03 | Hanan's Diary

125 10 0
                                    

















03. Mencari si dia.















‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Perlahan-lahan langkah kaki dibuka menuju ke arah kelas. Setapak demi setapak.

Betullah kata Anne, makan siput. Masa berjalan, sempat lagi kira setiap langkah.

"Hanan, tunggu!" Aku toleh ke tepi, lebih tepatnya ke arah suara yang memenuhi sistem pendengaranku sejak tadi.

Aku mengecilkan mata. Cuba melihat siapakah gerangan yang memanggil.

Siapa? Tak nampak. Kabur.

"Han!" Mariam buat wajah cemberut. Tahu dah aku tak nampak.

Aku pandang gadis yang memakai baju berwarna ungu itu yang sudah berada tepat di hadapanku. Tak semena-mena tawa kecil terletus.

Alahai.. Mar rupanya!

"Kau ni, Mar. Aku ingat siapa lah tadi. Kau pun kejap guna baju ungu, esok lagi putih mana lah aku nak cam." Jujur aku katakan.

Aku ni memang bab-bab macam ini blur sikit. Tambah lagi dengan pelupa itu. Hah, sudah!

"Ni aku nak tanya. Jadi ke nanti jumpa teacher Marin?" soal Mariam. Tak nak membuang masa.

"Haah. Nanti aku dan Anne panggil kau lepas rehat. Lagipun, masa tu kan tak ada belajar. Latihan sukan je," terang aku panjang lebar seraya mataku meliar ke arah sekeliling.

Rasa tak sedap hati pula tiba-tiba. Lain betul aura dia. Macam ada je mata-mata yang memandang. Tapi bila pandang ke arah kelas-kelas lain, tiada pula orang yang berada di luar. Masing-masing sudah masuk ke kelas. Tak tahu pula lah kalau di dalam kelas itu. Tak nampak lah, rabun.

"Okey. Kau jangan lupa tau!"

Aku angguk sebagai balasan lalu mata dibawa ke arah buku teks Bahasa Melayu yang berada di tangan Mariam. Refleks keningku terangkat.

"Kau nak pergi pusat sumber ke ni?" Aku menyoal ingin tahu. Manalah tahu Mar lupa.

"Eh, Ya Allah.. Haah. Bye, Han!" Dengan tergesa-gesa Mariam mengatur langkahnya.

"Sama macam kau, Hanan. Pelupa," bisikku. Tawa ditahan daripada meletus kerana takut dilabel 'gila'. Tanpa berlengah, aku bingkas menapak ke arah kelas.

Tanpa sedar ada beberapa orang jejaka yang sedang memerhati dengan minat. Satu daripadanya menunduk sambil menahan senyum. Malu diusik oleh rakannya.

















‧₊˚ ☁️⋅♡𓂃 ࣪ ִֶָ☾.

Pintu diketuk perlahan. Dhaffa masuk ke dalam kelas tatkala mendapat kebenaran guru yang sedang mengajar. Tak sengaja ketika itu mata milikku menikam anak mata miliknya.

Hanya seketika. Aku pasti dan selalu yang pertama mematikan pandangan di antara kami berdua. Tak selesa. Seolah-olah pandangan itu ada maksud tersirat.

Hanan's DiaryWhere stories live. Discover now