Bab 2 prom

1 0 0
                                    

'Apakah aku di hospital? Tapi kenapa tiada jendelanya?' bisik gadis itu. Dia menggerakkan tangannya untuk meraba tepi katilnya. Dia tidak merasakan apa-apa. Kosong. Dia menggerakkan pandangannya ke tepi dan melihat kerusi panjang tepi pintu yang tertutup. Tiada sebarang hiasan di dalam bilik itu. Ruangan sederhana. Syukurlah bukan ruangan kecil. Bukan dia tidak suka. Hanya menimbulkan satu kenangan kecil yang menyesakkan saja.

Tttttt

Pintu bilik itu terbuka dan terlihat dua orang melangkah masuk ke dalam ruangan itu. Nim mengenal siapa mereka berdua. Dahinya berkerut bingung.

Salah seorang dari mereka menyedari sang gadis yang sudah sedar. Seorang wanita yang di usia 27 atau 28 tahun, kakak kepada seseorang yang dia rapat dan kepada yang memimpin geng. Namanya adalah Adibah Jalilah. Wanita itu sepertinya menjinjing plastik besar di tangan kanannya.

"Nampaknya bilik nie memang kurang perabotnya dan juga, selamat kembali ke dunia fana, Nim! Sepertinya kau baik-baik saja. Cuma luka kau itu cukup panjang ya. Gara-gara adik lelaki ku" kata wanita itu.

Di sebelahnya adalah Agha Barzun. Pemuda itu bukanlah dalam keadaan yang...sihat walafiat. Remaja itu juga dibaluti kain pembalut di kepala, wajah, badan dan kedua tangannya. Remaja itu  sepertinya telah dibelasah dengan sangat teruk. Remaja itu juga tidak dapat untuk berdiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

"Apa yang kau berdua mahukan daripada aku?" tanya Nim berterus terang, tiada dalih-dalih.

"A-err..."

"Kau yang rancang kejatuhan Datuk Carim Basit dengan kau menjadi pengkhianat geng KLR6 dan masuk geng TO3. Kau yang mengatahui kalau Alani adalah salah satu mata-mata bagi Datuk Carim dan rancangan orang tua itu untuk menambahkan budak -budak untuk buat kerja kotor untuk dia"  Wanita itu berkata dengan senyuman bisnis.

Gadis, tidak. Umur dia sudah 20 tahun, jadi dia layak digelar wanita juga. Nim mengangkat kening kanannya lalu mengeluh kecil. Dia memandang siling putih dan rata. Politik. Dia benar-benar tidak sukakan politik kerana ia membingungkan dan menyusahkan. "Aku tidak tahu dari mana kau dapat maklumat itu dan apa kena mengenanya dengan masa sekarang. Walaupun itu benar, aku sudah tidak mahu kembali ke dunia pertarungan yang telah bercampur politik ini. Aku benci politik"

"Walaupun kau benci politik dan tidak mahu ada kena-mengena dengan perkara itu dari awal, tapi kau ikut juga sebab Ei minta tolong dengan kau kan? Ei yang menjadi target dari Datuk Carim Basit dan bertemu dengan kau yang mempunyai kebolehan untuk membantunya. Selepas kematian Eidlan dan Qaiser bertukar menjadi murung setelah kematiannya, kau sudah keluar dari dunia ini dan tidak melakukan lagi jenayah lalu hidup dalam keadaan kosong dan tiada arah. Ei yang datang kepada kau dan membimbing hidup kau. Qaiser memanglah raja kau, namun Ei ialah cahaya yang menjadi penyuluh hidup gelap kau, bukan?" soal Agha dengan wajah yang penuh semangat. Matanya tidak menunjukkan sebarang gentar, sentiasa bersemangat dan penuh keazamanan. Sungguh bukan calang-calang punya remaja. Satu perkara yang Nim tidak mahu mengatakannya dengan kuat, Nim amat kagum dengan itu.

"Pfff-hahahahahaha!!!"

Nim tidak tahu kenapa dia ketawa. Dia hanya rasa yang dia perlu ketawa. Dadanya berasa sempit bila mendengar apa yang diucapkan oleh Agha. Jadi dia ketawa dengan agak kuat sehingga air matanya mengalir. "Engkau memang bukan sembarangan manusia, Agha Barzun"

"Ehhh??"

Remaja itu bingung kenapa bekas kapten unit di geng KLR6 ketawa kuat seperti itu. Tapi bibirnya mengukir sebuah senyuman yang dia sendir tidak sedar terjadi. Manakala Adibah memandang dua manusia di hadapannya sambil tergeleng-geleng kepala. 'Mereka berdua memang perlukan bantuan'

Nimra berhenti ketawa. Dia berdehem untuk membetulkan suaranya. Sudah lama dia tidak ketawa seperti itu. Dia kembali memikirkan tentang Ei. Bagaimana dengan dia agaknya? Apakah dia baik-baik saja? Itulah soalan yang timbul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NIMRAWhere stories live. Discover now