PASRAH 1

23.6K 229 13
                                    

Pagi yang hening di sebuah kampung yang aman damai itu telah disambut dengan bunyi merdu berirama alunan kicauan sekumpulan burung merbah yang singgah di atas dahan pohon nan menghijau.

Daun-daun hijau segar bugar itu sesekali menitiskan air embun apabila dahan yang menjadi penyambung itu dipijak dan disentuh oleh burung burung tersebut.Sungguh indah panorama alam ciptaan Tuhan yang Maha Esa.

Tidak jauh dari situ pula, kelihatan dari sebuah tingkap rumah kayu separuh batu yang bercirikan rekaan seni bina tradisional disulam dengan rekaan moden di bahagian depannya serta dikelilingi pokok pokok bunga yang cantik berhias, kelihatan seorang wanita yang jelita duduk sugul, bersendirian.

Wanita jelita yang bernama Suraya itu kelihatan termenung jauh sendirian sambil matanya tertancap ke arah melihat sekumpulan burung merbah tersebut.Namun pandangannya seolah-olah kosong , langsung tidak memberi makna kepadanya melihat telatah burung tersebut.

Ternyata fikirannya sedang melayang-layang jauh dibawa permainan emosi sejak kebelakangan ini.Tubub wanita itu masih cantik,lekuk dan denai ditubuhnya sempurna sesuai dengan umurnya yang baru mencecah 27 tahun itu.

Sesekali Suraya menoleh ke arah pintu biliknya apabila terdengar bunyi berdehem batukan seorang lelaki.Tidak lain tidak bukan yakni suaminya sendiri.Peluh didahinya diseka dengan hujung baju kerana dia baru selesai melaksanakan kerja rumahnya.

Sarapan pagi juga telah disediakan kerana setiap hari dia akan bangun awal untuk memandikan suaminya yang telah disahkan lumpuh sepenuh tubuh itu kemudian Suraya akan menyediakan pula sarapan untuk bapa mertuanya.

Junaidi adalah nama bapa mertua Suraya . Seorang lelaki dan bapa yang baik dan penyayang.Lelaki berumur 57 tahun itulah yang telah menghulurkan tangannya dengan rela membantu mereka tatkala suami Suraya ditimpa musibah.Di umah pusaka itulah Junaidi menyambut ketibaan mereka berdua dikala mereka buntu dengan ujian yang melanda.

Imbauan memori itu secara perlahan-lahan menyebabkan anak mata Suraya bergenang ditakungi air.Sudah 3 bulan dia dan suaminya menjadi penghuni tetap di rumah tersebut walaupun dia merasa selesa namun masih ada sedikit rasa malu dalam dirinya.

Fikirannya kembali berputar saat kejadian menimpa suaminya.

3 bulan sebelum itu.....

Suraya menyanyi kecil bersama ditangannya seikat sayur yang siap sedia untuk dipotong.Hari itu beredar seperti biasa tanpa ada sedikit pun hal yang menganggu mood Suraya namun disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari.

Kring!! kring!!

Suraya melepaskan seketika tugasnya didapur apabila mendengar bunyi telefon yang berdering.Langkah diatur segera panggilan telefon itu disambut.Matanya melihat nama suaminya timbul di kaca skrin telefon,dengan rasa gembira panggilan telefon itu dijawab.

"Hello assalamualaikum abang...." sapa Suraya.

"Waalaikumsalam....err ini puan Suraya?" terdengar satu suara garau di talian yang ternyata ianya bukan suara suaminya, Zulkifli.

"Ah..ya...ini siapa?" soal Suraya.

Perasaan wanita itu merasa pelik kerana ada lelaki lain yang sedang menggunakan telefon milik suaminya.

"Ok macam ni.Saya rakan sekerja
Zulkifli...Ada benda yang saya nak bagitau,diharap puan tenang ya...ada sesuatu yang berlaku pada Zulkifli" jawab lelaki itu dengan nada yang tenang sedikit suaranya.

"Kenapa?apa yang berlaku?" soal Suraya mula berasa tidak sedap hati.

"Zul kemalangan di tempat kerja..." beritahu rakan Zulkifli.

PASRAHWhere stories live. Discover now