Joy yang baru tiba di cafe yang selalu mereka berjumpa terus meminta maaf di atas kelewatannya. Saat di duduk dia melihat kedua orang sahabatnya masing masing tidak bersuara.
"Hello, kenapa?" Kata Joy. Dia melihat cara pakaian Khairina yang berselendang hitam yang diselempang tidak kemas dan berkaca mata hitam manakala Aisyah pula bertudung bawal memandangnya dengan senyuman pahit.
"Aku pergi tandas kejap." Kata Khairina berdiri dan berlalu pergi.
Saat Khairina berjalan menjauhi mereka, Joy terus memegang tangan Aisyah "kenapa? Pakaian dia macam baru kematian suami." Kata Joy sambil menggenggam tangan Aisyah kuat.
"Aku tak tahu kenapa." Jawapan Aisyah memberi perasaan hampa pada Joy.
"Dia kata ambil aku pukul 9.30 pagi." kata Aisyah mula bercerita. "Masa aku sampai Baariq pelawa aku masuk. Aku pun okay masuk la kan sambil tunggu dia. Tak sampai depan pintu Rina tarik aku laju ke kereta dan dia tak cakap langsung dengan Baariq macam selalu." Cerita Aisyah bersungguh. Joy hanya mendengar dengan khusyuk cuba merungkaikan apa masalah Khairina.
"Dan yang paling terkejutnya." Sambung Aisyah matanya memandang lama Joy.
"Apa?" Soal Joy kedengaran marah sedikit kerana tidak sabar.
"Masa kami nak pergi kereta aku. Ada kereta sport sedan lambang Mercedes tak silap aku betul betul parking depan kami. Masa tu Rina berhenti kejap, macam tunggu sesorang. Yang keluar dari kereta tu mama dia dan dia cakap mama Rina keluar dengan Aisyah." Kata Aisyah lagi.
"Dan ada lelaki yang keluar dari tempat pemandu." Cerita Aisyah lagi bersambung
"Haidar?" Teka Joy.
"Ya!!, Haidar." Balas Aisyah.
"Macam mana kau tahu?" Tanya Aisyah.
"Aku teka ja. Tak sangka betul" kata Joy tetapi dia juga terkejut dengan kehadiran Haidar.
"Masa aku nampak lelaki tu mula mula aku tak perasan. Dia nampak lain masa zaman Universiti dulu. Dia nampak lagi..... handsome." Kata Aisyah lagi cuba memberi gambaran ringkas pada Haidar kini.
"Mesti ada yang tak kena ni. Aku tak boleh baca ada apa dengan dia ni." Kata Joy berfikir.
"Dan dia nak kahwin dengan aku" Khairina terus duduk dan berkata.
"Apa!!!" Kata Joy dan Aisyah serentak dengan reaksi terkejut. Mata mata pelanggan lain terus melihat mereka.
"Kahwin?" Joy bersuara berbisik. Aisyah sudah terdiam dengan kata kata Joy cuba memahami situasi mereka yang sekarang.
"Tapi kenapa?" Soal Aisyah pula kini.
Khairina menggeleng sambil mengetap bibirnya. "Aku tak tahu kenapa."
"Apa reaksi mama, baariq, abah?" Soal Joy ingin jawapan cepat.
"Mama tak suka, pastinya. Abah pulak dia kata sebenarnya dia nak kahwinkan aku dengan Haidar."
"Owhhh, abah dah rancang lama." kata Joy,
Khairina mengangguk "Mungkin." Jawab Khairina singkat.
"This is the big plot twist" sambung Joy.
"Baariq?." Soal Aisyah pula, khairina memandang Aisyah.
Khairina menarik nafas dan dilepaskan perlahan sebelum bercakap.
"Baariq kata kami adik beradik tak boleh kahwin." Kata Khairina terus membuka cermin mata hitamnya. Terlihat mata bengkak khairina kerana nangis semalaman.
"Kau nangis dengan jawapan dia" kata Aisyah prihatin.
"Ya.." mata Khairina terus berkaca kaca. Mulutnya ditutup menahan sebak.
"Rina" Aisyah terus memeluk khairina manakala Joy mengusap lembut belakang Khairina untuk memberi ketenangan pada wanita itu.
