Aku sedang berkemas-kemas untuk pulang ketika pesanan lewat WhatsApp itu masuk. Daripada Kak Yana. Dia bertanyakan sudah pulang atau belum. Selepas memberitahu bahawa masih di sekolah, dia meminta aku menemaninya makan aiskrim. Kerana tiada urusan lain, aku bersetuju meskipun terpaksa mengorbankan waktu tidur petangku.
Selepas beberapa minit menunggu dalam kereta di tempat parkir, dia muncul. Cermin keretaku diketuk. Dia memintaku untuk matikan enjin dan menaiki keretanya. Pada mulanya, aku mencadangkan supaya menaiki saja kereta aku. Tapi dia bertegas dan terus berjalan pergi ke keretanya. Mungkin dia tak nak menyusahkan aku memandu. Sebab dia mengajak, bukannya aku. Tapi akhirnya, aku juga yang disuruh memandu.
"Kenapa tak naik kereta saya je?" soalku.
"Saja je. Nak bagi awak drive kereta akak."
Sejujurnya, aku sedikit bimbang memandu kereta dia. Tak biasa memandu kereta mahal. Toyota CH-R. Aku pula hanya memandu kereta tempatan — Perodua Myvi.
"Nak makan aiskrim dekat mana ni, kak?" soalku sambil memandu. "Baskin Robbins?"
"Kita drive-thru McD jelah." Nadanya selamba.
"McD?"
"A'ah. Lepas tu kita makan kat tempat lain."
Malas nak bersoal jawab, aku turutkan saja permintaannya. Selepas membeli dua Sundae Cone vanila, dia memintaku memandu ke sebuah pantai berhampiran. Berhenti di bahu jalan, kami duduk di dalam kereta menikmati aiskrim itu sambil melihat pantai dan laut.
"Saya ingat tadi akak nak makan kat Baskin Robbins," ujarku, memulakan perbualan.
"Eh, taklah. Akak tak suka. Ramai orang. Bising."
Kami berborak tentang bermacam perkara. Rata-ratanya tentang sekolah. Bercakap tentang pentadbir, cikgu-cikgu, para pelajar. Kata Kak Yana, dia teringin nak mengajar seperti guru-guru biasa. Alasannya kerana dia suka bercerita. Kerana itulah, jelasnya, dia selalu menawarkan diri untuk menggantikan guru-guru yang ambil cuti.
Sambil mendengar dia bercerita dan menjilat aiskrim, mataku ligat meneliti penampilannya. Dia kelihatan sedikit berbeza — sedikit seksi. Mungkin kerana kebaya merah yang membaluti tubuhnya. Busana itu mendedahkan lagi bentuk buah dada dan kerampingan pinggangnya. Menurut pengamatan aku, buah dadanya bersaiz sederhana. Mungkin CUP B ataupun CUP C. Memang selera aku. Tidak terlalu besar.
Sedang khayal memerhatikan tubuhnya, bibirku tiba-tiba dikesat. Lamunanku tersentak seraya fokusku kembali semula pada wajahnya.
"Comot awak makan aiskrim," kata Kak Yana, menghisap aiskrim pada jarinya yang dikesat dari bibirku tadi. "Macam budak-budak."
Aku tertawa kecil sambil pamerkan senyuman lebar. Kak Yana menggeleng kepala seraya turut tertawa. Dengan mata saling berpandangan, aku suakan aiskrim ke mulut dan mengulumnya sehingga berlumuran pada bibir. Kak Yana memicingkan mata, memandangku sinis sambil menyimpul senyum.
"Mengada kan budak ni?" Nadanya manja.
Aku cuma tertawa kecil. Kak Yana mencapai dua helai tisu dari kotak tisu di atas dashboard. Belum sempat dia melakukan apa-apa, aku segera merampas tisu itu dan balutkan pada kon aiskrim.
"Hei..." Kak Yana tercengang bercampur senyum. Dia diam menatap wajahku seketika lalu berpaling melihat pantai.
Cis! Umpan tak mengena.
Dengan tisu tadi, aku lap aiskrim yang berlumuran di bibir. Kemudian aku membongkok kepadanya perlahan-lahan. Lalu, aku mencuit bahunya dengan jari telunjuk. Dia palingkan kepala seraya terbencat. Tubuhnya tersandar serta-merta pada pintu kereta. Barangkali dia kaget kerana aku sudah berada dekat.
Mata kami tekun bertatapan. Sempat juga aku menjeling bibirnya yang sedikit terbuka. Helaan nafasnya panjang dan perlahan. Serentak dengan naik turun dadanya. Jantungku pula mula berdegup kencang. Di dalam seluar, zakar mula mengeras.
"Awak dah lap ke?" Dia bersuara halus.
Aku hanya mendiamkan diri. Lalu aku suakan aiskrim ke mulutnya. Dia mengerling aiskrim itu sepintas lalu dan mengemamnya. Cip... Cip... Cip... Mata kami giat bertatapan. Selang seketika, aku tenyehkan sedikit aiskrim itu pada bibirnya sehingga berlumuran. Sambil menguntum senyum, aku jauhkan aiskrim itu daripada mulutnya.
