Part 1

458 4 0
                                    

Nama ku Aida dari Brunei, saya sekarang adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak. Saya dsini akan menceritakan pengalaman sebenar sebelum saya berkahwin dahulu.

Aida memutarkan stereng kereta Mazda nya untuk memasuki jalan pintas di tengah-tengah sebuah hutan dusun. Dia bertujuan untuk menuju ke arah rumah tunangnya yang berada lebih kurang 30 kilometer di mentiri. Aida telah bertolak dari Mengkubau pada pukul 3 petang tadi. Dia berhasrat untuk sampai ke rumah tunangnya paling lewat pun pada pukul 3:50 petang. Aida telahpun menghubungi Z tunangnya itu pada malam sebelumnya. Z telah pun dimaklumkan mengenai rancangannya nak bercuti hujung minggu di situ.

Aida menjeling jam di dashboard keretanya. Ianya dah pun menunjukkan jam hampir pukul 4.

"Ish, ingau karang Z. Akhir sudah ni.." keluh Aida. Dia terlewat kerana kelekaannya sendiri. Semasa singgah di tempat makan di highway tadi dia telah terserempak dengan seorang rakan lama dari sekolahnya dulu. Tanpa disedari banyak masanya telah habis kerana asyik berborak dengan rakannya itu. Sebab itulah Aida memileh jalan pintas di tengah tengah hutan berkenaan. z pernah membawa Aida melalui jalan kebun ini pada kali terakhir Aida balik ke kampung Z.

Hari mulai bertukar menjadi gelap. Langit pun sudah menjadi kehitaman. Dengan ketiadaan lampu jalan, keadaan sekeliling terasa amat menyeramkan. Aida mula memasang lampu keretanya. Dia memecut dengan berhati-hati ketika melalui lopak dan lubang yang terdapat di atas laluan tanah merah tersebut. Namun pada ketika itu Aida tidak sedikit pun sedar akan nasib malang yang bakal menimpanya. Peristiwa itulah yang telah mengubah corak hidupnya buat selama-lamanya.

Secara tiba-tiba saja malapetaka menimpa Aida. Kedengaran satu bunyi dentuman yang amat kuat. Sejurus kemudian Aida mulai hilang keupayaan mengawal keretanya. Kereta Aida terhuyung hayang ke sana sini seperti orang mabuk. Akhirnya dia terlanggarkan lubang yang membuatkan kereta itu terbabas masuk ke dalam hutan di tepi jalan berkenaan.

Terketar-ketar tangan Aida yang masih berada di dalam kereta itu. Dia benar benar kabak kabak dari peristiwa yang hampir mencederakan dirinya tadi. Perlahan-lahan Aida keluar dari keretanya. Dia tercegat meneliti akan kerosakan pada kereta tersebut.

"Habis rusak nj kereta ku", kata Aida seorang diri. Dia perhatikan bahawa tayar hadapan yang di sebelah kanan keretanya itu telah pecah. Itulah punca berlakunya kemalangan sebentar tadi.

"Adui... Cemana ni. Tangah hutan lagi rusak kereta ani!", Ketika itu barulah Aida sedar akan keadaan dirinya yang keseorangan di malam hari sebegitu. Hampir menangis dia mengenangkan nasibnya. Tetapi dia cuba tabahkan hati. Aida bertekad untuk berjalan kaki saja sehingga bertemu insan yang dapat menolongnya. Jarak untuk sampai ke rumah Z masih ada dalam lebih kurang 10 kilometer lagi

Aida mengeluarkan hand bag dan barang berharga dari keretanya. Kemudian dia pun memulakan langkah ke arah rumah Z. Setelah 20 minit berjalan, Aida mula berasa kepenatan. Bunyi serangga hutan tambah mengheningkan lagi suasana kegelapan malam. Kesejukkan malam mulai menggigit tubuhnya. Aida mula menyesal kerana telah memileh pakaian baju kurung moden yang serba nipis itu. Corak potongan pakaiannya yang cukup katat itu juga telah menyulitkan lagi langkahan perjalanannya.

Baju kurung bercorak bunga-bunga dan berwarna jihau putih tersebut sememangnya di buat khas untuk tunangnya yang tersayang. (sila lihat gambar Aida) Dengan kecantikan paras rupanya itu, mana-mana lelaki pun akan tergila-gilakan dirinya. Lebih lebih lagi dia memiliki perwatakkan yang serious dan hot. Manakala potongan badannya pula yang begitu montok dan menggiurkan. Dia tersenyum sendirian. Semua lelaki akan terpesona apabila melihatkan kecantikkan paras rupa Aida.

Sementara itu Aida masih lagi tidak ternampak akan sebarang manusia yang menggunakan jalan itu. Begitu juga rumah mau pun tanda-tanda akan adanya manusia yang tinggal di sekitar hutan itu. Kaki Aida pula mula melecet akibat tumit kasut high heels yang pakainya. Sambil mengeluh, Aida tetap juga meneruskan langkahannya. Namun adalah jelas bahawa corak langkahannya itu semakin lama semakin lemah.

Pengalaman Ku Part 1 - Part 7 Where stories live. Discover now