"Assalamualaikum warahmatullah" Kepala ditolehkan ke kanan.
"Assalamualaikum warahmatullah" Kemudian ditolehkan pula ke sebelah kiri.
Bibir bergerak laju, tidak berhenti dari memuji sang pencipta yang Maha Esa.
Tangan ditadah ingin meluahkan segala yang terbuku di dada kepada si 'Dia'.
***
"HAQID cepat turun! Ni umi dah siapkan sarapan!" Aku gelabah. Alamak umi dah panggil!
"Ye, umi! Kejap ye!" Aku dengan gelabah memakai deodorant dan minyak wangi.
Cermin di atas meja solek aku gunakan untuk aku teliti muka aku. Bedak bayi aku ambil dan tuangkan sedikit di tangan. Lantas, aku calit sedikit di muka.
Calit sini, calit situ, tepuk-tepuk bagi rata.
Sikat coklat di atas meja, aku ambil. Rambut aku yang serabai disikat bagi rapi.
Dah siap!
Aku turun ke dapur dengan langkah yang berhati-hati.
"Umi, Haqid dah siap!" Kata aku dengan muka yang gembira. Tangan pula dicekak di pinggang.
"Wah, hensem lah anak umi sorang ni. Ni mesti excited untuk hari pertama Haqid kat kolej kan?" Umi mendekati aku. Dicubitnya pipi aku lalu menggosok rambut aku yang baru saja aku sikat tadi.
Haihh, nasib sayang.
"Umi sakit lah pipi Haqid..." Aku mengusap-usap pipi aku. Tak pasal-pasal nanti viral 'lelaki pakai blusher pada hari pertamanya di universiti'.
"Hehe, sorry anak umi. Dah, jangan muncung sangat mulut tu. Meh sini makan. Umi masak special punya" Umi menarik tanganku ke arah meja makan.
Aku menarik kerusi lalu duduk dengan selesa.
"Good morning umi, Haqid" Aku menoleh ke arah Abah yang baru saja sampai dengan kot hitam di lengan.
"Morning too Abah" Aku memberikan segaris senyuman.
"Umi masak apa hari ni?" Abah menghulurkan tangan kepada umi untuk umi salam lalu duduk di atas kerusi.
"Masak pulut kuning dengan rendang kambing kesukaan anak awak ni la. Hari ni hari first dia kat U, jadi umi masak la yang sedap-sedap sikit" jawab umi lalu diletakkan pulut kuning itu di atas pinggan.
Satu untuk abah, satu untuk aku dan satu lagi untuk dia sendiri.
Aku perhati je umi dengan abah aku ni. Umi tolong cedokan rendang untuk abah, lepastu abah pula yang cedokan rendang untuk umi.
Comel.
Aku senyum lalu teruskan makan. Aku makan bagi kenyang perut aku supaya nanti masa kelas takda la stress perut lapar bagai.
"Haqid nanti nak naik abah ke naik Pak Ayip?" Abah bertanya.
Aku berfikir sejenak. "Nak naik abah, boleh?" Aku buat muka minta belas kasihan.
Bukan apa, aku jarang naik kereta pergi sekolah dengan abah aku. Aku tahu dia sibuk nak cari rezeki sebab tu aku tak kisah pun.
Cuma hari ni aku nak sangat dia hantar aku. Mungkin sebab hari ni adalah hari pertama aku kat U. Mestilah nervous jadi aku nak dia ada dengan aku.
Aku tunggu jawapan abah aku dengan hati yang dup dap dup dap.
Jam di dinding terus berdetak ahhh
Eh salah salah!
"Boleh tapi kena pergi cepat sikit la. Abah ada meeting dengan orang dari Dubai hari ni" Abah menjawab sambil mengerling jam tangannya.
"Yay, jom! Haqid dah siap makan dah" Aku berkata teruja dan terus bergerak ke dapur untuk membasuh pinggan aku. Maklumlah aku ni anak bongsu. Ada pembantu pun abah dengan umi suruh basuh pinggan sendiri.
Apa-apapun aku tak sabar nak naik kereta dengan abah pergi U.
Woohoo!!!
YOU ARE READING
Izinkan Aku
RomanceAryan Haqid Dibesarkan oleh keluarga yang berada. Didedahkan oleh mama dan papanya dengan agama sejak kecil lagi, membuatkan Aryan Haqid seorang lelaki yang digilai ramai perempuan kerana sikapnya. Hairannya, sampailah umurnya 21 tahun, dia masih ti...