kak mel je..malam tu dia contraction.."katanya.

Farah pula mula risau.

"Tolong doakan akak.."Farah memeluk Balqis.

"Inshallah,akak mesti selamat.."pujuknya.

Cukuplah dia kehilangan sepupu kesayangan nya.Jangan sepupu iparnya pula.

"Danial nak kena gerak dah ni..jumpa esok!"pamitnya.

Balqis mengangguk.

"Yang.."panggil Balqis.

Danial menoleh.

Sempat dia membuat minilove untuk Danial.

Danial tersengih.

Dia membalas double minilove untuk Balqis.

"Amboii,sweet nampak.."tegur Farah.

Balqis tersenyum malu.

Farah pula ketawa melihat riaksi wajah Balqis.

"Akak masuk bilik dulu tau?nak rehat.."mintanya.

Balqis mengangguk.

Selepas Farah hilang dari pandangan,Balqis mula mencapai telefon nya.

"Bosan la pulak.."Balqis memutar-putarkan telefon nya.

Dia mengintai bilik Qaisarra.

Kelihatan Qaisarra juga sedang terbaring main handphone.

"Sarra,teman aku jalan-jalan jom.Pergi pantai.."ajak Balqis.

Qaisarra menoleh.

"Pantai?ada pantai mana dekat keratong ni?"soal Qaisarra.

"Alaa,kita pergi Kuantan laa."jawab Balqis.

Qaisarra mencebik.

"Masalahnya,kena packing baju..karang yang tu tanya aku nak balik ke."katanya bersama kutukan untuk Faiz.

Balqis ketawa.

"Don wolly,wa minte izin sama diaa."katanya.

Qaisarra memandang Balqis dengan pandangan tidak percaya.Tapi lama-kelamaan,dia mula percaya terhadap Balqis.Terus dia menganggukan kepalanya tanda setuju.

"Tapi!"halang Qaisarra.

"Nak tidur dekat mana?"soal Qaisarra.

"Rumah Najwa kan dekat sana."jawab Balqis.

Qaisarra menepuk dahinya.

"Ha'a..aku lupa.Dah lama tak jumpa dia kan.."katanya.

Balqis menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Aku pergi bilik Faiz kejap,kau pack barang dulu."arahnya.

"Barang kau jangan lupa!"jerit Qaisarra.

Pergilah SayangkuWhere stories live. Discover now