Mengalah? Perkataan yang tidak wujud di dalam kamus hidup Miqash Adriane.
Barista, babysitting, tukang masak, penghantar barang, tukang kedai bunga, cashier. Sanggup Miqa berkerja keras demi untuk menanggung bil hospital ibunya.
"Miqa tolong hantarkan lauk ini pada Mak Cik Ijan , alang-alang kau mahu pergi bekerja " Mak Jah menghulurkan bekas Tupperware berisi lauk.
Bekas mahal ini , harus berhati-hati "nah yang ini untuk kamu , aku masak lebih harini jadi kau tak perlulah beli makanan di kedai. Itu bekal untuk makan tengahari" Mak Jah menghulurkan bekas yang dibungkus dengan plastik, mungkin takut lauk di dalam tumpah.
Sudut bibir Miqa terangkat menampilkan senyuman sangat lah bersyukur dengan bekal yang diberikan "terima kasih banyak-banyak Mak Jah, susah-susah sahaja"
"Aku hanya menjalankan tugas aku kerana aku berhutang budi sama ibu kamu, sudah pergi kerja sana nanti lambat pula" Mak Jah mengelakkan diri daripada melihat senyuman manis Miqa kerana dia tahu ia akan merosakkan imejnya sebagai seorang Mak Cik yang cool. Dia takut dia juga akan tersenyum.
Miqa mengangguk dan menyalami tangan kanan Mak Jah "Miqa pergi dulu ya" "baiklah, hati-hati naik motor kamu itu masih bujang lagi" Mak Jah pesan tapi hanya mendapat senyuman sinis sebagai balasan.
"Bertuah punya budak" Kata Mak Jah sambil tersenyum lembut.
.
Miqa melihat bangunan yang sungguh lah tinggi di depannya. "betul ke alamat ni?" tanya Miqa pada dirinya sambil mengangkat visor helmetnya.
"Uhh cik ada apa di sini?" Miqa menoleh ke belakang, seorang security guard menyapanya. "Ouh pak cik, saya ada bungkusan buat Q..?" Sedikit pelik Miqa kerana itulah nama pada bungkusan itu untuk penerimanya.
"Ouh , Q! Letak saja bungkusan itu di meja reception itu nanti pekerja akan memaklumkan pada penerima bungkusan itu" ujar Pak cik guard itu sambil menunjukkan meja reception pada Miqa.
"Lagipun bungkusan ini sangat penting" bisik pak cik guard pada Miqa dengan tangannya menyembunyikan pergerakan mulutnya. Ialah kan nama pun berbisik . Terbeliak sedikit mata Miqa, pelik bunyinya.
Miqa hanya mengangguk dan terus bergerak ke meja reception.
Selesai. Sedang Miqa menunggang motor Vespa miliknya, Miqa sering memikirkan hal yang dikatakan oleh pak cik guard itu dan mula membuat andaian sendiri.
"Aku hantar barang haram ke tadi..?" Bulu roma nya berdiri tegak. Miqa menggeleng kepalanya untuk melupakan pemikiran yang mengganggu nya.
Serabut jadinya.
Habis saja kerjanya sebagai penghantar barang Miqa cepat-cepat bertukar ke baju kerjanya sebagai Barista. "Miqa cepat sikit tukar baju! Customer makin ramai" jerit rakan sekerjanya.
"Okay siap" cepat-cepat Miqa pergi membuat kerjanya. Dalam masa 15 minit Miqa berjaya membuat lebih kurang 15+ air custom. Miqa memang laju melakukan kerjanya.
Miqa mengelap peluh di dahinya. Sejak dari pagi tadi dia tidak mendapat rehat langsung.
"Miqa tolong cover aku sekejap aku nak ke tandas" ujar rakan sekerjanya. Miqa mengangguk dan terus ke counter untuk mengambil order.
Sekumpulan budak sekolah lelaki masuk ke Cafe dan terus ke counter. "One hot coffee with extra cream and two caramel iced coffee" dengan focus Miqa mengambil order lelaki itu.
"Baiklah semua sekali RM 22.50" ujar Miqa. Kemudian lelaki itu menghulurkan RM 50 dengan kata "cantik awak saya nak kenal boleh" tapi hanya dibalas dengan "baki RM 27.50" oleh Miqa langsung tidak heran dengan lelaki tadi.
Lelaki menjadi malu dan ditertawakan oleh kawannya. Dia merasa jengkel, sakit hati.
Selesai Miqa membuat air, dia menghantar air itu di meja mereka. Miqa meletakkan cawan ke atas meja satu demi satu dengan berhati-hati.
Kemudian lelaki tadi bersuara lagi "sedih hidup kau , muka cantik tapi tu lah kerja dekat cafe macam ni" seolah-olah ingin mengejek Miqa sambil mengangkat cawannya.
