"Toing!"
Kak Yana membuat bunyi itu sambil mencuit hidungku. Suasana tegang terus bertukar kendur. Dia tertawa kecil. Sekaligus melenyapkan kesunyian di ruang tamu itu. Melihat gelagatnya, aku berpura-pura merajuk — mengerut kening, panjangkan muncung.
"Eh? Awak merajuk ke?" ujarnya, bernada perli.
Aku meneruskan lakonan. Mendiamkan diri dan mengalih pandangan ke dinding. Satu keluhan lesu dilepaskan. Isyarat mahu dipujuk.
"Alalalalalaaa..." Kak Yana membuat wajah comel seperti ingin memujuk bayi. "Birthday boy tak baik merajuk tau."
"Kenapa pulak?" balasku, bernada serius.
"Kalau kuat merajuk, nanti takde orang nak tau."
"Biarlah."
"Yelah..." Kak Yana percikkan tawa. "Merajuklah sampai puas."
Kak Yana berhenti memujuk dan kembali menonton TV. Aku mengiringkan badan dan lelapkan mata. Bukan kerana ingin tidur. Tapi berimaginasi liar tentang kami. Lebih tepat lagi, tentang apa yang akan terjadi sebentar nanti — tanpa seurat benang, kami berkongsi selimut di atas katil, berdakapan lesu dan bersembang yang indah-indah.
"Awak betul-betul merajuk ke?"
Lamunanku tersentak. Bahu digoncang-goncang lemah. Aku berpaling semula. Wajah Kak Yana sudah bertukar sugul.
"Akak gurau je," ujar Kak Yana. "Awak janganlah ambik hati."
"Eh, mana ada ambik hati," balasku, tersenyum kekok. "Saya... say— saya pun gurau jelah."
Kak Yana mengerut kening. Wajah sugulnya beransur senyum.
Rambutku kembali dibelai. Sambil menonton TV, kami bersembang lagi tentang hal-hal di sekolah. Nyaman rasanya. Jika boleh, setiap hari aku ingin dibelai begitu.
"Akak, saya ada satu soalan nak tanya."
"Tanya jelah." Dia tertawa kecil. "Siap nak bagitau."
"Ingat tak masa kat bilik kaunseling tu? Kenapa akak menangis?"
Kak Yana berhenti membelai rambutku. Wajahnya bertukar sugul sekali lagi. Matanya tunak merenung ke TV. Namun aku tahu, dia bukan melihat paparan TV. Tapi teringatkan sesuatu.
Aku segera bangun dan mendakap tubuhnya. Aku meminta maaf dan memberitahu bahawa dia tidak perlu menjawab soalan itu. Namun dia hanya mendiamkan diri. Kolam matanya sekonyong-konyong bertakung.
Aduh! getus hatiku. Nak buat apa ni?
Aku mengelus lembut wajahnya. Lantas aku dongakkan menghadap wajahku. Melihat riak sayu masih tidak berubah, aku cuba memujuk lagi.
"Akak... akak janganlah nangis. Saya janji tak tanya lagi pasal tu."
Dia masih mendiamkan diri.
Secara spontan, bibirku mengucup dahinya. "Jangan sedih okay?"
Dia mengangguk lemah.
Lantas dagunya aku angkat. Wajah dirapatkan. Dan bibirnya aku kucup. Dia membalas mesra kucupan itu. Bibir kami berciapan. Lidah bertautan dan sesekali dikulum rakus. Perlahan-lahan, tubuhnya aku tolak lalu rebah ke atas sofa.
Kucupan kami beransur rakus. Tubuh meliuk-liuk seperti cacing kepanasan. Rambutku diramas-ramas. Punggungnya aku pecal-pecal. Dengusan nafas berselang-seli dengan desahan manja. Bonjolan zakar sesekali aku tenyehkan pada pahanya. Tapi kali ini lebih berhati-hati. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
Tiba-tiba tubuhku ditolak. Aku termangu seketika. Dia menguntum senyum seraya berikan satu kucupan pantas ke bibirku. Seperti ular, dia menyelinap keluar daripada dakapan dan menarik bangkit dari sofa. Masih kebingungan, aku mengekori saja langkahnya. Kami beredar dari ruang tamu dan masuk ke dalam bilik.
YOU ARE READING
Yana, Kaunselor Gelapku
RomanceYana diminati dalam diam oleh seorang junior yang baru berpindah di sekolahnya. Pada mulanya, hubungan mereka hanya sekadar rakan sekerja. Namun, semuanya berubah apabila Yana menceritakan tentang hubungan rumah tangganya yang tidak begitu indah.