= BIBIQUE NITEZ =

12 2 0
                                    

Kim Hye Jin & Jung Wooyoung & Jeon Jae Sung & Song Eun Min Pov

"Oppa tahu tak? dia ni kan huh menyusahkan orang betul" tangan Kim Hye Jin menolak belakang kepala Jung Wooyoung yang sibuk menyalakan api untuk merebus dumplings yang dibuatnya bersama dengan Kim Hye Jin, Jeon Jae Sung dan juga Song Eun Min.

"Sakitlah siot, kau ni kan. tak habis-habis nak buli aku, tak kat sekolah dekat rumah pulak" Jung Wooyoung mengetap giginya geram sebelum dia mengambil dumplings yang sudah siap untuk direbus. Selesai sahaja meletakkan dumplings tersebut, dia menarik tangan Kim Hye Jin lalu diletakkan di belakangnya.

"Ni kenapa pula ni, tengok ni oppa. buat tabiat malam-malam macam ni" Kim Hye Jin kelihatan sedang berusaha menarik kembali tangannya.

Berbanding ahli lain, Kim Hye Jin dilahirkan sebagai anak tunggal. Dia tidak mempunyai adik mahupun abang kandung atau angkat, hal ini menyebabkan jika apa-apa sahaja berlaku appanya lah yang menjadi tempat untuk bercerita dan dia meluahkan segala masalah yang dihadapinya. Seperti sekarang, dia lebih cenderung menarik perhatian abang angkat Jeon Hyun Min iaitu Jeon Jae Sung dan juga Song Eun Min abang kandung Song Eun Kyu.

"Ni bukan buang tabiat eh hyung, petang tadi Wooyoung jatuh sebab dia yang tolak. Kim appa sendiri yang suruh dia tolong urutkan belakang Wooyoung, tadi tak sakit tapi bila lama sangat buat bende ni jadi sakit" jelas Jung Wooyoung manakala Kim Hye Jin membuat muka menyampahnya.

"Kalau dah macam tu, nak buat macam mana kan. Hye pergi urut belakang Wooyoung tu, nanti tak pasal-pasal kena marah dengan appa" Jeon Jae Sung tersengih sebelum dia mengemas sedikit tepung yang bertaburan di atas meja. Manakala Song Eun Min menghidupkan satu lagi api dapur untuk menggoreng dumplings, mereka berempat ditugaskan membuat dua hidangan sampingan untuk malam ini iaitu dumplings yang digoreng dan direbus.

"Eeee tak nak la oppa, bukan salah Hye pun. dia yang tolak Hye masuk kolam, Hye balas lah balik" Kim Hye Jin mengeluh kasar. Nak je rasanya dia menampar belakang badan Jung Wooyoung tetapi dibatalkan kerana dia melihat appanya menuju ke dapur.

"Appa, lama tak jumpa. makin handsome ye sejak jadi duda anak satu ni" Song Eun Min mula menyakat En.Kim.

En.Kim hanya tersenyum sebelum dia memandang lama empat serangkai yang berada di dapur itu. Lama rasanya dia tidak melihat adegan kebersamaan anak-anaknya ini, mengenangkan semua sekarang sedang sibuk dengan urusan masing-masing.

"Bila sampai ni?" tanya En.Kim lalu dia membuka peti ais untuk mengambil air kosong dengan niat membasahkan tekaknya yang sedikit kering kerana sedang menyelesaikan sedikit pekerjaan yang dibawa pulang ke rumah.

"Baru je sampai appa, ni tengah masak dumplings. yang lain ada dekat belakang sana" En.Kim hanya mengangguk.

"Hye Jin panggil appa yang lain turun, lepastu kamu urut belakang wooyoung tu.. dari tadi appa tengok dia cuba gosok belakang dia tu" Kim Hye Jin mengeluh perlahan sebelum dia mengangguk lalu dia menaiki anak tangga.

end pov

Kim Hongjoong & Jeon Hyun Min & Kim Han Ha & Park Seonghwa POV

Berbanding dengan yang lain yang sedang sibuk dalam menyediakan makanan dan juga menghias meja makan, Kim Hongjoong dan Jeon Hyun Min tampaknya hanya diam menemani Park Seonghwa dan juga Kim Han Ha di kolam renang. Kata Park Seonghwa ada hal yang ingin dia sampaikan kepada Song Eun Kyu.

"Ni ada cincin jatuh dekat dorm kitorang sebelum pindah, aku tak tahu ni sape punya sebab tu aku simpan" Park Seonghwa menyerahkan cincin berlian yang dijumpainya di dorm pagi tadi sebelum berangkat pindah ke rumah.

"Cincin tunang kau kan Han?" Kim Han Ha hanya mengangguk mengiakan pertanyaan Jeon Hyun Min sebelum cuba mengambil cincin tersebut, tapi Park Seonghwa lebih dahulu menarik jarinya lalu disarungkan cincin tersebut di jari manis tangan kanan milik Kim Han Ha.

Housemate [ ATEEZ + 8 AF ]Where stories live. Discover now