3 | 𝑸𝑨𝑺𝑯𝑨𝑯𝑲𝑨𝑻𝑯𝑬𝑹𝑰𝑵𝑬

255 23 0
                                    

"AKU tak gila! Aku tak gila!"

"Qashah gila! Qashah gila! Eii korang semua tengok tu. Qashah cakap sorang diri la! Kesian dia kan kecik kecik lagi dah gila!" Ejek salah seorang budak disitu bersama rakan-rakannya.

"Aku tak gila lah!" Jerit Qashah.

"Bunuh dia Qashah. Bunuh dia... Bunuh dia!"

"Qashah gila. Qashah gila. Qashah gila."

"Aku tak gila la!"

Buk!

Salah seorang budak disitu tersungkur jatuh tatkala Qashah menumbuknya sehinggakan giginya mengeluarkan cecair darah yan pekat. Semua disitu turut terkejut dan cuba menjauhi Qashah setelah melihat apa yang dilakukan oleh Qashah sebentar tadi.

"Argh!!" Jerit salah seorang budak perempuan apabila melihat abangnya ditumbuk sehinggakan menampakkan darah yang pekat.

Cikgu cikgu semua turut keluar apabila mendengar bunyi jeritan budak perempuan tersebut.

"Ya Allah apa yang kau sah buat dengan anak aku ni??" Ditolak sedikit tubuh Qashah menjauhi anaknya.

"Kau memang gila Qashah!" Kata seorang cikgu yang merupakan emak kepada budak yang ditumbuk tersebut.

Qashah memandang sekelilingnya. Semua terlihat takut dengannya. Dan senua menjauhi darinya. Bukan niat dia mahu menumbuk lelaki tersebut malah ada satu suara yang cuba menghasutnya dan dia tidak dapat mengawal bisikan tersebut.

Setelah itu ibu bapa Qashah dipanggil ke sekolah. Dan mulai dari situ hidupnya berubah serta merta. Dia diberhentikan dari sekolah. Dan bisikan itu semakin lama semakin kuat dan dari pada saat itu Qashah selalu memberontak. Iya kerana dia sering dipukul dari dia bayi sehingga la dia berumur 10 tahun sebelum dihantar ke hospital sakit mental.

Dia juga turut mencederakan diri pada masa yang sama. Disebabkan dia sering dipukul lah dia menjadi sebegitu. Skizofrenia, dan (DID) atau lebih dikenali sebagai Dissociative identity disorder. Pukulan yang  selalu dia dapat membuatkan dia mencipta seseorang didalam fikirannya. Dan suara itu membuatkan dia semakin teruk.

"Kau degil kan budak! Sini kau!

Zap!

Zap!

Zap!

Setelah dia diberhentikan dari sekolah dia sering mendapat pukulan tatkala sewaktu dia bayi juga turut dilibas menggunakan tali pinggang sehingga menampakkan kesan tersebut.

"Papa sakit! Papa!" Jerit Louis

"Degil, memang patut kau kena macam tu."

"Mama sakit! Mama!" Giliran Tengku Qaylin pula menggunakan kayu. Dan disitu mulanya skizofrenia.

"Mama, papa sakit! Mama!"

"Qash? Qash bangun. Qash!" Lengan Qashah digoncang apabila melihat wajah Qashah berpeluh secara tiba-tiba.

"Qash bangun..."

"S-sakit! Sakit!"

"Qa--"

"Mama!" Mata terbuka secara tiba. Wajahnya juga berpeluh.

Dengan secara tiba dia ke posisi duduk. Katherine mengambil tempat disebelah Qashah.

"Qash okay?" Qashah menggeleng dengan pantas. Nafasnya bagaikan tercungap-cungap.

"Bagitahu Kate apa yang terjadi." Qashah memandang Katherine disebelahnya. Perlu kah dia memberi tahu?

"Qash--"

Katherine : My Beloved HusbandWhere stories live. Discover now