Bab 1

212 13 0
                                    

FLASH BACK

7 tahun lalu

"Woiii budak!!
Aku tahu laa kau tu bisu tapi itu tak bermakna kau tak perlu buat tugas kau kat sini!!"Jerkah Datin Ayuni Basyerah kepada Zulaiqa yang baru selesaikan membersih rumah 3 tingkat itu.

Ketika itu muka Datin Ayuni seperti gunung berapi ingin meletus,membahang mukanya apabila doktor mengatakan bahawa Zulaiqa disahkan bisu namun dia tidak hairan kerana Zulaiqa sememangnya kurang bercakap sejak umurnya 8 tahun atau boleh dikatakan tidak bercakap langsung.

Hal ini Zulaiqa tidak bercakap atau bergaul dengan sesiapa kerana dia takut dengan mummy nya.Ya Datin Ayuni itu mummy kandungnya.Tetapi Zulaiqa dilayan tidak seperti anak kandungnya sendiri.

END FLASH BACK

Kini Zulaiqa berumur 22 tahun, dia baru menamatkan pengajiannya di Melaka. Dia sengaja mengambil tempat yang jauh dari keluarganya yang kini berada di Kuala Lumpur.

Walaupun tidak sejauh mana tapi Zulaiqa cukup tenang tanpa gangguan keluarganya. Selama 3 tahun di kolej itu dia hanya ada seorang sahabat iaitu Aila qaireena(Reen).Reen satu-satunya yang akan mendengar rintih dan keluhannya. Ya,Reen seorang sahaja yang mengetahui bahawa Zulaiqa tidak bisu.

7 tahun lalu

FLASH BACK

Mummy hairan mengapa Zulaiqa tidak membuka mulutnya apabila dia memarahinya dan ketika Datin Ayuni memukulnya juga tiada sebarang suara yang keluar dari mulut gadis itu

Dia bercadang kepada suaminya agar bawa Zulaiqa kepada doktor yang bertauliah. Suaminya hanya bersetuju malas ingin bergaduh mulut tentang anak itu.

Semasa Zulaiqa bersama doktor 'bertauliah' itu dia meminta agar doktor itu membohongi keluarganya bahawa dirinya bisu.

END FLASH BACK

Dari kejadian itu Zulaiqa tidak bercakap sehingga dia berjumpa dengan Reen di tempat belajarnya.Reen ialah satu-satunya yang ingin berkawan dengannya,berbeza dengan yang lain hanya tahu membuli saja.

Zulaiqa menatap wajahnya di pantulan cermin lalu berkata "kenapalah abang Daniel sanggup berkorban demi orang seperti aku!!" lalu dia menadah tangan meminta agar Allah melindungi abang Daniel dan keluarganya agar sentiasa sihat dan dalam keadaan yang baik dan dia juga meminta agar sedarkanlah abang Daniel dari komanya.

Mungkin dengan kesedaran abang Daniel, mummy,daddy dan abang Damien mungkin dapat memaafkan ku dan sesungguhnya aku rindu untuk bersatu kembali dengan keluargaku.

Malam itu Zulaiqa tidur dengan tangisannya yang masih tersisa.
.
.
.
.
.
Keesokkan harinya

"Iqaaa!!"panggil Reen dengan nada gembira.

"Iyaaa,Ya ALLAH kenapa niii??"

"Kau tahu tak,tak lama lagi aku nak bertunang dengan crush akuuu."Zulaiqa yang berada disitu tidak tahu untuk memberi reaksi apa terkejut atau teruja?

"ya Allah!!" Terkejut Reen melihat mata sembab Zulaiqa.

"Kenapa??"Soal Zulaiqa

"Kau menangis lagi erkk??" Soalan dibalas soalan

"Mana ada." Nafi Zulaiqa

"Kau tak pandai menipu Iqa sayang.hmmm..."Reen ingin bertanyakan sesuatu tapi takut Zulaiqa terasa tapi......lantaklah

"Wehh!"panggil Reen

"Iyaaa Aila Qaireena!"kata Zulaiqa sambil menahan rasa

"Aku tahu kau ada masalah kan tapi kau tak nak cerita. Cerita lah ceritalah."rayu Reen dengan mata berkelip-kelip seperti ingin meminta penampar saja

"Yalah-yalah. Sebenarnya aku rindukan abang aku Daniel dia je sayangkan aku yang lain semua buang aku."rintih Zulaiqa.

"Ish kau ni family kau sayang kau lah cuma mereka tak boleh terima yang abang kau tu akan accident disebabkan kau!!"lepasnya tanpa sedar

Zulaiqa pula tiba-tiba menangis teresak-esak. Reen pula sudah gelabah salah ke aku cakap tadi??








X best kan??pastu pendek je cerita. Sorry lah baru pertama kali menulis.....hehe🙂

MY SILENT WIFE (SLOW)(OG)Where stories live. Discover now