BAB 7 🥀

75 3 0
                                    

Tepat saja tamat sekolah bagi Renita dan Raiqa mereka mendapat berita menyedihkan.

Encik Ahmad Zahid sudah pergi meninggalkan bumi ini. Tinggalah dua ketul puteri dicintainya.

Ashalina Azahra Raiqa menangis sendu sehingga jiran-jiran terasa sedih. Tapi tidak dengan Asheeqa Qaila Renita.

Ren abah....Raiqa peluk erat kakak kembarnya. Ren...lepas ni kita nak buat apa...tersekat-sekat suara Raiqa.

Sabar Rai, kau ada aku, aku ada kau lagi. Sampai bila-bila kita takkan terpisah. Pujuk Renita.

Usai siap majlis tahlil dan penanaman kubur arwah abah barulah kami berehat. Raiqa sudah masuk kebilik akibat keletihan. Renita masih dalam keadaan baju sekolah, hari ni habislah sekolah bagi tingkatan 4.

Bermacam-macam cerita dan umpatan diberi oleh toxic people. Lagi-lagi tentang dirinya yang langsung tidak menangis.

Aku takkan bagi kau duit se'sen langsung! Nek Jah dengan muka tegang. Sedikit pun tidak ada rasa belas kasihan.

Aku tak minta pun duit kau. Datar Renita.

Baguslah tu. Sinis Nek Jah. Dia gembira dapat seribu ringgit dari Zahir. Sekarang Zahir mampus dia boleh Halau penumpang tak berbayar ni. Hari ni last aku tengok muka kau, esok kau berambus sekali dengan adik kau. Halau NekJah.

Kubur bapak aku tak sempat nak merah kau halau. Sinis Renita. Aku tahu orang tua ni dapat 1000 ringgit dari arwah abah. Sekarang abah tak ada nak halau?

Aku aku kisah. Nek Jah tinggalkan Renita keseorangan.

Sumpah hati Asheeqa Qaila Renita terasa sakit, hati dihirs pisau...Jangan taknya kenapa dia menjadi seorang kasar dan tak reti hormat.

Renita memejam mata lalu dia menangis kuat tiada bunyi. Dada di tepuk berkali rasa sesak tersangat. Pendam. Ya perasaan dia pendam dari tengahari tadi. Dia tiada sandaran atau tongkat untuk kuat. Hanya diri sendiri jela tongkat dan sandaran.

Abah Ren tak kuat abah...abah dah tak ada untuk sandaran Ren..Ren cenggeng abah... Ren....Renita tidak mampu untuk berkata lagi.

Jika hari ini aku menangis kuat, biarlah untuk kali terakhir aku menangis hari ini. Esok lusa aku akan kuat demi Ashalina Azahra Raiqa.

*****

Tengahari:-

AKU DAH CAKAP BLAH! Yang duduk lagi sini buat apa?! Tengking NekJah kepada Raiqa yang lemah akibat demam.

Tak padan dah tua suara pun macam ayam hilang leher. Grrrr....

Boleh sabar tak orang tua! Lepas ni aku pergilah. Marah Renita yang baru balik dari sekolah. Raiqa tidak ikut menemani. Renita terus mengemas baju milik Raiqa, semalam dia lupa nak suruh Raiqa kemas lagipun adiknya demam.

Raii kita nak pergi mana? Melemah suara Raiqa.

Kita keluar dari rumah ni, kau dah makan ubat? Soal Renita tangan sibuk melipat baju ke dalam beg.

Dah makan...Raiqa mencebik bibir. Kenapa aku lemah sangat? Kenapa aku tak macam Renita yang kuat? Aku ni beban untuk Renita. Marah Raiqa dalam hati.

Dua-beradik kembar sudah turuni tangga. Terlihat Mak Mah didalam kereta yang diam tidak ada tanda nak turun.

Nahh duit 50 pandai lah kau orang hidup. Campak Nek Jah, anaknya yang datang itu dia tidak perasan.

Ludah Renita kasar. Aku tak hingin duit se'sen dari kau. Orang tua ni lupa ker? Renita memandang tajam ke arah NekJah sehingga wajah tua berkerut.

Semiskin aku, aku takkan biarkan orang hina aku, hina mak ayah aku. Kau lebih hina daripada aku, dah ludah jilat balik? Bidas Renita.

Kau!!! NekJah sudah turun. Batang penyapu ditepi ingin melibas Renita. Mulu anak Rossy Albert memang minta makan penyapu.

