Bab 5

38.7K 1.7K 90
                                    

Alwanie?! Sedapnya nama dia! Irham merenung muka Alwanie sambil tersengih-sengih. Kenapa ni? Takkan jatuh kot? Janganlah. Janganlah. Janganlah.

"Asal you pandang I macam nak tembus tu?" Alwanie tergelak kecil.

Irham agak tersentak. Kantoi la duk usyar dia! Dia cuma melebarkan sengihan.

"You dengan siapa? Date ke?" Irham cuba mengorek sesuatu. Kalau tak da pasangan, memang berbungalah hati ini.

Belum sempat Alwanie menjawab, satu suara menyapa.

"Sorry sayang, abang sakit perut tadi." Seorang lelaki datang secara tiba-tiba. Lantas Irham memerhati gaya lelaki itu sebelum memandang muka.

Saat matanya bertembung dengan mata lelaki itu, dia ternganga habis. Takkanlah ini boyfriend Alwanie... Oh mai god katakan tidakkk!

"Eh Irham?" Miyyo menepuk bahu Irham.
Irham bangun dan terus berkata, "saya pergi dulu ada hal. Sorry ganggu Abang Miyyo dengan Alwanie dating." Dan Irham terus melangkah pergi dengan laju.

Dia tak tahu kenapa dengan dia. Tiba-tiba jadi gelabah. Tiba-tiba rasa sesuatu dalam hati. Tiba-tiba rasa kecewa. Mungkin dia mula suka wanita itu?

Semasa sudah masuk ke dalam kereta, dia tersandar di sofa keretanya. Wanita yang dimiliki oleh seorang lelaki yang sangat berwibawa. Dush! Rasa macam nak hentak kepala sendiri kat stereng kereta. Kau bukan suka dia pun. Kau bersalah je. And dah habis dah kisah ni. Kau dah minta maaf dah. Dia takkan hantui kau dah. Okay bye, Alwanie.

-------------

"Abang kenal?" Alwanie terjongket kening melihat abangnya.

"Rakn business aje." Miyyo menjawab sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

"Ohhhh." Alwanie buat mulut o.

"Tapi kan, abang rasa dia macam suka Al la." Miyyo gelak.

"Kenapa pulak?"

"Gelabah gila muka dia tadi masa abang panggil sayang. Macam ada something wrong kat face expression dia."

"Merepeklah, bang." Aku cubit pipi Miyyo.

"Mesti dia ingat abang ni boyfriend sayang kan? Tah-tah tunang? Suami?" Miyyo buat muka cuak yang sengaja diada-adakan.

"Mengadalah dia ni." Alwanie tergeleng-geleng. Miyyo memang macam tu mengada.

Hm. Lupa nak cerita istilah keluarga pula. Miyyo ni adalah abang kedua aku. Dia yang selalu jaga aku. Dialah yang lindungi aku. Kalau dia takda masa, dia sanggup hire bodyguard untuk awasi aku. Rimas nak mampus. Aku marah-marah pun dia buat muka kering aje. Tapi aku rasa dialah abang paling best dalam dunia!

Aizat Andrean. Abang sulung aku. Garang tapi penyayang. Kalau dia cakap apa-apa, wajib ikut kalau tak kang kau kena buli dengan dia. Dia jarang kat rumah. Ke oversea la apalah. Aku pun dah lima bulan tak jumpa dia. Di UK kot. Entah. Katanya dia akan balik minggu depan.

Aiman Arfan. Abang ketiga aku. Dia dengan Miyyo, dia lagi handsome. Ramai perempuan gilakan dia. Kalau aku bukan adik pun, aku gila jugak kat dia. Mungkin? Dia pun melayan. Sampai sekarang tak ada awek. Dia baru habis master and sekarang dia dah mula business perhotelan. Papa suruh. Padan muka dia foya-foya sangat.

Semua antara mereka memang suka panggil aku sayang. Katanya sebab dorang sayang sangat kat aku. Sayang gilalah. Okay dah la tu. Dah kenal dah kan?

"Jom kita seksa hati dia. Biar abang buktikan yang dia memang sukakan sayang." Miyyo buat muka gedik. Sah nak cakap Alwanie girlfriend dia dan nak sakitkan hati Irham. Mesti seronok macam ni.

Orang kurang tahu tentang family ini. Agak low profile. Yang ada cuma dilabelkan sebagai businessman berjaya dalam usia muda. Salasilah keluarga juga tidak dihebohkan pada masyarakat luar. Orang pun kurang tahu dorang bertiga ni ada adik perempuan yang cantik.

"Dah dah makan." Miyyo tarik hidung aku sampai merah. Kejam!

Cinta Untuk CrushWhere stories live. Discover now