Chapter 10

69 5 0
                                    

Setelah pulang dari klinik, Tengku Ayla membawa adiknya pulang ke rumah. Tengku Zahra dan Tengku Ayla memapah Tengku Amelia sehinga ke sofa ruang tamu.

"Mummy, kakak kena balik butik ni. Customer ramai sangat sampai tak cukup tangan pekerja kakak buat kerja. Jadi kakak kena tolong diorang." kata Tengku Ayla.

"Takpe kak. Kakak balik lah butik. Mummy boleh jaga Melia. Tapi kakak kena janji dengan mummy, jangan balik lewat sangat. Kalau boleh balik sebelum pukul 6." pesan Tengku Zahra kepada anaknya.

"Baik mummy. Kakak pergi dulu." balas Tengku Ayla sambil menyalam tangan mummynya.

Tengku Ayla menaiki kereta kesayangannya. Keretanya meluncur laju membelahi jalan raya.

Tengku Ayla melangkah masuk ke dalam butiknya. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja. Lalu, dia kembali ke tingkat bawah untuk membantu pekerja - pekerjanya.

"Fiya, awak pergi ukur baju pengantin yang tak siap lagi tu. Biar saya je yang buat kerja kat sini." arah Tengku Ayla.

"Baik Tengku." jawab Afiya sambil membalas senyuman big bosnya.

Tengku Ayla berdiri di kaunter pembayaran. Dia terus menyambung kerja pekerjanya itu.

Tengku Danish melangkah masuk ke dalam 'Ayla Boutique'. Dia berjalan sehingga ke meja menjahit. Dia terus memberi salam.

"Assalamualaikum, Ayla. Saya datang ni nak jemput awak sekeluarga ke majlis pertunangan adik saya esok. Kalau awak ada masa, datang lah." ajak Tengku Danish kepada pemilik butik itu.

"Waalaikumussalam. InshaAllah esok saya datang dengan family saya. Terima kasih jemput kami sekeluarga." balas Tengku Ayla sambil tersenyum manis.

Tengku Danish terkaku apabila melihat senyuman manis tersebut. Dia merasakan seperti sedang terbang di langit. Tengku Ayla memetik jari berkali - kali di depan muka Tengku Danish yang sedang terkaku itu.

Tengku Danish seakan - akan tersedar ke dunia nyata itu terus menggosok telinganya yang sudah bertukar merah.

Tengku Ayla melihat sahaja tingkah laku Tengku Danish yang berada di hadapannya ini. Dia ketawa perlahan.

"Takpelah Ayla. Saya minta diri dulu." kata Tengku Danish.

Tengku Ayla menganggukkan kepalanya. Selepas itu, dia menyambung kerjanya yang tertangguh sebentar tadi.



















































































































Keesokan harinya,

Tengku Delisha melihat wajahnya yang sudah disolek oleh mamanya di hadapan cermin meja solek itu.

Tengku Dania memasuk ke dalam bilik kakaknya. Dia mengambil tempat bersebelahan mamanya.

"Wow, cantiknya kau kak. Kau pakai susuk eh" kata Tengku Dania sambil tersenyum sinis.

"Eh kau ni aku baru je nak bersyukur sebab kau puji aku cantik. Asal kau kutuk aku balik. Pandai- pandai mak nenek aku je kan cakap aku pakai susuk." jawab Tengku Delisha berang.

"Mak aku, mak kau jugak. Nenek aku, nenek kau jugak en. Jadi sama lah kita ni." balas Tengku Dania bangga.

"Mana sama la Niaaaa. Kau lain, aku lain. Kau jangan nak bandingkan kita dua eh." kata Tengku Delisha.

"Sudah - sudah la tu gaduhnya. Nia, cuba mengalah sikit dengan kakak kamu ni. Asyik nak bertekak je lah. Nasib tak bingit telinga mama la." marah Tengku Farah kepada anak ketiganya itu.

