Special 💝

139 4 0
                                    

Lais begitu penat menjaga anak kembar tiganya. Mukanya masam dilemparkan kepada isterinya.

Semua anak-anak sudah tidur.

Asha Binti Luthfan Lais. 3️⃣

Ashraf Bin Lutfhan Lais. 2️⃣

Ashyar Bin Luthan Lais. 1️⃣

Pendek betul nama anak-anak mereka, kata isterinya cukup lah pendek tak adalah nanti dorang nakal nak sebut nama panjang macam kami, lagi-lagi nama seperti isterinya.

Tak boleh blaa bila waktu periksa, orang lain dah jawab soalan nombor dua si isteri baru siap tulis nama...

Yang paling payah tidur anak kedua iaitu Ashraf, dialah paling degil banyak bunyi.

Paling senang tidur Ashfina lelap saja dah tidur.

Anak sulong Ashyar kalau dah time tidur on time je lelap.

Macam-macam ragam tidak sangka dapt anak kembar tiga bukan dua.

Lais naik ke katil lalu memeluk isterinya yang sudah baring.

Hmmm sayang, tak larat. Renggek Lais.

Renita memandang wajah suaminya lalu tergelak kecil. Thanks Love jaga dorang, sayang tak cukup tangan. Hehehe!

Kalau suami kerja memang ada pembantu datang. Kalau tak Renita macam orang gila nanti.

Hmmm...lepas ni tunggu semua dah besar baru ada anak. Love tak sanggup, baru nak spend time dengan sayang dapat tiga anak! Luah Lais.

Renita tersenyum. Lais punya perangai bila tahu dapat anak tu macam dia dapat adik tau. Tapi nak buat macam mana kami dah 28 tahun takkan tak de anak.

Hahaha okay-okay Love, sayang takkan skip bagi attention dekat saya okay? Renita mengelus rambut itu.

Hmm....Lais tertidur dengan belaian isterinya.

*******

3 tahun kemuadian.

Lais yang memakai apron kerana hari ini dia perlu menjaga anak-anaknya.

Hari ini isterinya ada kes di mahkamah.

Papa nak susu!
Papa nak mamam!
Papa sheraff yak!

Pening kepala dibuatnya. Kejap ni susu abang Ashyar. Hulur Lais kepada Ashyar.

Terima Kasih papa! Senyum Ashyar lalu naik ke sofa. Ashyar anak sulung paling senang jaga.

Makanan yng telah dimasak oleh isterinya sudah siap dipanaskan dan diletakkan didalam mangkuk comel bentuk apple.

Lais menangkat Asha ke dalam baby chair. Kalau tak letak Asha akan makan sambil berjalan.

Si anak pun makanlah dengan selera. Asha kuat makan nasi daripada susu. Nyumm nyummm! Shedapp! Asha menaikkan ibu jari.

Lais mencari kelibat anaknkedua haih. Dah hilang ni mesti pergi tandas sendiri.

Ya Allah Ashraf! Suara Lais agak terjerit sikit mana tak nyaa anak dia masuk dalam bathtub dalam bilik masterbedroom.

Ashraf tengok papanya terus dia mengukir senyuman.

Puas papa cari rupanya dekat sini siap bukak air dalam bathtub! Lais bercekak pinggang.

Tubuh anaknya diangkat keluar. Anak paling mencabar jaga Ashraf lah. Dia punya manja dengan mama dia sampai papa cemburu.

Nasib baiklah pandai berenang budak ni. Bebel Lais sambil tangan bukak pamper anaknya. Haih tipu papa ya kata berak? Membulat mata Lais.

Mama shakap...Sherap beyak...tutur pelat Ashraf.

Untunglah ada kembar mereka boleh berborak dan bertambah lancar percakapan mereka.

Mama work la haih akal betul budak ni. Lais memandikkan Ashraf. Saja tipu berak nak main air la tu.

Lepas saja siap uruskan Ashraf. Lais mendukung Ashraf dan mengunci pagar ditangga hendak naik ke atas. Tadi lupa nak kunci pagar tu boleh budak ni naik.

Ya Allah budak dua ekor ni! Geram Lais.

Yang sorang tuang susu dan sorang lagi main renjis-jenjis sup.

Sabar Lais kau ni papa yang hebat! Buat malu kerja perisik jaga anak tiga orang ni kau fail!

~

Renita balik dengan keadaan rumah bersepah. Ya Allah Asha! Ashyar! Ashraf! Jerit Renita.

Ha tak sia-sia nama anak pendek.

Kali ni tripple twin main tepung dekat dapur dan Lais tertidur akibat kepenatan.

Ya Allah anak aku!!!! Terdengar saja suara lantang milik isterinya terus terjaga.

Lailahaillallah! Papa micro sleep sekejap korang buat kerja bukan-bukan. Lais bercekak pinggang.

Renita hanya mengeleng saja, takkan nak marah suami. Dia pun pernah rasa okay, kesian Lais.

Abang okay? Sorry balik lambat pulak. Renita menyintingkan lengan baju hingga ke siku.

Tak apalah abang okay...jawab Lais senyum tipis. Lais menolong isterinya mengemas.

~

Anak-anak sudah tidur di bilik mereka di katil masing-masing.

Tak risau sebab bilik mereka ada cctv.

Renita baru lepas mandi itu memandang suaminya tengah buka ipad. Dah laa ceo lepastu jaga anak, bukan tak nak hantar nursery. Anaknya kuasa tiga tu kalau bergabung buli penjaga sampai dorang surrendered.

Kami tak nak bebankan mama dan abi. Mereka juga sudah berumur.

Renita duduk sebelah Lais.

Love....panggilnya manja.

Ya sayang why ni? Manja semacam. Lais meletakkan Ipad ditepi, alaa tengok esok boleh. Sekarang nak me time dengan bini!

Love, sayang rasa sayang nak berhenti jadi lawyer. Sayang nak jadi suri rumah sampai anak kita membesar kata Renita.

Serius ke? Tak sayang kerjaya tu? Tanya Lais untuk kepastian.

Yup lagipun sayang nak jadi lawyer sebab nak musnahkan kehidupan Henry. Now I'm happy with our small family! Senyum Renita.

Kalau sayang cakap macam tu Love okay. Lais mencubit pipi montel isterinya.

Sayang nak anak kita kenal agama islam lebih mendalam. Sayang tak nak mereka jadi sayang. Lagi-lagi ada sifat berdendam....suaranya perlahan.

Shhhhhh. Don't tell about this. Love tahu sayang ni baik tak macam tu pun. Lais memeluk lalu mencium dahinitu.

Thanks love be mine loyal man and hero in my life. Senyum Renita.

Dia Luthfan Lais ~

Dia Luthfan Lais Where stories live. Discover now