Miqa tahu lelaki ini inginkan tindak balas daripada Miqa jadi Miqa hanya senyum "air tu panas hati-hati." lagipun ada pelanggan lain yang mula rasa tidak selesa. Namun lelaki itu tidak peduli dan terus menghirup air itu.
Miqa jalan pergi dari meja itu. Selepas saja Miqa pergi, lelaki itu menyemburkan air dari mulutnya. "Panas sial!" Carutan lelaki itu telah mendapat perhatian daripada ramai pelanggan.
"Kau nak melecurkan lidah aku ke apa ?!" Jerit lelaki itu pada Miqa . Rakannya hanya duduk disitu diam, malu dengan tindakannya.
"Nama pun hot coffee mestilah panas tu pun tak boleh fikir ke.."
"Padahal orang dah bagitahu dia kot yang air tu panas tapi degil terus minum"
"Buat malu je.." bisikan pelanggan lain yang berada di situ.Dia kemudian terduduk malu dengan dirinya. Tetapi tidak lepas matanya menjeling Miqa. Miqa hanya melihatnya tanpa sedikit pun reaksi yang ditunjukkan.
"Miqa okay?" Tanya manager Miqa. Miqa mengangguk. "Rasanya dah masuk waktu rehat Miqa pergilah berehat" ujar manager nya. Seperti biasa Miqa mengangguk.
Miqa jalan ke locker miliknya untuk mengambil bekal yang diberikan oleh Mak Jah. Sudah terliur Miqa dengan baunya sahaja.
Miqa berterima kasih dengan bekal Mak Jah kerana pada waktu-waktu dalam bulan ini Miqa mempunyai sedikit masalah dengan duit.
Belum sempat Miqa membuka bekas itu sudah ada yang memetik namanya. "Miqa!!" Kenal sangat lah Miqa dan semua orang yang bekerja disini dengan suara ini.
Miqa bergegas ke tuan badan suara. Pekerja senior di sini yang ditakuti oleh semua pekerja disini termasuk manager mereka sendiri, Encik Zulkifli. Gila kuasa dan sangat lah mata duitan, melayan pekerja muda daripadanya dengan tiada hormat langsung.
"Ya Encik Zulkifli?"
Kening Miqa terangkat selepas melihat budak sekolah lelaki tadi dengan seorang wanita 40an. "Minta maaf dengan dia." Ujar Encik Zulkifli menjeling ke arah Miqa.
"Untuk apa?" Tanya Miqa, keliru. "Setahu saya , saya tak buat salah" Miqa berkata lagi. Sekali lagi Miqa dijeling oleh Encik Zulkifli. "Maaf puan pekerja ini muda lagi" Encik Zulkifli cuba meminta maaf dari pihak Miqa.
Miqa memerhatikan wanita itu dari atas ke bawah. Ouh patutlah Encik Zulkifli beria-ia baik dengan pelanggan satu ini rupanya sebab rupa paras yang menunjukkan kemasyhurannya.
"Sebab kau lah tangan kanan anak aku melecur! Macam mana dia nak tulis lepas ini?! Minta maaf sekarang juga!" Wanita itu jerit tepat dimuka Miqa. Sabar Miqa.
Miqa senyum "baiklah. Saya minta maaf kerana anak puan tidak reti menipu, saya minta maaf kerana anak puan ini kurang adab. Setahu saya, anak puan hirup air tu baru dia sembur air tu sebab panas. Saya sudah pesan dengan dia tapi degil tetap minum.
Mungkin semua ini dapat datang daripada ibu-bapanya..?" Sengaja Miqa menanyakan ayat terakhir itu untuk menaikkan api bara amarah wanita itu tersebut.
"Excuse me! Anak aku ada adab ya and kalau kau tak minta maaf betul-betul aku akan report polis pasal hal ini!" Katanya sambil mencari telefon bimbitnya.
"Lagi satu , aku kenal owner kedai ini aku tak akan teragak-agak untuk suruh dia pecat kau!" Anaknya hanya menundukkan kepalanya ke bawah malu dengan perbuatan ibunya.
"Pelik, aku tak ingat pernah kenal dengan kau." Kedengaran suara yang garau. Dato' Khalid Isma, pemilik kedai itu merenung ke mata wanita itu dengan sangat tajam ia boleh menerkam matanya.
YOU ARE READING
Titik Noktah
RomanceMiqash Adriane. Gadis lurus bendul dan kekok adalah orang yang paling tidak dijangkakan untuk menjadi CEO syarikat milik ayah kandungnya. Sedang Miqa bekerja sambilan mencari duit untuk rawatan ibunya yang sedang sarat sakit , Miqa terserempak deng...