Banyak tempat mereka pergi sana dan sini. Geroldsauer Wasserfälle yang menunjukkan air terjun yang cantik.
Baden baden yang merupakan kota di Black forest. Di situ ada macam macam seperti hotel dan resort, spa, kedai kedai, restoran malah ada juga tempat bersukan seperti golf dan tenis. Di situ juga ada istana lama dan muzium. Semuanya tempat dia pergi.
Selain itu mereka juga ke Baumwipfelpfad im Schwarzwald yang memiliki gelongsor yang panjang. Untuk sampai pada puncak banggunan perlu naik tangga dan semasa berjalan terdapat pelbagai jenis laluan yang berbeza beza. Saat yang paling seronok apabila di naik gelongsor untuk turun ke bawah.
Dan dia baru pulang ke Stuttgart. Di rumah Haidar. Sampai sahaja di terus mandi setelah selesai mandi dia terus membaringkan diri di katil dan bermain telefon manakala Haidar pula sedang mandi.
Semua gambar yang ada di lihat satu persatu. Sangat banyak malah di telefon Haidar juga. Dia pilih setiap gambar. Ada gambar dia di tasik, gambar dia bersama pokok malah ada juga gambar di istana dan banyak lagi.
"Pandai tangkap gambar...bagus" kata Khairina memuji hasil Kerja Haidar.
Tidak lama kemudian Haidar keluar dari bilik air. Lelaki itu hanya bertuala tanpa memakai baju.
'haaa sudah' kata Khairina merungut dalam hatinya. Dia kesal kenapa dia tidak keluar saat lelaki itu sedang mandi padahal itu menjadi kebiasaan dia saat Haidar menggunakan bilik untuk mandi dan bertukar pakaian. Gambar memang boleh buat Khairina terleka.
Khairina terus bangun dari katil. Dia harus cepat cepat keluar dari bilik ni.
"Nak ke mana?" Tanya Haidar memandang Khairina yang berjalan kearah pintu.
"Nak keluar, abang kan nak pakai baju." Kata Khairina yang berdiri dekat dengan pintu sambil membuka pintu sedikit.
"Tak payah." Jawab Haidar mendekati pintu dan menutupnya malah Haidar memberikan senyuman pada Khairina kemudian kaki lelaki itu kearah almari.
Suasana sunyi seketika. Mata Khairina hanya melihat tubuh Haidar yang masih terlihat basah dan segar. Dia menelan air liurnya saat melihat tubuh tegap dan fit lelaki itu. Dia sungguh terpesona dengan ciptaan tuhan yang satu itu. Dan tanpa dia sengaja.
"Boleh tak jangan goda Rina" kata Khairina tiba tiba.
Haidar memusingkan badan melihat Khairina sambil memandang kehairanan. "Rina tergoda?"
"Ya. Abang tahu tak daya tarikan abang tu kuat." Kata khairina dan kaki Haidar mula melangkah kepadanya.
"Kuat?" Kata Haidar sambil mengangkat kening dan bibir Haidar tersenyum.
"Ya..." jawab Khairina tanpa ragu. "Rina macam nak makan abang hidup hidup tahu tak" kini Haidar ada betul betul didepannya.
"Rina boleh makan abang" jawab Haidar. "Abang cakap betul." Kata Haidar memancing Khairina. Malah suara Haidar separuh berbisik.
"Kalau betul then...make a move" kata Khairina lagi. Khairina terus tersedar akan perkataan perkataannya tadi di seperti terjatuh di lubang yang dia gali sendiri. Beraninya dia melontarkan kata kata itu pad Haidar.
Mata haidar memandangkan lain macam pada khairina. Bilik ini membuatkan dia seperti sesak nafas.
'Salah langkah, salah langkah.' Rungut hati Khairina.
"Rina bergurau" kata Khairina dan tergelak malah Khairina cepat cepat membuka pintu tetapi dihalangi oleh tangan Haidar malah badan Haidar sudah melekat pada belakang badannya. Khairina hilang nafas malah belakang bajunya terasa basah.
'apa yang kau dah buat Rina' kutuk Rina pada dirinya.
"Abang tak bergurau." Kali ini, Khairina tahan nafas saat muka lelaki itu tepat pada kepalanya. Dia dapat rasa intonasi nafas lelaki itu lain dari lain.
