LLS1

6 2 0
                                    

Dua dekad kemudian¬

Seorang gadis sedang menikmati Udara pagi sambil menghidu aroma bunga mawar. Dirinya tersenyum kerana baginya perkara yang amat luar biasa walaupun hampir sepuluh tahun dia melakukan kegiatannya itu di pagi hari.

"Tuan puteri, permaisuri ingin berjumpa dengan tuanku." Ujar salah seorang dayang yang tiba disitu bersama sesuatu di tangannya.

''Baiklah, terima kasih.''

Gadis itu mula bergerak untuk bertemu dengan ibunya. Selepas memasuki istana, gadis itu terus berjalan ke singgahsana diraja.

''ibunda?'' panggilnya selepas melihat Kelibat seseorang yang amat ia kenali. Yang dipanggil memalingkan wajahnya ke belakang untuk melihat wajah sang anak.

''Min ah, kamu dah jumpa jejak kakak kamu?''

Yang ditanya hanya mengelengkan kepalanya sebagai jawapan untuk soalan itu.

''Mungkin satu hari nanti kita akan mendapat jawapan yang sebenar? siapa sangka.''

''Saya cuba untuk menjejakinya ibunda, tapi saya masih belum dapat menjumpainya. Tiada satu pun jejak yang ditinggalkan seolah perkara ini dirahsiakan oleh semua pihak.''

Pandangan yang diberikan oleh permaisuri mampu membuatkan sang puteri bimbang.

________________________________________________________

''PUTERI MAHKOTA TIBA DI PINTU GERBANG!'' semua orang mula membukakan pintu gerbang lalu menunduk hormat sebagai ucapan selamat pulang.

''selamat kembali anakanda.'' sambut sang raja Bersama senyuman namun hanya dibalas dengan pandangan kosong dari sang anak.

''Izinkan anakanda pulang ke pangkuan ibunda dan adinda.'' pinta sang puteri mahkota bersama wajah meminta belas kasihan dari sang raja.

''Maaf anakanda, tapi mereka sudah lama mangkat.'' jawapan dari sang raja mampu membuat dirinya terdiam. Hatinya mula retak bagaikan cermin.

''ayahnda tipu.'' dirinya cuba untuk menolak segala jawapan yang diberi kepadanya.

''tidak anakanda, ayahnda tidak pernah membohongi mu. kamu yang membohongi diri kamu.'' dirinya tercegang apabila mendapat balasan daripada sang ayah. Akhirnya dirinya membuat keputusan untuk menerima segala kata-kata yang diberikan oleh sang ayah.

________________________________________________________________

kelopak bunga mawar yang berguguran dipandang olehnya tanpa jemu. Baginya itu ialah anugerah yang sangat cantik hingga menyebabkan dirinya selalu memerhatikan kelopak mawar itu.

Dilraba mula mengukirkan senyumannya apabila melihat awan di langit yang biru sungguh menawan. Tiba-tiba kenangan lama mula bermain di fikirannya.

''Min ah, berjanji yang suatu hari nanti kita akan bertemu semula selepas berpisah tau. Tunggu kakak di pokok besar yang berada di tengah-tengah dua kerajaan yang memisahkan kerajaan Kdreamie dan kerajaan Ccloudie.'' ucap Dilraba yang dikira masih berumur 10 tahun ketika itu.

Dilraba membuka matanya dan tersenyum sebelum bibirnya menuturkan satu ayat.

''Min ah tengah tunggu kakak kan? Min ah masih hidup kan? kakak harap sangat yang Min ah masih ada.'' tuturnya perlahan sebelum dirinya terlelap di ata rumpt istana.

__________________________________________________________

''Kita tidak mempunyai cara lain selain menceroboh masuk kerajaan itu.'' kini, Min ah tekad untuk mencari kakaknya walaupun tahu hakikatnya ialah ia bakal dipancung jika tertangkap.

''siapa yang dapat membantu kita untuk mencerobohi kerajaan Ccloudie?'' soal Puteri Min ah bersama senyuman yang selalu ia berikan kepada rakyat.

'' patik mengenali seseorang yang dapat membantu kita dalam hal ini.'' kata salah satu bangsawan yang menyertai perbincangan ini.

''siapa?'' soal Min ah.

''Chou Tzu yu. pengintip rahsia dari kerajaan Kdreamie yang dihantar untuk mengintip kerajaan Ccloudie.'' Semua mula tercegang apabila mendengar nama serta maklumat yang diberikan.

''terima kasih atas cadangan anda serta kerjasama anda semua. Beta akan menghubungi cik Chou dan menanyakan tentang persetujuan beliau untuk membantu kita. Bersurai.'' semua mula keluar dari ruangan itu untuk merehatkan diri masing-masing.

TBC

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Nov 17, 2022 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

longlost sisterTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang