اثنان [ 02 ]

54 4 0
                                    

          RISYA memandang jaket hitam yang berada ditangannya lama . Lepas pulang dari tandas di sekolah tadi , langsung dia tidak bercakap dengan Izaan . Tersisa lagi rasa malunya pada lelaki itu .

Lelaki itu ada juga tanya sama ada dirinya okey atau tidak kerana terlalu diam dalam kelas . Hanya anggukan dan gelengan sahaja menjadi jawapan pada setiap soalan .

Dia melangkah turun menuju ke tingkat bawah untuk menjamu selera tengah hari . Sudah diingatkan oleh Puan Rafizah agar turun makan bersama-sama . Kerusi ditarik dan punggung dilabuh di hadapan abangnya dan sisi Puan Rafizah yang duduk di kepala meja .

" Kau okey tak ? Abang tengok muka macam ada masalah je " Risya menggeleng perlahan dengan soalan abang kandungnya itu . Macam mana lagi dia nak hadap dan bersua Izaan ? Nak pulangkan jaket lagi . Aduhai...

" Kenapa adik ? Adik ada masalah ke ? Cuba bagitahu mama " Puan Rafizah bertanya prihatin . Dia memang akan mengambil tahu tentang hati dan perasaan anak-anaknya . Gadis itu mengeluh sebelum memandang abang dan mamanya silih berganti .

Risya period kat sekolah . Lepastu tadi tembus kat baju . Ada budak baru ni tolong Risya tadi dan sekarang Risya malulah nak pulangkan jaket dia balik " Puan Razifah dan Haqiem tersengih sebelum memandang fokus pada Risya . Masalah besar betul anak perempuannya itu .

" Lelaki ke ? " dia mengangguk . Haqiem sudah sengih mengusik . Begitu juga Puan Razifah . Risya mencebik dan mula memarahi keluarganya itu .

" Eish ! Apa pandang macam tu ? Mama dengan abang ni... " dia menjerit marah . Geram bila mama dan abangnya menghambur tawa padanya . Dia ada buat kelakar ke ?

" Okey sayang sorry sorry ! Macam drama novel dah cerita anak mama ni . Handsome tak ? " lagi Puan Razifah mengusik .

" Mama ! " Haqiem sampai tersedak dibuatnya kerana galak ketawa . Dia menelan makanannya sebelum menyambung kata-katanya .

" Chill la dik ! Esok buat muka biasa je lepastu pulangkan jaket dia tu . Before that , basuh la dulu "

" Besar dah anak mama ! Dah macam drama dah story anak mama ni "

" Lah mama ni... orang memanglah dah besar " Risya mula menjamu selera . Baik dia diam kalau tak nak lagi kena kutuk.

          DIA berjalan masuk ke pagar sekolah . Jam menunjukkan pukul 7.06 pagi dan tersangatlah awal . Fira rasanya belum datang lagi pada waktu begini . Mata sudah ternampak susuk tubuh Izaan yang berjalan sepuluh langkah dihadapannya .

Terus dia berlari anak dan berjalan seiring dengan lelaki tersebut . Izaan menoleh hairan memandangnya yang pendek dan comel itu .

" Apahal kau ? Teringin nak jalan sebelah aku ke ? " Risya berdecit sebelum menjeling lelaki itu . Bila masanya ni ? Suka sangat perasan la Izaan ni .

" Ni jaket kau , thank you " dia mengambil jaket miliknya dari tangan Risya lalu mencium aroma dari jaket tersebut . Ada bau yang aneh menusuk deria baunya .

" Kau basuh ? " kepala diangukkan . Wajah dia yang seakan pelik ditenungnya . Salah ke nak basuh ?

" Kenapa ? "

" Tak ada , actually aku dah lama tak basuh jaket ni . Nasib kau tolong basuhkan , thank you " Izaan tersenyum . Apa ? Dah lama tak basuh ? Tapi masih wangi . Hampir jatuh hati dia dengan minyak wangi perisa vanilla yang berada di jaket itu sebelum dibasuhnya .

" Serious la dah lama tak basuh ? Wangi je " ujarnya perlahan . Risya kadang seakan obses dengan bau wangi itu . Hampir semalam dia hampir mengambil keputusan untuk tidak mencucinya .

 Yang Sempurna [ EBOOK ] Where stories live. Discover now