Fugitif

7 0 0
                                    

       SCORCHER itu meluncur sepantas peluru di atas landasan Scorch tunnel yang di bina dekat ruang udara kotaraya Mega super. Ekzosnya memuntahkan api bersama deruman enjin supersonik. Retz memusatkan daya tumpuannya sambil memulas trotal dan sesekali mencuri pandang ke belakang melalui cermin sisi. Dia di lengkapi gogal cermin mata pengimbas Boogle Scout.

Seperti di jangka D-droyd sedang mengekorinya dari belakang dengan menunggang RocketBikes di udara. Tembakkan bertalu-talu di lepaskan oleh D-Droyd namun berjaya di elak oleh Retz.

"Bangsat betul dia ni"kata Retz lalu melaraskan Scorcher yang di tunggang kepada mod auto-ride melalui skrin hologram kokpit sebelum dia menukar posisi duduknya dengan memandang ke arah belakang.

Senjata dari jenis Assault Blaster yang sedari tadi  tersandang di belakang tubuhnya lalu di capai sebelum dia menghujani tembakkan-tembakkan rambang ke arah D-Droyd.

Agak sukar bagi Retz ingin menembak ke sasaran dengan tepat dalam keadaan Scorcher memecut pantas sambil membelok ke kiri dan kanan sebegitu kerana dia masih menggunakan cara konservatif iaitu menyasar target melalui binokular supressor yang tersedia pada Assault Blaster.

Di tambah dengan kecekapan D-Droyd mengelak ke samping,akibatnya tiada satu pun tembakkan yang mengena. Mereka terus saling kejar-mengejar dan berbalas tembakkan.

"Susah macam ni! nampak gaya aku perlu tukar fungsi Boogle scout sebagai supressor" getus hati Retz.

Dia pun berhenti menembak lalu menyandang Assault Blaster miliknya ke tubuh sebelum menukar kembali posisi duduknya memandang ke hadapan. Jari- jemarinya pantas mengakses ke web Boogle Scout sebelum permintaannya di layan oleh suara A.I yang muncul pada skrin hologram.

*Boleh saya bantu anda?*

"Aku mahu spesifikasi*suppressor*untuk senjata jenis Assault Blaster di muat turun ke akaun Boogle Scout milik aku "kata Retz

*Baiklah..sila masukkan E:mail,maklumat akaun Boogle dan nombor pendaftaran lesen senjata Assault Blaster anda*

''Ceh! kalau tak ada nombor pendaftaran lesen senjata tak boleh ke?"

*Maaf,tanpa nombor pendaftaran lesen senjata,kami tidak dapat melayani dan membantu anda*

"Shit!"Retz mengeluh sebelum internet dan skrin hologram yang terdapat pada kenderaan Scorchernya di tutup.

"Huh! manalah aku ada lesen senjata tu semua. Assault Blaster ni pun aku beli dari enjin carian Dark Market. Dah! aku tak ada jalan lain melainkan terpaksa jugak menghadap si Droyd gila ni dengan cara konservatif"keluh Retz lalu menukar kembali posisi duduknya dengan memandang ke belakang.

Kemudian dia dan D-Droyd kembali berbalas tembakkan dalam keadaan kenderaan motor masing-masing berada pada had kelajuan yang amat tinggi.

Perkara tak di jangka berlaku. Tembakkan D-Droyd berjaya juga meranapkan bahagian belakang Scorcher milik Retz.

"Arggh celakanya"kata Retz.

Scorcher itu secara automatik memberi amaran bahaya sebelum mulai memperlahankan had kelajuan. Ketika ia hampir berhenti,Retz dengan pantas terpaksa melompat turun.

KABOOOM!

Scorcher tunggangan Retz meletup di tembak bertalu-talu.

"Hahahahaha! menyerah kalah je lah budak. Kau dah habis akal nak kalahkan aku"ejek D-Droyd sambil terawang-awang dengan Rocketbikes.

Api marak menjulang tinggi di atas landasan lumba Scorcher bersama debu-debu serpihan. Kemudian D-Droyd melompat turun dari RocketBikes dan berjejak di atas landasan Scorcher itu tidak jauh dari kenderaan Scorcher milik Retz yang sedang rentung terbakar itu.

FUGITIFWhere stories live. Discover now