Comel, getus hatiku, geram melihat bibir comotnya.
Kemudian, aku muncungkan bibir dan menghisap lumuran aiskrim itu. Decitan halus sesekali kedengaran apabila bibir kami melekap. Kak Yana cuma diam membatukan diri. Cuma nafas hangatnya sesekali menjamah bibirku.
Setelah lumuran aiskrim dihisap bersih, aku tautkan bibir pada bibirnya. Dia membalas dengan kuluman cermat. Lidah kami bertaut. Kuluman berbalas rakus. Decitan halus dan dengusan nafas bercampur baur. Dari tempat duduk pemandu, aku menyelinap ke tempat duduknya seperti ular.
Sambil rakus berbalas ciuman, aku menolak tempat duduk itu ke belakang supaya lebih luas. Penyandar diturunkan sedikit. Lalu, aku rebahkan badan dan merangkul erat tubuh mongelnya. Haruman Kak Yana menusuk hidung. Sekaligus menambah rasa berahiku. Daripada pinggang, tanganku menjalar ke punggungnya. Lalu aku ramas-ramas dengan penuh serakah.
"Ahhh... Ahhh..."
Sedang asyik berkucupan, tiba-tiba kedengaran deruman enjin. Kami terhenti serta-merta dan mengerling ke luar. Kelihatan sebuah motosikal melimpasi dan sedang berlalu pergi.
Aku kembali menoleh Kak Yana. Riak wajahnya bercampur kasihan dan manja. Bibirnya sedikit terbuka dan terketar-ketar halus. Aku menyoroti sekeliling untuk pastikan tiada sesiapa berdekatan. Lalu aku menyusur ke bawah dan melutut di lantai kereta. Pada waktu itu, baru aku perasan aiskrim tadi sudah terjatuh di tepi kakiku. Aiskrim Kak Yana pula tidak kelihatan. Mungkin sudah jatuh di celah antara tempat duduk dan pintu kereta.
Tanpa menunggu lama, aku mula mengucup pahanya yang dibaluti kain bercorak batik. Kak Yana yang terbaring lemah, hanya diam memerhatikan kelakuanku lewat dadanya yang sedang berombak. Dari paha naik ke pinggang. Dari pinggang berpindah ke tangan. Bila tiba di lengan, aku pindahkan semula kucupan itu ke bibir.
Tubuhnya aku rangkul kembali. Dia membalas rangkulan itu — membelai-belai rakus kepala dan tengkukku. Sekali lagi, tanganku menjalar ke punggungnya. Dagingnya aku ramas-ramas. Tubuhnya sesekali meliuk bersama desahan manja.
"Ahhh..."
Kelangkangku berpaut rapat pada pahanya. Bonjolan zakar yang sudah keras, aku tenyeh-tenyehkan dengan cermat. Bibirku habis lencun diratah. Dengusan nafas kami yang kasar serta deras bersulam dengan desahan manja dan decitan halus.
Selang seketika, tubuhku tiba-tiba terasa kejang. Zakar terasa benar-benar padat. Aku tak boleh tahan lagi. Lalu aku benamkan bonjolan zakar pada paha Kak Yana.
"Ahhhhh..." Aku mendesah panjang. Tubuhku menggeletar seperti direnjat. Aku dapat rasakan air mani memancut-mancut keluar dan membasahi seluar dalam. Kucupan yang tadinya rakus, kini bertukar tenang. Tubuhku mula terasa lemah dan longlai. Kepalaku rebah di atas bahu Kak Yana.
Setelah beberapa saat terkulai lemah, aku mula sedar bahawa tapak tangan kiriku melekap pada buah dada Kak Yana. Tekakku tiba-tiba terasa kering. Rasa janggal dengan situasi itu. Lantas aku mengangkat kepala. Kak Yana merenungku dengan wajah polos; sekejap melihat wajahku, sekejap melihat tanganku di atas buah dadanya. Reaksi itu bikin aku berasa lebih janggal dan kesal. Perasaan yang sama ketika di bilik kaunseling tempoh hari.
Lantas aku segera alihkan tangan. Ketika hendak bangun dan berpindah ke tempat duduk pemandu, dia merangkul tubuhku. Menarik aku ke dalam dakapannya semula.
"Jangan pergi mana-mana," bisiknya manja.
Kami kekal dalam posisi itu untuk beberapa ketika. Masing-masing tidak bersuara. Cuma sisa nafas halus-halus kedengaran. Rambutku dibelai-belai. Dan sesekali telingaku dikucup mesra.
"Terima kasih temankan akak..."
YOU ARE READING
Yana, Kaunselor Gelapku
RomanceYana diminati dalam diam oleh seorang junior yang baru berpindah di sekolahnya. Pada mulanya, hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja. Namun, semuanya berubah apabila Yana menceritakan tentang hubungan rumah tangganya yang tidak begitu indah.