----- 🌸 Movie Date
"Apa benda ni?" tanya Diah tunjuk ke arah dua buah popcorn yang dibeli oleh Azeem sewaktu dia pulang daripada membeli barangan dapur.
"Harini kita nak ajak awak tengok movie."
"Movie? Dekat mana?" Diah menyoal seterusnya menyilangkan tangan ke dada.
"Dekat rumah kita lah. Takkanlah nak duduk dekat tepi pantai tengok movie kan?" Azeem keluarkan beberapa makanan ringan dari dalam peti ais.
"Banyak pula awak beli-"
"Memang banyak. Kita suruh awak ikut awak tak nak. Rugi tau. Kita baru nak suruh awak pilih makan sendiri."
Hari ini Azeem macam baik sangat pula dengan Diah. Rasa seram ni ha. Naik bulu tengkuk Diah.
"Awak tak letak apa-apa kan dalam makanan semua tu?" tanya Diah rasa was-was. Manalah tahu Azeem nak racun dia ke apa.
"Kita tak jahat lagi nak bunuh isteri kita sendiri."
Azeem segera berlalu ke ruang tamu. Diah follow dari belakang. Dia hanya perhati sahaja gerak-geri seorang Azeem. Pasang tv, connect wi-fi, buka netflix. Nak tengok apa ni? Diah tertanya sendiri.
"Kita tengok Pengabdi Setan. Dah pernah tengok?" tanya Azeem. Dia pusing menghadap Diah.
Diah berkerut. Tiba-tiba nak tengok cerita seram kenapa?
"Tak pernah."
"Okay. Kita tengok." Azeem ambil tempat duduk di atas sofa.
"Kejap. Kenapa awak pilih movie seram ni? Kenapa tak pilih movie lain je? Kan banyak lagi movie lain." tidak senang hati pula Diah dibuat Azeem.
"Kenapa? Ohhhh. Faham. Awak takut ehhh? Jangan risau. Kita kan ada dekat dengan awak. Awak pegang je tangan kita kalau ada apa-apa."
Amboi, kemain dia punya cakap. Kita tengok!
"Ikut suka lah."
11:15PM.
"Arhhh!" jerit Diah dan Azeem serentak. Mereka saling berpandangan. Terkejut!
"Yang awak jerit sekali kenapa?!" marah Diah.
"Kita terkejut awak pegang lengan kita tadi!"
"Ish! Awak yang suruh saya pegang awak kalau saya takut kan? Awak pula terkejut dah kenapa? Hish!" geram pula hati Diah.
"Iyalah. Kita memang cakap macamtu tapi janganlah peluk kita dengan mengejut! Kita pun jadi terkejut tau!"
Diah jeling. Eleh. Iyalah, dia tidak pegang lagi. Diah fokuskan kembali pandangan ke skrin televisi.
Tiba-tiba sahaja Azeem memeluk bahu Diah dari samping. Diah terus berkerut dahi. Dia pusing ke kanan.
"Apahal ni?" tanya Diah.
"Tadi awak kata awak takut kan? Eloklah kita peluk macamni. Dah. Jom sambung tengok."
Diah terus mendiamkan diri. Dia kembalikan pandangan ke hadapan. Andainya Azeem dapat membaca fikiran tentu Azeem akan pandang heran ke arah Diah.
Diah jujur cakap, dia rasa suatu perasaan janggal bila Azeem buat dia begitu. Aroma maskulin Azeem itu menusuk-nusuk saja ke hidung Diah. Bengaplah Azeem. Diah lemas karang!
Diah sempat jeling-jeling ke wajah Azeem di sebelah. Si Azeem fokus betul tonton televisyen. Sementara Diah tak boleh nak fokus. Jantung dia ni bodoh betul main drum pula. Bukan main laju detak jantung dia, macam nak melompat keluar dari dada pun ada.
Diah tahan sajalah. Walaupun dia agak terketar sekarang. Weh, aroma si mamat lembut ni ada aroma maskulin gitu. Pakai minyak wangi apa duh? Diah pula yang rasa terancam dengan Azeem. Shiish.
YOU ARE READING
[S] KITA BERDUA✔️
Historia Corta(n.) Ya. Cerita yang sama, cerita yang klise sangat-sangat. Benci lepastu sayang. Mamat lembut dengan minah yang kasar tapi tak kasar sangat. Huh!