2

49 10 0
                                    

Siapa saja yang tidak kenal dengan Dato' Khalid Isma pemilik syarikat yang berjaya dan antara orang kaya yang terkenal.

"E-eh Dato' Khalid?" wanita itu terkebil-kebil melihat lelaki itu. "Sejak bila pula kau kenal aku?" Tanya Dato' Khalid.

"Eh Dato' pemilik cafe ini ke?" Tanya wanita itu, wajahnya yang tadi marah bertukar 360° kepada senyuman. Ya lah kan nama pun jumpa dengan Dato' mestilah kena tunjukkan akhlak yang baik.

"Ya." Ujar Dato'Khalid tidak menunjukkan minat untuk berbual dengan wanita itu. "T-tuan Khalid! Kenapa tidak beritahu yang tuan nak datang" Encik Zulkifli terkejut melihat bossnya. Terkejut satu , takut satu.

"Cafe ini milik aku, perlu ke aku beritahu kau bila aku nak datang?" Dato' Khalid mengangkat keningnya membuatkan Encik Zulkifli ketakutan dan malu.

Semua mata pada mereka. "Ada masalah ke disini yang perlu aku masuk campur?" Tanya Dato' Khalid, dengan pantas wanita tadi menggeleng kepalanya "ouh tidak-tidak tadi hanyalah kesilapan!"

Wanita tadi mengheret tangan anaknya keluar daripada cafe itu kerana dia tahu jika ada orang seperti Dato' Khalid yang terlibat dalam hal kecil ini , ia akan menjadi satu hal yang besar.

Daripada tadi Miqa hanya mendiamkan diri melihat semua itu berlaku. Sepanjang Miqa bekerja di cafe ini , tidak sekali pun dia melihat pemilik cafe ini. Yang dia tahu , pemilik cafe ini orang yang terkenal itu sahaja.

Walaupun Miqa tidak pernah lagi berjumpa dengan Dato' Khalid, dia merasakan ada yang tidak kena. "Miqa" Miqa menoleh kepada Dato' Khalid yang memanggilnya.

"Boleh saya bercakap dengan Miqa berdua?" Lembut sahaja nadanya berbeza dengan tadinya.

Miqa bingung, orang seperti Dato' Khalid ingin bercakap dengan orang seperti Miqa?

Miqa hanya mengangguk dan mengikut Dato' Khalid ke meja VIP. Dengan kekok Miqa duduk ke atas kerusi itu. Tidak pernah pula Miqa terbayangkan duduk semeja bersama orang yang penting.

"Jangan takut , selesakan diri Miqa" senyum Dato' Khalid. Pelik buatnya tapi Miqa hanya mengangguk.

"Eh ada apa Dato' nak jumpa saya?" Tanya Miqa. Dato'Khalid mengambil sesuatu dari begnya. Beberapa helai kertas dikeluarkan berserta satu sampul surat yang tebal.

Dato' Khalid kemudian menghulurkan sampul surat itu. "Apa ini?" Tanya Miqa melihat sampul surat itu. "Bukalah" sebut Dato'Khalid. Miqa mengikut kata Dato'Khalid dan membuka sampul surat itu.

Alangkah terkejutnya Miqa selepas membuka sampul surat itu. Duit berwarna ungu itulah yang membuatkan sampul surat itu tebal.

"Untuk apa ini?" Tanya Miqa, keliru. Tapi Dato' Khalid tidak membalas dia hanya menghulurkan beberapa helai kertas yang diambil dari begnya tadi.

Miqa meletakkan sampul surat berisi duit itu ke atas meja dan mengambil beberapa helai kertas itu. "Ini dna test Miqa dan saya" kata Dato' Khalid sambil Miqa sibuk membelek kertas-kertas itu.

"Maksudnya?" Tanya Miqa mengangkat kepala melihat Dato' Khalid. "Dna kita match, saya ayah kandung Miqa." Ujar Dato' Khalid melihat Miqa dengan wajah serius.

"hahaha  sejak bila saya ada bapak pula" terkekek-kekek Miqa ketawa kerana dia anggap yang Dato' Khalid hanya membuat lawak.

"Miqash Adriane, Miqa adalah anak kandung ayah" kata Dato' Khalid dengan nada serius. Miqa berhenti seketika.

"Seroja Mawar, bekas isteri saya, ibu kepada Miqa. Betul?" Riak wajah Miqa bertukar menjadi serius. Tiada satu pun yang tahu nama penuh ibunya selain daripada dirinya dan pihak hospital yang menjaga ibunya.

Titik Noktah Where stories live. Discover now