Tiba-tiba kepalanya dicium semakin lama semakin ke tengkuknya. Khairina cuba mengelak tetapi dia kalah, Khairina terbuai dia berpusing menghadap Haidar dan tangan Khairina merangkul leher Haidar. Dan tanpa dipinta Khairina mendongak memberikan ruang yang lebih luas untuk Haidar menggila mencium. Haidar terus mengangkat Khairina. Khairina memeluk kejap pada leher lelaki itu. Mereka mula bergerak kearah katil. Haidar menjatuhkan tubuh Khairina di atas katil.
Khairina bangun kerana terkejut tetapi kakinya ditarik Haidar dan membuatkan dia terbaring semula. Khairina hilang nafas saat Haidar merangkak kearahnya seperti pemangsa yang ingin membaham mangsanya. Kini muka dia dan muka Khairina sedang bertentang.
Khairina menahan nafas saat melihat mata Haidar yang penuh hasrat. Sudah berapa kali nafasnya hilang kerana Haidar. Kalau begini dia boleh mati malam ini juga.
"Izinkan abang memiliki Rina sebagai seorang isteri yang sebenar benarnya?" Kata Haidar sangat lembut merayu kepadanya. Tangan lelaki itu mengusap pipinya dengan lembut dan penuh kasih sayang. Khairina hanya mengangguk dia perlahan dan cuba bernafas dengan teratur. Di situ juga terdapat senyuman dari bibir Haidar.
"""
Khairina membuka matanya dalam keadaan yang mamai. Dia melihat di luar cahaya disebalik langsir yang terang memancarkan cahaya. Dia yakin yang sekarang matahari sudah terpacak tegak. Dia melihat posisinya sekarang. Dia sedang dipeluk Haidar dari belakang malah dia dapat rasa dengkuran halus lelaki itu.
Dia tersenyum, semalam hari yang sangat meletihkan. Dari pagi sehinggalah ke malam. Saat bangun subuh tadi, dia perlu dikejut banyak kali oleh Haidar dan kemudian mereka kembali tidur sehinggalah sekarang. Dia tidak tahu berapa lama mereka tidur.
Dia cuba meraba katil untuk mencari telefonnya. Dia cuba membangunkan dirinya tetapi tangan Haidar semakin kuat memeluknya dari belakang.
"Abang.." kata Khairina intonasi sedikit marah. Dia tahu yang Haidar sudah bangun.
"Tidur lagi" kata Haidar masih menutup mata.
"Rina lapar." Kata Khairina.
"Nanti kita pesan makanan." Kata Haidar lagi. Kemudian lelaki itu menggeliat seketika dan melepaskan tangan pada Khairina. Lalu Haidar mengambil telefon di atas meja kecil di samping katil dan memesan makanan menggunakan aplikasi.
Dalam beberapa minit kemudian
"Dah." Kata Haidar sambil menarik Khairina dalam pelukan lelaki itu kembali. Haidar memeluk Khairina seperti memberi signal yang dirinya adalah milik seutuh lelaki itu tanpa ada keraguan.
"Rina dah jadi milik abang. Jadi tak ada sesiapa yang boleh ambil Rina dari abang." Kata Haidar bersuara serak bangun tidur malah Haidar berkata tepat pada telinga Khairina. Suara itu juga penuh penegasan dan penuh nokhtah.
"Dan Rina tak boleh lari." Kata Haidar lagi. Khairina terdiam dengan ayat itu.
"Abang tak obses dengan Rina kan?" Tanya Khairina.
"Obses?.... terpulang Rina." Kata Haidar bersahaja. "Dan abang milik Rina" kata Haidar lagi. Khairina tersenyum dengan kata kata itu. Adakah nanti dia yang obses dengan suaminya itu?
Tiba tiba tangan Haidar menyelinap di balik bajunya. Seperti sedang memberi signal sesuatu. Khairina hanya pasrah sahaja dengan permintaan Haidar.
Terima kasih dudi baca
YOU ARE READING
lelaki itu ✔※
RomanceNur Khairina mempunyai perasaan yang dalam buat Baariq, lelaki yang dia minati dan merupakan abang angkatnya. Baariq sangat sempurna di mata Khairina. Mereka menjadi keluarga yang harmonis sehinggalah abah berkahwin lain selepas kematian umi. Seoran...