SEKALI LAGI INGIN SAYA KATAKAN. SAYA BUKAN PLAGIAT. SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MENCURI IDEA DARI KARYA ORANG LAIN. SAYA HANYA MEMINJAM DAN DIINSPIRASI SAJA. SAYA TIDAK SUKA DENGAN IDEA ORANG MENGATAKAN SAYA PLAGIAT.
BAIKLAH. SETERUSNYA SAYA INGIN MEMINTA MAAF JIKA TERKASAR KATA, AYAT DAN CARA SAYA JELASKAN. SAYA JUGA MEMINTA MAAF JIKA BINGUNG DENGAN CERITA INI.
WARNING...!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ADA ADEGAN MATI DAN BUNUHyang dimulai dengan...kematian yang harus dilakukan tetapi dihalang dengan apa, gadis itu tidak tahu. Namun gadis itu mengingati memori yang muncul di kepalanya.
[ "Nim, perkenalkan ini Harzan. Dia budak baru masuk dan jenis sukar dikawal. Jadi rasanya elok masuk dalam unit kamu, bukan?"
Gadis yang berumur 16 tahun itu melihat datar ketuanya yang menarik belakang kolar baju remaja lelaki yang sepertinya tidak senang dari raut wajahnya. Gadis itu menunduk sedikit kepalanya sambil mengukir senyum kecil.
"Kalau begitu pesan ketua, maka baik sahajalah" jawab gadis itu dengan sopan.
"Haha...kalau begitu aku tinggalkan dia dengan kamu. Bimbing dia baik-baik. Bye"
Remaja lelaki itu menarik nafas lega bila kolar bajunya telah dilepaskan. Dia membetulkan bajunya sebelum menatap mata turquoise yang tidak lari memandangnya. Dia rasa kosong dan curiga dari senyuman dan pandangan gadis itu.
"Sepertinya kau mempunyai sesuatu yang menarik untuk dapat perhatian ketua ya? Baiklah ikut aku" kata gadis itu sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang. Hujung kain dari hijabnya yang bewarna merah itu bergerak seperti mana gadis itu melangkah. Remaja yang melihat tidak bergerak sekutik.
Gadis itu melihat ke arah belakang bila tidak merasakan kehadiran remaja itu. Dia mengangkat keningnya. "Mari ikut aku budak baru"
............................................................................Setelah beberapa hari kemudian, Nim telah mengenalkan Harzan, budak baru kepada unit yang di bawah pimpinan gadis itu. Dia juga telah menerangkan tugas unit mereka iaitu mencari pengkhianat dan musuh kepada Harzan.
Kini Nim dan Harzan bersama-sama duduk di suatu restoran dengan pesanan masing-masing di hadapan. Nim memakan dengan tenang bagai tidak terganggu dengan pandangan serta bisikan orang sekeliling, berbeza dengan remaja di hadapannya. Walaupun tidak ketara dari raut wajahnya, namun pergerakan tangannya yang seperti ragu-ragu serta badannya yang kaku.
Nim meletak sudu yang dipegangnya dan memandang Harzan. Remaja itu tidak memandang ke arahnya, lebih ke arah makanan yang tidak luak sedikit pun. Gadis itu mengetuk meja dengan sedikit kuat, membuatkan Harzan dan beberapa pelanggan yang duduk terkejut dengan bunyinya. Remaja lelaki memandang Nim hairan.
Tidak lama, datang pelayan restoran itu. Pelayan itu berdiri di tepi meja sambil memegang buku kecil dan pen dengan tubuh yang menggeletar. Pelayan itu tahu bahawa dua remaja di hadapannya itu adalah orang yang berada dalam geng atau mungkin kita boleh panggil samseng. Pelayan itu resah kerana dia boleh dihajar secukupnya jika dia melakukan perkara yang tidak mereka berdua sukai.
"A-apa yang boleh saya bantu?"
"Tolong bungkus makanan dan minuman ini serta tambah sebungkus nasi goreng telur. Kami akan menunggu di kaunter"
"B-baiklah"
Dengan cekap pelayan itu membawa pergi makanan dan minuman untuk di bungkus. Nim menarik hujung baju remaja sambil berjalan ke kaunter. Sesampai sahaja, barulah Nim melepaskannya.
YOU ARE READING
NIMRA
RandomMaisha Nimra, seorang gadis yang nanti di saat umur 20 tahun akan dibunuh oleh seseorang yang gadis itu anggap sebagai seorang adik atas alasan mengkhianati raja yang disanjung oleh yang gadis anggap adik itu. Namun, dia membuka mata dan melihat kal...