"Masa dia cakap macam tu aku rasa blank, gelap." Kata Khairina lagi menyeka air matanya yang hampir keluar. "Dan aku terus kata dengan abah, 'Abah kahwinkan Rina dengan Haidar.'itu yang keluar dari mulut aku lepas Baariq kata macam tu" kata Khairina lagi.
"Kau dah terlepas cakap." Kata Joy. Aisyah duduk pada tempatnya balik dan melihat Khairina.
"Aku tak tahulah aku tak boleh fikir apa akan terjadi pada hari depan." Kata Khairina risau.
"Pagi tadi Haidar ada settlekan perkara kahwin dengan mama. Aku sendiri dengar aku tak tahu apa yang mereka buat" kata Khairina lagi.
"Pantas dia buat kerja." Kata Aisyah.
"Aku tak sanggup nak tolak sebab itu salah satu permintaan abah. Abah pun gembira pagi tu. Siap dia kata selamat pagi bakal pengantin." Kata Khairina lagi.
"Abah tak nampak mata lebam kau?" Tanya Joy.
" make up." Jawab Khairina singkat. Joy dan Aisyah tersenyum dengan jawapan Khairina.
"Rupanya aku sorang sahaja yang tak tahu perkembangan Haidar. Yang lain semua tahu." Kata Khairina
"Mama tuduh aku hasut Haidar untuk kahwin dengan aku tapi aku cakap aku tak ada langsung berkomunikasi dengan dia dan dari situ aku tahu yang mereka semua tahu perkembangan Haidar." Kini dia mula beremosi.
"Macam mana kau tahu?." Tanya Joy.
"Mama kata dia anak mama, dari ayat dia tu kau tahu maksud dia lebih. Ibarat cakap macam Mestilah mama tahu perkembangan Haidar, dia anak mama" jelas Khairina." Aku pandang Baariq aku pandang abah." Yes mereka tahu dan Haidar kata dia yang tak benarkan aku tahu pasal dia. For what?" Marah Khairina pada Haidar.
"Itu pelik, kenapa pula macam tu" kata Aisyah.
"korang pun tertanya tanya kenapa? Inikan pulak aku." Kata Khairina lagi.
"So sekarang macam mana?" Soal Joy kembali.
"Aku ikut jelah." Kata Khairina singkat.
"Kau mempertaruhkan masa depan kau pada Haidar. Pastikan apa yang kau buat ni betul, jangan main follow ja" pujuk Aisyah pada Khairina. Dia tahu Aisyah nak yang terbaik buat dia.
"kalau kau tak nak, tak perlu. Tak perlu juga kau harus membalas budi sebagai seorang anak angkat. Kau wanita dewasa." Kata Aisyah kembali.
"Betul atau kau solat istikharah, kau mengadu pada Allah." Kata Joy.
"Kalau jawapan dia tetap Haidar dan kau yakin dengan keputusan Abah teruskan sahaja insha allah" Kata Joy pula.
"Dulu masa aku nak kahwin aku dengan Adli. Aku solat istikharah juga walaupun aku yang gilakan dia. Tapi masa proses kahwin kami tu aku nampak dia ja tak ada orang lain. Jadi dari situ aku tahu dia yang terbaik untuk aku, insha allah akhir hayat kami bersama." Kata Joy romantik sambil tersenyum mengenangkan suaminya.
"Insha allah." Kata Khairina.
"Tapi kau kena tanya dengan dia. Kau kena tanya kenapa dia buat macam ni. Kenapa dan kenapa." Kata Aisyah lagi.
"Pastikan masa tu kau okay dan tenang. Ingat, fikiran ikut emosi dan perasaan marah tidak dapat selesaikan masalah atau mungkin kau sebenarnya tak dapat jawapan." Kata Joy menyambung ayat.
Khairina mengangguk faham.
Terima kasih sudi baca.
YOU ARE READING
lelaki itu ✔※
RomanceNur Khairina mempunyai perasaan yang dalam buat Baariq, lelaki yang dia minati dan merupakan abang angkatnya. Baariq sangat sempurna di mata Khairina. Mereka menjadi keluarga yang harmonis sehinggalah abah berkahwin lain selepas kematian umi. Seoran...