2

19 2 1
                                    


Beberapa minggu setelah kejadian itu,  niesya kembali bertingkah seperti kejadian satu tahun yang lalu.

Dia tetap kelihatan ceria tapi dibalik keceriaannya tersimpan luka yang mendalam.

Di kelas Dia selalu mengalamun bahkan  cikgu sedang mengajar di hadapan sekalipun, Dia tidak mendengarkan Dan tidur sepanjang waktu pelajaran dimulakan.

Niki, dayana, Erin Dan natasha mengejutkan niesya yang sedang nyenyak tidur. "jepa..bagun, dah time rehat ni, kau nak makan apa² tak? kitaorang belikan" tanya natasha.

"korang pergi lah nanti aku beli makanan dekat kios je." jawab niesya dan kembali membenamkan wajahnya.

niki tahu masalah yang di timpa sahabatnya ini. sambil berlalu keluar kelas, dia menepuk pelan bahu niesya. "yang sabar jepa.. aku faham perasaan kau."

niesya hanya mengangguk dengan posisi yang sama.

setelah itu mereka pun pergi ke kantin.

sudah mendengar suasana kelas semakin sunyi, niesya mengangkat kepala untuk meliat sekeliling. Tiba²

"BAHHH!"

"eh bodoh. ishhh jan! terkejut bodo." kata niesya emosi.

mirzan ketawa kerana berjaya membuat sahabatnya terkejut.

"kau pahal diam je harini? dah kehabisan gossip ke?" ejek mirzan.

niesya memandang mirzan dan menjeling
"sibuk lah kau.. dah² pergi sana.. aku nak healing" katanya dan kembali meletakkan kepala atas meja.

mirzan menggeleng kepala "ini lah perempuan, asal period je mesti emosi." ucap mirzan pelan.

"aku dengar jan.." sahut niesya.

mirzan tertawa sambil mengunyah keropok.

"eh? Btw, kau tak makan ke jep? tak lapar ke cacing dalam perut kau tu?" tanya mirzan.

niesya menggeleng. "tak lapar tapi aku nak makan." ucapnya dengan tatapan kosong ke depan.

"uishhh jep! serius lah?? sampai macam ni sekali ke hidup kau tanpa gossip harian??" ejek mirzan dengan ketawa.

"bukan gila! aku takde mood lah jan.. haihh.." keluh niesya.

"apa kene mengena dengan soalan aku dow.." balas mirzan.

niesya mendengus kesal.

"dah lah, daripada kau mengganggu mood aku lebih baik kau tolong belikan aku kek Apollo dekat kios sana." ucap niesya sambil mengarahkan sehelai wang pada mirzan.

sebelum niesya mengarahkan wang itu, mirzan sudah pergi terlebih dahulu.

"WEHHH MIRZAN!!!!!, KEPALA OTAK DIA.." maki niesya yang meliat mirzan pergi sambil ketawa.

setelah itu niki dan teman yang lain kembali ke kelas dengan tangan penuh dengan makanan dan minuman. "pah, ni aku belikan kau air, sini lah makan sekali." ajak erin.

niesya mengangguk "haa ye.. aku nak pergi kios jap." lalu keluar menuju kios.

**

sudah membeli kek Apollo yang dia mahukan, niesya pun menuju ke kelas.

saat perjalanan di tangga, mata niesya tertuju pada sepasang kekasih yang jalan bersisi-an, sambil ketawa senda.

"seronok tengok kau bahagia.." ucapnya dalam hati.

tiba² mata lelaki itu mengarah ke niesya.
"ehh niesya! lama tak nampak kau.. busy betul eh, mentang² nak SPM ni.. hihihi"

niesya senyum terpaksa "haah, aku busy sikit.. sorry lah lama tak jumpa kau.." ucapnya tanpa meliat ke arah julian.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love In SilenceWhere stories live. Discover now