Aku hanyalah penipu . Aku tahu semuanya . Aku sangat lah penipu dengan hal hak sebegini .
" Ye aku tipu aku sayang kau . " Ini juga satu penipuan besar . Aku sedaya upaya untuk menahan air mata aku dari keluar . Sebab apa aku nak nampak yang aku ni tiada perasaan dekat Jake .
Aku nak dia benci aku disebabkan ini .
" Kau ulang balik ayat kau- . "
" Nak aku ulang ? Jake Sim Mari kita berpisah sebab aku selama ini tiada sebarang perasaan dekat kau dan aku tipu kau . Ye aku tipu aku sayang k-kau . A-aku tipu yang aku nak bersama dengan kau selama lamanya . " Aku menghembus nafas berat aku . Menahan rasa sebak melihat wajah Jake .
Air mata dia perlahan membasahi pipinya . Kalau lah aku boleh lap kan . Kalau lah-
" Kenapa ? Why all of sudden kau macam ni ? " Soalan Jake tidak mampu buat aku menahan lagi air mata yang bertakung .
" Im sorry . " Aku terus berlalu pergi meninggalkan Jake . Tidak mahu lagi memandang muka dia . Aku tahu sememangnya dia jijik dan benci akan aku .
Bagi pihak Jake . Dia hanya melihat kelibat Jaehoon hilang . Jake melihat figura Jaehoon hilang dari pandangannya .
Hati seorang lelaki perlahan hancur hanya disebabkan perempuan yang dia sayang . Dia kehilangan ayat .
" Kenapa Jae ?!? " Aku mendengar suara jeritan Jake tapi aku endahkan . Air mata aku semakin mengalir deras .
" Untuk kebaikan kita Jake . Kebaikan kita berdua . . "
Aku menerima panggilan yang banyak daripada dia . Aku tak mampu untuk jawab sebab aku terlampau lemah untuk mendengar suara dia selepas semua ni . Tapi satu hari aku terima panggilan daripada Jake .
Aku termenung melihat telefon bimbit aku . Fikir untuk angkat ke tak . Kalau aku angkat mungkin dia tak kan telefon aku dah .
Terketar ketar tangan aku menjawab panggilan dia . Belum sempat aku cakap apa apa dia sudah tanya soalan .
" Aku nak tanya kenapa kau nak berpisah secara tiba tiba ? "
Aku diam . Fikiran aku buntu untuk mencari jawapan . Padahal boleh je reka banyak benda . Tapi sekarang , aku rasa rindu akan suara dia , aku rasa rindu , sedih , bersalah semua benda datang sekali gus dekat aku .
Kenapa aku buat macam ni ?
" Untuk kebaikan kita berdua Jake . Kalau kita berjumpa lagi aku percaya kita berjodoh . Maaf aku dalam era kejatuhan aku . "
Aku tekup mulut aku . Aku tak pernah cerita akan kesusahan aku dekat dia . Sebab aku tak nak biar situasi susah aku membebankan orang lain , membuatkan orang lain fikir untuk bersama aku . Sebab itu lebih baik aku hanya berpisah .
" Apa aku nak buat sekarang ? Lepas kau pergi apa patut aku buat ? Jaehoon kau dalam kesusahan kau ada aku tapi kau macam- menambahkan lagi kesusahan kau . "
Bukan selalu dia memanggil aku dengan nama penuh aku .
" Tapi aku memang tak dek perasaan dengan kau . Perasaan ni bebankan hidup aku . Kau sorang je benda yang aku boleh buang dalam hidup aku untuk teruskan hidup . " Air mata aku lantas membasahi pipi . Aku jatuh tersandar di dinding . Ayat aku memang sudah melampaui batas .
Ini hanya sebab mahu dia bencikan aku . Benci lah aku Jake . Aku tahu aku buat salah . Jika kau benci aku , aku sedar ini semua salah aku . Aku yang mula dan aku yang akan tangguh semuanya .
" Aku pergi dulu . " No goodbye , good night aku hanya tutup panggilan . I can't talk with him anymore . Kalau aku masih cakap dengan dia aku akan rasa bersalah dan sedih .
Sebab dia adalah sumber utama berikan aku tenaga selain makanan . Dia yang buat aku gembira , dia yang faham akan segala susah senang aku . Tapi at the same time , hanya dia yang boleh buat aku hilang rasa beban . Aku takut kesusahan aku membebankan dia . Aku sentiasa fikirkan dia .
Dan aku takut setiap situasi hidup aku akan termasuk dengan dia sekali . Hidup aku dah lah tunggang terbalik .
Dengan bil rumah tak bayar lagi . Mak aku yang dah semakin tua dan berkedut kerja lagi . Aku entah lah , aku nak cuba tempuhi semuanya sendirian walaupun aku tahu aku tak boleh .
Memang aku adalah penjahat cerita ini . Aku yang satu satunya buat cerita ini berupa kejam . Aku tahu .
Minta maaf lah banyak kali Jaehoon , kau rasa dia nak terima ? Kau juga yang nak dia tak suka kau , dia benci kau . Sekarang kau dapat , kau tak perlu menyesal sebab ini keputusan kau sendiri .
Keputusan yang dah dibuat , aku hanya teruskan hidup tanpa memikir orang lain . Aku harap aku boleh lupakan dia .
Aku berharap sangat . Dia lupakan orang yang lemah macam aku . Orang yang tiada harapan untuk hidup . Orang yang minta belas kasihan . Orang yang hanya pura pura baik padahal sakit di dalam . Aku susah nak bagitahu hal hal susah aku dekat kau Jake . Aku takut kau akan bimbang dekat aku .. ataupun mungkin belas kasihan terhadap aku ? Loser betul la aku ni .
Aku berhenti berjalan . Kemudian badan aku pusing melihat jalan raya dibelakang aku . Melihat bayang bayang Jake minta supaya masih ada . Tapi apakah dayanya . Banyak kata kata kesat aku keluarkan aku masih harapkan dia untuk kejar aku ? Untuk tarik tangan aku dan kembali ke dakapan dia ?
Tak dek nye . Semuanya dah berakhir disebabkan aku .
Tanpa aku sedar aku hancurkan hati dia dan serentak aku juga hancurkan hati sendiri .
YOU ARE READING
५ The Unsent Project - Sim Jake
Teen Fiction᧙ enhypen malay fanfic ᠀ - status : completed original ch0ngmine 𓂅 ៹ 𝘤𝘦𝘳𝘪𝘵𝘢 𝘪𝘯𝘪 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘳𝘦𝘬𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘢𝘵𝘢 Kenapa pula projek yang ni tak bole dihantar kepada pengantar lain ? Cukup hilang sabar perempuan itu mene...