PASRAH 7

13.9K 194 25
                                    


Keesokan harinya Junaidi masih lagi berasa tidak selesa.Junaidi merasakan seperti dia pula yang menumpang di rumah orang.

Setiap kali bertembung dengan Suraya mesti dada Junaidi terasa berdebar kuat.Kelu lidahnya, suaranya seakan-akan tersekat di kerongkong.Wajahnya cemas dan kekok apabila Suraya berada berdekatan dengannya.

Petang itu Junaidi keluar melepak di warung Mak Leha.Terdapat beberapa orang tua yang lewat usia ada juga yang bersidai disitu.Merekalah pelanggan tetap warung Mak Leha di kampung mereka.Junaidi bertemu Pak Mukhsin dan Pak Salleh yang juga duduk minum di situ.

"Apa mimpi pulak kau ni datang sini?" tegur Pak Mukhsin berasa hairan kerana dia tahu kawannya itu bukan jenis melepak macam orang lain.

"Saja..." sepatah sahaja jawapan Junaidi.

Dia terpandang di hujung meja kelihatan Ridwan dan beberapa anak muda sedang rancak berborak.Sesekali terdengar hilai tawa mereka.Mak Leha pula ke hulu ke hilir membawa pesanan.

"Aik...menantu kau mana?" tanya Pak Mukhsin lagiKening putihnya rapat menghadirkan garis kedut di dahi.

"Ada...eh kau ni macam tak suka pulak aku datang sini ni kenapa?" tanya Junaidi dengan gaya nada perli sambil dia menghirup kopi'o kurang manis membasahkan tekaknya.

"Takdelah...cuma kau tu cukup susah nak ajak minum..tu yang aku hairan.." jawab rakannya itu.Junaidi tidak membalas.Dia memandang rakannya Pak Salleh yang tersengih menghembuskan asap rokoknya.

Junaidi termenung sejenak.Bukan niat dia mahu datang ke sini tetapi dia cuma mahu menghilangkan rasa tidak selesa ketika dirumah.Kerap kali bayangan menantunya itu hadir.Lama kelamaan boleh jadi gila orang tua itu.

"Eh rumah Osman kenduri bila?...yang katanya sambut menantu tu.." Junaidi mengubah topik.

"Bulan depan...tapi tak silap minggu depan ada kenduri mesyuarat...hal kenduri la..." sampuk Pak Salleh.Puntung rokok ditenyeh ke bekas astray kemudian menghirup saki baki kopi bagi membilas tekaknya.

"Ooohhhh..." Junaidi cuma mengangguk.

Biasanya jika di kampung itu, 2 minggu sebelum kenduri pasti tuan rumah akan mengadakan mesyuarat kecil.Beberapa orang kampung akan hadir dan pada masa itu mereka akan berbincang untuk mengagihkan tugas.Tak kurang juga ada yang bermurah hati untuk menderma barang contohnya timun,lobak dan sebagainya dari hasil tanaman mereka.Junaidi pun rajin juga menderma dari segi wang ringgit.

"Kau tak bawa Zulkifli berubat dah ke ?" soal Pak Mukhsin ingin tahu kerana rasa simpatinya pada anak rakannya itu masih ada.

"Last aku bawa ke Simpang Pelangai tu...ok la sikit cakap tu takdelah leweh sangat dah..." terang Junaidi.

Seingatnya 3 bulan lepas dia bawa ke situ.Selepas itu tidak lagi.

"Yelah...nak buat macam mana..." angguk Pak Mukhsin.

Mereka menghabiskan petang itu berbual beberapa topik.Biasalah orang tua topik topik politik dan hal negara yang akan diulang ulang oleh mereka.Itu adalah topik wajib jika di warung.Takkan orang tua nak borak cerita Naruto,Bleach atau DOTA 2.Tidak lama kemudian Junaidi meminta diri.

Hari demi hari berlalu seperti biasa.Pejam celik sudah seminggu berlalu.Rasa malu Junaidi masih lagi ada walaupun tidak setebal awalnya.

Kadangkala ada juga dia berbual dengan Suraya.Kadangkala dia meluangkan masa bersama anaknya Zulkifli,mengurut dan membantu membersihkan tubuh anaknya.Hanya itu sahaja yang dia mampu.Suraya juga tampak seakan sudah melupakan peristiwa hitam lalu.Junaidi juga tak pernah mengungkit cerita lama.Segala kelihatan kembali normal bagi mereka.

PASRAHWhere stories live. Discover now