Melayar Bahtera

2.2K 4 0
                                    

'Biji selasih rasanya lazat,
Di makan serasi membuang panas,
Sekali kasih sudah melekat,
Sampai mati takkan kulepaskan...'

Bahtera belayar merentasi malam yang gelap tanpa pelita dipasang supaya tidak kelihatan oleh beberapa sampan yang mengejar. Laksamana merenung jauh melihat sekiranya ada lampu-lampu kelihatan menandakan musuh semakin hampir. Namun dia pasti yang pemergian mereka tidak disedari sehinggalah keesokkannya.

Laksamana menjunjung titah yang maha hebat dari raja. Dengan tipu helah dia berjaya melarikan sang puteri negara jiran untuk dipersembahkan kepada rajanya. Raja yang terdengar akan kecantikan sang puteri namun malangnya sudah menjadi tunangan orang. Raja yang tidak dapat beradu dengan tenang selagi tidak memperisterikan sang puteri dan meniliki tubuhnya yang jelita.

Laksamana memang telah mendengar tentang kecantikan sang puteri akan tetapi apabila melihat dengan mata kepala sendiri hati dan jantungnya bergetaran. Dengan tipu helah, sang puteri juga tertarik dengan ketampanan wajahnya dan tubuh badan pendekar yang sasa memang mudah mengakibatkan wanita mudah jatuh cinta dan menyerahkan tubuh mereka dengan rela. Namun kali ini hatinya gundah gulana kerana tubuh yang kini berbaring dalam kamar bahtera hendak dimiliki oleh rajanya yang bertakhta.

Sang puteri berdebar menantikan ketibaan Laksamana. Hati dan jiwanya sudah diserahkan. Dia rela mempersembahkan tubuhnya sekiranya itu kemahuan Laksamana, namun berasa gelisah kerana Laksamana seakan menjauhinya setelah mereka mula belayar meninggalkan negerinya. Berbeza dengan tindak tanduk dan tutur kata Laksamana semasa mereka bertemu secara sembunyi-sembunyi di taman istana ayahandanya. Bagai hendak luruh jantungnya tatkala Laksamana memeluk tubuhnya dan membisikkan kata-kata asmara.

'Berahi sang puteri semakin meninggi, Terkenangkan Laksamana yang dekat dihati,
Hendak dipanggil menemani diri,
Agar nikmat dapat dikecapi...'

Namun sebagai wanita tak mungkin sang puteri menyerahkan diri. Hanyalah berharap yang Laksamana turut merasai. Sang puteri menunggu dalam gelisah sehingga tertidur didalam resah.

Laksamana akhirnya berasa tenteram apabila merasa pasti yang musuh tidak akan menghampiri. Masih jauh lagi pelayaran, kira-kira empat puluh hari lamanya untuk kembali ke negerinya. Pelayaran dari terbitnya matahari menuju ke bintang selatan sebelum mudik kembali ke arah bintang utara menuju terbenamnya matahari.

Setelah memberi arahan kepada anak-anak kapal agar jangan leka dan sentiasa membuka mata agar dapat melihat sekiranya musuh tiba, Laksamana mula turun dari geladak menuju ke kamar. Terdapat sebuah kamar yang besar terbahagi kepada dua, satu untuk dirinya dan satu untuk sang puteri. Kerana kamar terletak di bawah geladak, pelita sentiasa dinyalakan supaya tidak terlalu gelap. Walaupun terdapat tingkap-tingkap kecil supaya angin masuk namun ianya tidaklah menerangi kapal sehingga boleh terlihat dari jauh.

Di dalam kamar besar di atas pangkin, inang sang puteri telah lama terlena. Inang yang banyak membantu Laksamana meyakinkan sang puteri agar lari bersama Laksamana meninggalkan tunang dan negerinya. Laksamana mengambil gebar dan menyelimutkan inang yang dianggap bagai ibunya sendiri. Setelah pasti yang inang telah selesa, Laksamana menuju ke kamar kecil sang puteri untuk memastikan semuanya selamat terutamanya sang puteri yang bakal dipersembahkan kepada rajanya.

Dengan perlahan Laksamana membuka pintu kamar sang puteri, namun terpaku terpandang sesuatu yang menakjubkan. Sang puteri tidur mengiring dengan kainnya tersingkap menonjolkan betisnya yang gebu. Lama Laksamana memerhatikan pemandangan yang mengasyikkan itu sebelum menutup pintu kamar dan beransur ke kamarnya sendiri.

Sang puteri tersenyum sendiri...

Esoknya sang puteri baik ke geladak menikmati pemandangan. Laksamana menemaninya dengan setia walaupun tidak banyak mengeluarkan kata-kata. Apabila ditanya, Laksamana hanya mengatakan bahawa bimbang sekiranya musuh dapat mengejar. Bahtera yang besar itu belayar perlahan. Sampan yang kecil mudah menghampirkan diri sekiranya bahtera dapat dikesan. Laksamana tak bimbang diserang kerana dia hulubalang terbilang. Tiada sesiapa yang dapat menewaskannya dalam berkeris, termasuk juara dari pulau seberang. Laksamana cuma bimbangkan keselamatan sang puteri. Helah dan usahanya akan sia-sia sekiranya sang puteri berjaya dirampas kembali.

