Demi Dia

64 4 2
                                    

"Assalamualaikum, Lukman oh, Lukman". Di pagi hari nan indah terdengar suara yang merdu memanggil nama ku.

"Ya, kejap!" Aku membuka pintu kemudian terpapar senyuman manis di mukanya. Wajahnya yang biasa seperti orang lain, tidak kurang dan tidak lebih iaitu Elly.

Namun sikapnya yang sopan santun, lemah lembut juga ayu membuatkan ramai yang jatuh hati melihatnya berbanding rupanya yang tidak terlalu menonjol. Zaman ni tak ramai orang menilai buku dari kulit. Ramai, bukan takde.

Kami berjalan menuju ke sekolah sambil diiringi siulan burung-burung berserta deruan angin yang menenangkan jiwa dan fikiran. Drama punya scene gitu.

Setibanya di hadapan pagar sekolah, muncullah kelibat yang tidak disenangi aku iaitu Zairul seorang pelajar biasa yang dikatakan bijak dalam pelajaran, merendah diri, molek budi bahasanya, tidak kalah juga dengan rupanya yang tampan dan kemas. Boleh dikatakan antara pelajar contoh di sekolah.

"Elly, awalnya sampai. Baru pukul berapa. " Sapa Zairul sambil menunjukkan jam yang dipakainya masih pukul 6:45 pagi.

"Takde lah awal mana, kau pun awal-awal dah datang. Buat apa?" tanya Elly.

"Saja, nak ronda-ronda sekolah. Elly pulak?" "Samalah." Jawabnya

Kami berjalan menuju ke arah yang sama memandangkan kami sekelas. Mereka sambung berbual sedangkan aku yang berjalan di belakang hanya mampu menonton karenah mereka.
Aku tidak tahu bagaimana hendak menyelitkan perbicaraan sehingga aku merasa mereka berdua seperti meninggalkan putung suluh di tangga. Aku mula berasa tidak senang berada dalam situasi begini.
_______________

Setelah beberapa minit berlalu, kelas mula dipenuhi oleh pelajar dan dalam masa 30 minit lagi pasti akan berlaku kekecohan kerana, begitulah rutin harian para pelajar di dalam kelas ini.

30 minit berlalu dan perkara yang dijangkakan terjadi kerana kedatangan seorang pelajar perempuan bernama Laura yang sering menjadi bahan bualan sekolah. Dia seorang yang dikatakan sempurna dengan kepintaran, ketekunan, kecermelangan dalam semua aktiviti di sekolah serta, tidak lupa juga rupa parasnya yang mampu membuatkan semua orang terpukau melihatnya. Dia boleh dikatakan Perfectlah! Tapi, takde yang sempurna melainkan yang satu.

Namun, itu tidak menjadi masalah bagiku. Aku sama sekali tidak tertarik dengannya kerana hati ini telah berpunya orang lain. Ceh...!
_______________

Laura dan Zairul sering menjadi buah mulut orang ramai di sekolah. Mereka sentiasa dipadan padankan oleh murid-murid di situ malahan ada juga segelintir guru yang kadangkala menyindir mereka.

"Tapi... kenapa? Kenapa Elly yang tak beberapa terkenal ni pun ada orang suka selain aku?! Dan banyak-banyak orang, kenapa saingan aku mesti dia?!" Soal hati ku yang panas membuak-buak sambil mataku memandang tajam ke arah Zairul.

Kringgg! Loceng berbunyi menandakan kelas bermula.

Guru yang mengajar matapelajaran akaun yang diambil oleh semua rakan sekelas ku telah tiba kemudian mengambil kehadiran para pelajar.

Sedang beliau menerangkan subjek yang diajarinya kepada kami, terselitlah topik tentang peperiksaan SPM yang akan dilaksanakan tidak lama lagi, kira-kira dalam lima bulan. Aku baru sedar bahawa tahun ini adalah tahun terakhir untuk aku berada di sini. Perasaan sedih dan gembira bercampur baur.

Oleh sebab itu, aku tidak akan melepaskan peluang untuk aku berjaya dalam hidup ini. Aku seorang yang tidak suka membuang masa untuk perkara yang tidak penting atau perkara yang sia-sia dan paling utama bercinta!. Aku tidak akan bercinta-cintun sehingga tamat pembelajaran atau sehinggalah aku mendapatkan kejayaan yang aku inginkan kerana aku tahu hal sedemikian akan mengganggu hala tuju masa depan ku.

Demi Dia (cerita pendek)Where stories live. Discover now