MAK!!!! Jerit Mak Mah. Segera keluar dari kereta, tadi dia saja Hendak melihat drama dari dalam. Tak sangka maknya layan macam ni, dah lah abang tirinya meninggal semalam. Hari ni anak kena Halau?

Baru tahu mak kau macam mana? Sinis Renita dan menarik adiknya. Keperluan penting saja dia bawa dalam 1 beg roda besar dan 4 beg galas. Memang dia tak ingin jejak lagi dirumah ini walaupun rumah milik awah abanhnya.

Selamat tinggal kenangan. Selamat tinggal rumah yang memiliki kenangan pahit. Selamat tinggal semuanya.

Sebelum tu kita pergi pusara abah dan ibu Rai. Kau okay tak? Wajah pucat itu dipandang sayu.

Okay Ren, Rai okay. Jomlah. Dari tadi Raiqa senyap, dia tak larat dan tak mampu melawan.

~

4 petang. Di tanah perkuburan Islam di padang matsirat.

Selepas pergi ke kubur ibu barulah mereka ke kubur merah milik Encik Zahid.

Ren menangis sendu lagi, tangan terketar-ketar. Dirinya terlalu lemah dan sedih, abah...Rai nak jadi macam Ren kuat macam abah...tapi Rai tak boleh Kata Raiqa dalam hati.

Renita memegang batu nisan itu. Abah...Ren akan bawa Rai sekali pergi jauh dari sini. Abah damailah Bersama arwah ibu ya? Tengoklah Rai sudah pakai tudung, cuma Ren tidak bersedia lagi. Apapun abah kami minta maaf lepas ni tak jengguk abah. Sebak Renita.

~

Anak berdoa nak pergi mana ni? Tanya wanita berpurdah yang memberhenti kereta. Melihat dua gadis mengheret beg berjalan kaki.

Kami nak pergi stesen bas, kami baru lepas melawat kubur arwah abah. Ujar Renita.

Mari masuk aunty hantar ya? Pelawa wanita purdah itu.

Renita dan Raiqa menolak lembut perlawaan aunty itu.

Masuklah. Bahaya kamu bedua berjalan kaki, Hajah Elli puas memaksa sehingga dua gadis aku. Terlihat dua wajah itu sungguh kepenatan. Nak pergi mana sebenarnya? Tanya Hajah Elli.

Raiqa diam saja, sejujurnya dia tidak tahu Renita mahu pergi mana.

Kami nak pergi kuala lumpur. Tenang Renita.

Jauhnya dari kedah ke kuala lumpur. Aunty bawa lah kamu berdua, kebetulan aunty memang nak balik sana. Aunty ada kuliah disini jadi ada juga peneman kamu berdua. Ujar Hajah Elli.

Errr...tak apalah aunty. Tolak Renita. Sejujurnya dia janggal, baiknya hati mak cik ini.

Tak apalah aunty bawa okay? Banyak mereka berborak. Puas Hajah Elli memujuk dan memberi nasihat kepada mereka berdua. Sedikit sebanyak dua kembar tidak seiras itu sudah selesa dengannya.

Hello yeee awak.jangan risau saya balik kali ini ada peneman...yayaaa lepas ni tak buat dah. Hajah Elli menutup telefon selepas suaminya membebel. Mana tak bebel dia drive jauh kot.

Kamu berdua nak duduk rumah kasih tempat aunty? Disitu banyak kawan-kawan. Senyum Hajah Elli.

Ehhh tak apalah aunty, saya harap aunty boleh faham. Lembut bicara Renita. Walaupun kasar Renita berbudi bahasa, sekali dia bercakap orang boleh jatuh cinta dengan kesopanan dan kesantunan.

Renita memandang Raiqa yang sudah tidur. Demam kan, memang tak larat.

Hmm...okay...Panggil aunty Umie Ely. Umie tolong kamu cari rumah okay? Kalau perlukkan bantuan call je Umie ya? Pujuk Hajah Elli. Entahlah dia sungguh risaukkan dengan kembar ni, Teringat pula pada anak-anak.

Terima kasih banya-banyak Umie Ely. Senyum manis Renita. Alhamdulillah ditemukkan orang baik-baik.

Akan aku ingat siapa yang ada diwaktu aku susah dan siapa tiada diwaktu aku memerlukkan.

Heroin dah nak muncul?? Haa selalunya hero yang muncul kan hahaha. Ren ke Rai yang jadi heroin? Cuba tekaaa!

Dia Luthfan Lais Where stories live. Discover now