Malamnya seperti biasa selepas memastikan keadaan di atas geladak selamat, Laksamana turun ke kamar. Kali ini pemandangannya di kamar sang puteri lebih memukaukan. Kalau semalam kain tersingkap ke betis kiri, malam ini betis kedua-duanya sekali. Lama sekali Laksamana menghayati menahan nasfunya sebelum kembali ke kamarnya sendiri...

Sang puteri tersenyum lagi...

'Malam berganti siang, siang berganti malam,
Matahari tenggelam timbulnya rembulan,
Hasrat dihati sukar dipendam,
Namun ditahan agar raja tak kempunan...'

Taat kepada raja atau menurut kemahuan hati? Itulah yang bermain difikiran Laksamana. Menurut firasatnya sang puteri memang sudah menyerah hati padanya. Tanpa perlu dipaksa tubuh samg puteri juga mampu dimilikinya. Namun apakan daya, taat setianya tak berbelah bagi. Laksamana lebih rela mati dari menderhaka kepada raja.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pelayaran berakhir. Laksamana kini sudah tenang kerana sekiranya pun musuh dapat mengesan, bantuan dari negerinya akan segera tiba. Bahtera sudah melintasi Pulau Singa dan sudah hampir sampai ke jajahan negerinya.

Malam tiba lagi dan sampai masanya Laksamana menjamu mata. Dari betis, kain sudah tersingkap ke peha mmenyebabkan Laksamana makin dilanda asmara. Laksamana berharap keindahan yang serupa namun malam ini lebih dari biasa.

Apabila pintu kamar terbuka, pemandangan yang lebih menakjubkan terhidang di depan mata. Sang puteri hanya berkemban, dengan simpulan yang kemas melilit menonjolkan sepasang bukit subur di dada. Kemban yang singkat menampakkan peha dan betis yang putih bersih dan gebu.

Entah berapa lama Laksamana terpaku memandang keindahan tubuh yang terbaring di depannya. Hatinya berbelah bagi, sama ada mundur atau maju pergi. Terkenangkan raja pasti mundur, terkenangkan diri pasti pergi.

Akhirnya Laksamana terkenangkan raja, namun belum sempat dia mengundur diri, namanya di panggil dengan lembut. Nampaknya sang puteri sudah tak mampu menahan diri. Simpulan kemban di dada dilonggarkan perlahan sehingga terserlahlah dua bukit kembar yang menawan. Mata bersinar terbuka menantikan tindakan Laksamana. Peha direnggangkan bagai mengundang pemandangan yang sebelum ini rahsia dan tersembunyi.

Taat setia Laksamana pada raja mula berbelah bagi. Sekali melangkah Laksamana tak kan berundur. Akhirnya Laksamana menetapkan hati. Lantas menutup pintu kamar menuju ke pangkin di mana sang puteri sedang menanti.

'Setelah tiba dirangkulnya sang puteri,
Bibir bertemu nikmat dicari,
Bukit di dada turut diserang,
Sehinggakan sang puteri mula mengerang...'

'Tangan Laksamana tebal mencengkam,
Membuatkan sang puteri gelisah tak tenteram,
Kini susah pasti bukan lagi angan-angan,
Ingin menggenggam keris ditangan...'

'Gelanggang sudah tersedia kini,
Menanti pertarungan Laksamana dan puteri,
Keris terpacak sarung menanti,
Tiada yang penting selain hajat di hari...'

'Keris ditikam ke dalam sarung,
Membuatkan sang puteri terpekik meraung,
Walaupun pedih rasanya menyabung,
Namun nikmat lebih menggunung...'

'Apabila sakit semakin menghilang,
Rasa nikmat mula mendatang,
Keris ditikam dicabut kembali,
Sang puteri mendesah berulang kali...'

'Apa gunanya bertih direndang,
Bila tidak dapat dimakan,
Apa guna nya berkasih sayang,
Bila tegak tiada sepadan...'

'Kini Laksamana terbaring menanti,
Untuk sang puteri pula mengemudi,
Keris di tangan tegak berdiri,
Tunggu menikam sarung puteri...'

'Keris dibenam dalam sekali,
Bagai tersusuk ke dalam hati,
Perigi yang basah mula digali,
Bukit bergoncang tidak berhenti...'

'Setelah lama bahtera belayar,
Kini hampir tiba ke pantai,
Hutang tertunggak sudah dibayar,
Sehingga dua tubuh tersadai...'

'Perigi yang kontang sudah dibanjiri,
Namun hajat masih di hati,
Peluang yang tiba tak mungkin dilepasi,
Puteri diserang lagi sekali...'

'Dari malam hingga ke pagi,
Gagahnya Laksamana mengkagumkan puteri,
Walauapapun yang mungkin terjadi,
Kemahuan di hati tetap dituruti...'

'Dua tubuh tidur bersatu,
Tak hiraukan jika ada yang tahu,
Titah raja sudah dilupai,
Madu dihirup nikmat dirasai...'

Pelayaran masih ada beberapa hari lagi sebelum tiba. Laksamana sudah tidak peduli lagi. Begitu juga sang puteri. Mereka masih lagi melayar bahtera merentas samudera tanpa mengira apa yang bakal terjadi nanti...

Tamat. 

Cereka Sepintas LaluWhere stories live. Discover now