"Ala mama ni. Kenapa Nia pulak yang kena mengalah dengan kakak ni. Sepatutnya dia yang kena mengalah dengan Nia. Dia kan kakak." balas Tengku Dania tak puas hati.

"Kakak kamu ni kan nak bertunang harini. Kamulah yang kena mengalah dengan dia." kata Tengku Farah.

"Mama nak kena turun bawah ni. Nak jemput tetamu. Kalau mama dengar lagi korang berdua gaduh. Siap la korang mama kerjakan." sambung Tengku Farah sambil melangkah keluar dari bilik Tengku Delisha.

"Yelah - yelah. Kak, aku minta maaf." kata Tengku Dania.

"Maaf tak diterima. Tak ikhlas langsungggg." balas Tengku Delisha pedas.

"Okay fine. Kakakku Tengku Delisha yang cantik manis ini. Maafkanlah kesilapan adikmu yang tersayang ini." kata Tengku Dania bernada lembut.

"Maaf anda diterima." kata Tengku Delisha.

































































































Tengku Dania melangkah keluar dari bilik kakaknya. Dia menuruni tangga  menuju ke tingkat bawah.

Tengku Danish mengetuk pintu bilik adiknya. Lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"MashaAllah, cantik betul adik aku harini." puji Tengku Danish.

"Aku memang cantik pun." kata Tengku Delisha.

"Elehh, aku cakap makeup kau lah cantik. Bukannya muka kau. Hehh perasan." ejek Tengku Danish kepada adiknya.

"Kau ni kan bang, sama je macam Nia tu. Suka sangat sakitkan hati aku kan." rajuk Tengku Delisha.

"Kau tak payah nak merajuk sangatlah. Jom turun bawah. Aku hantar kau." kata Tengku Danish.

Tengku Delisha mencebik. Dia mengikut abangnya turun ke tingkat bawah. Dia mengambil tempat di atas pelamin bersebelahan dengan mamanya.

Tengku Aini berjalan menuju ke pelamin. Dia menyarungkan cincin tunang di jari Tengku Delisha.

 Dia menyarungkan cincin tunang di jari Tengku Delisha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tengku Delisha menyalam tangan bakal ibu mertuanya. Dia memeluk mamanya dan adiknya.

"Cantik bakal menantu umi ni. Sekarang,Delisha dah boleh panggil umi ye." kata Tengku Aini.

"Terima kasih umi. Baik umi. Umi pun boleh panggil saya Lisha je." kata Tengku Delisha mesra.

Tengku Ayla mendekati Tengku Delisha. "Tahniah Lisha. Akak doakan hubungan korang berdua berkekalan hingga ke jinjang pelamin." ucap Tengku Ayla.

"Thankyou kak Ayla. Semoga apa yang diucapkan pada Lisha tadi berbalik pada kak Ayla semula." kata Tengku Delisha.

Selesai sudah majlis pertunangan Tengku Delisha dan Tengku Iqwan. Jam pun sudah menginjak ke pukul 4 petang. Semua tetamu sudah pulang ke rumah masing - masing.

"Terima kasih Farah jemput kami datang ke majlis tunang ni." kata Tengku Zahra sambil tersenyum manis.

"Sama - sama Zahra. Awak dah nak balik ke ?" tanya Tengku Farah.

"Ye saya nak balik dah ni. Maklumlah demam si Amelia tu belum kebah lagi." kata Tengku Zahra.

"Ohh, Amelia demam ke. Baru perasan dia tak datang. Takpelah Zahra. Saya pun kena kemas rumah jugak ni. Terima kasih ye sebab sudi datang." kata Tengku Farah sambil memeluk Tengku Zahra.

- continue -

Sila vote dan komen di bawah 😊

𝐏𝐔𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐃𝐀𝐍𝐈𝐒𝐇 ❤🦋 | 𝐇𝐎𝐋𝐃 𝐎𝐍Where stories live. Discover now