- 02 : friend's son

54 4 0
                                    

Pemakaian aku untuk keluar hari ini sangatlah simple tapi bergaya . Haraplah . Seluar jeans melebihi paras lutut yang bermaksud menutup segala bulu kaki aku . Baju lengan panjang berwarna warni yang diselukkan ke dalam seluar jeans aku . Rambut pendek dan bangs aku disikat rapi . Jangan lupa aksesori skarf rambut aku hoho .

Malas mahu bersolek , hanya mampu memakai gincu yang tak dek kesan merah pun pada bibir . Cermin kecil aku pandang . Sekejap kejap memuji diri aku , sekejap kejap mengenyit mata pada pantulan cermin . Aku ketawa kecil .

" Ibu ! Jaehoon keluar dengan Areum dan Haerin ! Sebelum pukul 6 petang baru balik tau ! "

" Ye jaga diri ! Duit ambik je kat atas meja tu ! "

Aku senyum gembira mendengar perkataan duit . Terus 1000 won aku ambik .

" Terima kasih ibu ! " Kasut yang kelihatan lusuh aku pakai untuk menampakkan lagi diri aku yang sudah bergaya . Haraplah makhluk yang aku bertembung pandang bahagian atas bukan bawah .

Tapi biasanya mereka atas bawah . Ye dok .

Sampai sahaja di gerai tteokbokki yang terkenal di kawasan perumahan aku iaitu Gyeonju Street . Nampak sudah dari luar figura dua gadis yang duduk di meja betul betul sebelah cermin kedai . Aku teruja melihat mereka dan berlari masuk ke kedai tersebut.

" Korang semua ! Ratu rimba korang dah sampaiiii " aku menari dengan tidak tahu malunya selepas masuk ke kedai tersebut .

Alangkah malunya . Dua orang gadis yang aku ingat Areum dan Haerin tadi adalah orang lain . Aku memandang sekeliling . Oh , mereka duduk di situ ..

Aku ketawa kekok , malu akan perbuatan aku . Areum dan Haerin dari jauh seperti mahu menelan aku hidup hidup kerana sudah memalukan diri sendiri .

" Minta maaf " laju aku tunduk kemudian bangun meminta maaf . Aku menelan air liur kerana malu . Aku jalan sambil menunduk meminta maaf . Sangat lah malu !

Itu lah Jaehoon lain kali tengok betul betul , ya ke kau punya kawan kan dah jadi macam ni . Memang malu 7 keturunan lah kau .

Punggung aku perlahan duduk di kerusi bersebelahan dengan Areum . Tteokbokki yang sudah sampai mereka biarkan kerana masih memandang aku seperti aku ni tteokbokki ! Sedangkan tteokbokki kat depan ni lagi sedap !

Aku senyum kekok dan ketawa kecil .

" Hehehehe ... Ratu rimba korang dah sampai ! " Aku goyang kiri kanan sambil memegang chopstick bersedia untuk menelahap makanan di depan mata .

" Memang memalukan betul la kau ni Jaehoon . Sebagai kawan kau sejak 6 tahun aku sangatlah lelah . " Haerin mengeluh sebelum beri aku semangkuk nasi .

Mereka bukan sahaja order tteokbokki . Sup rumpai laut , kimchi , ayam goreng , sosej ! Fuhhh memang gemuk kaw kaw la aku ni .

Nampak sahaja makanan tidak layan terus teguran daripada sang kawan dihadapan aku .

" Ya ! " Aku senyum lebar memandang Areum disebelah .

" Kau tahu kan Ahjumma Lee suruh kita buat tiga bekas besar kimchi . Dia kata nak sangat ada kerja tup tup memang bagi ekstrem ! " Sambung Areum .

Cayalah Ahjumma ! Ini baru lah tak bosan hujung minggu . Selalunya aku akan terperap je kat dalam bilik membuat projek yang tiada sape tahu .

" Lepas tu , Ahjumma ada kata kawan anak dia dari Australia datang menginap sini buat sementara waktu sebabkan katanya nak rasa hidup kat kampung macam mana . " Haerin cerita sambil mengunyah makanan .

" Wow Australia ? Lelaki ke perempuan ? " Aku tanya teruja . Kalau lelaki aku memang nak mengorat lah hehe ini pun aku single lagi ni . Kawan dua yang kat depan aku ni dah berpunya . Tak available dah .

" Lelaki , bole la kau nak ngorat Jaehoon . "

Aku senyum sinis . Kening terjungkit jungkit .

Ha back to the story ! Teman lelaki Haerin ni nama dia Park Jongseong . Alah dia pekerja sawah padi tengah kampung tu . Tak dek la bekerja tolong ayah nya lah . Mereka berjumpa pun bukan lelaki tu suka perempuan tu . Perempuan tu tergila gilakan Jongseong . Siapa je tak , orang kacukan Amerika-Korea tu memang kacak lah !

Areum pula , dia tak dek teman lelaki tetapi kekasih hati . Park Sunghoon , sepupu tiri Park Jongseong . Hubungan mereka memang renggang . Mereka tak suka la sesama sendiri ! Masing masing gaduh . Jumpa gaduh , jumpa gaduh . Itupun disebabkan Sunghoon yang sering mengacau gadis tersebut .

Dalam rasa benci benci Areum timbul rasa suka dan cinta terhadap Sunghoon . Dari sekarang dia masih menyimpan . Malu mahu meluahkan perasaan .

Dah ada peluang ni tak kan kita nak sia siakan ! Memang misi aku akan mengorat anak kawan Ahjumma Lee !

५ The Unsent Project - Sim JakeWhere stories live. Discover now