Dhiya (I)

1.4K 4 0
                                    

Dhiya memang marah. Dia marah kepada suaminya. Dalam keadaan dia sedang sarat ini suaminya masih lagi suka keluar memancing. Memanglah menurut pengiraan Dhiya cuma akan bersalin dalam masa 3 bulan lagi, namun bila dah masuk 6 bulan kandungan ni macam-macam boleh berlaku. Lagipun ini merupakan kandungan yang pertama. Memang Bahari gemar memancing tak kira siang atau malam tapi tindakan suaminya kali ini membuatkan Dhiya lebih bengang. Suaminya telah merancang untuk pergi memancing dan bermalam hujung minggu di Tasik Kenyir bersama rakan-rakannya. Pergi hari Sabtu pagi balik Ahad petang. Malam sebelum Bahari bertolak, Dhiya merajuk dan malas hendak bercakap demgan suaminya. Dhiya bersendirian menonton Netflix dan apabila bosan dia membuka Wattpad dan membaca cerita-cerita yang ditulis di dalamnya.

Dhiya memang gemar membaca cerita-cerita dewasa. Tambahan lagi semenjak dia mengandung suaminya jarang sekali menyentuhnya mungkin kerana Bahari khuatir hubungan seks yang kerap akan menjejaskan kandungannya. Dhiya tidak begitu gemar menonton filem lucah kerana baginya dengan membaca berahinya akan lebih meninggi. Ini kerana dengan membaca Dhiya akan menggunakan imaginasi yang lebih tinggi berbanding secara visual sahaja. Selalunya Dhiya akan memuaskan nafsunya dengan jari apabila membaca cerita-cerita yang memberahikan namun malam ini kerana suaminya sedang berbaring tidur di sisinya.

Terdapat beberapa penulis yang Dhiya minati dan follow. Dia juga sering berbual dengan penulis-penulis serta pembaca lain di ruangan komen cerita yang digemarinya. Dhiya bagaimanapun jarang berbual di ruangan mesej peribadi kerana kebanyakkan mesej-mesej yang diterimanya adalah dari lelaki-lelaki nakal. Dhiya ada juga melayan sekali sekala, itupun kalau dia memang benar-benar sedang bosan.

Terdapat beberapa notification yang masuk. Dia tertarik melihat satu notification dari seorang penulis wanita yang Dhiya selalu membaca ceritanya. Yang membuatkan Dhiya tertarik adalah apabila penulis itu tidak dapat menerbitkan bahagian terbaru sebuah cerita yang Dhiya ikuti minggu ini kerana terpaksa keluar daerah beberapa hari bermula esok. Yang membuatkan Dhiya lebih tertarik lagi ialah penulis itu akan berada di bandar tempat dia tinggal.

Dhiya membalas di ruangan komen notification itu memberitahu yang penulis akan berada di bandar yang sama dengannya dan secara bergurau menyatakan ingin membelanja penulis wanita itu makan tengah hari sekiranya sudi. Penulis itu membalas supaya Dhiya menghantar mesej peribadi kepadanya sekiranya Dhiya mahu. Selepas itu Dhiya kembali menyambung membaca cerita yang lain. Walaupun sebenarnya Dhiya bukan berniat sangat, dia menghantar mesej peribadi melalui Wattpad kepada penulis wanita itu.

'Hi sis, welcome to my city. Kalau sudi I nak jumpa u belanja minum atau makan... If you're free lah... ❤️'

Tanpa mengharap atau menantikan jawapan, Dhiya menutup telefon bimbitnya lalu tidur membelakangi suaminya Bahari yang sedang berdengkur itu.

Esok paginya selepas Bahari meninggalkan rumah, Dhiya membuka applikasi Wattpad. Dia mendapati tiada jawapan dari penulis dan menganggap bahawa penulis mungkin sibuk. Lagipun Dhiya tidaklah menjangka apa-apapun dan dia juga mengganggap semuanya sebagai gurauan sahaja. Selepas mandi dan bersarapan ringkas Dhiya mengemas rumah sebelum berehat menonton siri Korea yang diminatinya di Netflix. Dhiya bercadang untuk keluar dan makan tengah hari di luar nanti kerana dia malas memasak hanya untuk dirinya. Dia sudah lama tidak makan makanan western dan bercadang untuk makan steak lewat tengah hari nanti. Dia tidak bercadang untuk pergi pada waktu kebiasaan orang makan tengah hari tetapi mungkin lewat sikit.

Setelah habis menonton lebih kurang pukul 2 petang itu, Dhiya mandi sekali lagi untuk bersiap-siap. Dia memilih untuk memakai gaun untuk wanita mengandung yang agak ketat dan menampakkan bentuk konturnya yang masih menarik walaupun perutnya sudah membesar sedikit. Dhiya memang tidak gemar memakai tudung kecuali pada waktu bekerja. Itupun sebab semua pekerja wanita di pejabatnya memakai tudung dan Dhiya tidak mahu kelihatan asing. Setelah selesai bersiap, Dhiya pun memandu menuju ke restoran yang menghidangkan steak kegemarannya di Taman Pelangi.

Dhiya sampai di sana lebih kurang pukul 4 petang. Tidak ramai pengunjung di restoran itu pada waktu itu dan kebanyakkannya datang berpasangan atau berkumpulan. Disebabkan Dhiya hanya berseorangan, dia memilih meja kecil di hujung yang muat untuk 2 orang sahaja.

Sementara menantikan makanannya dihidangkan, Dhiya membuka applikasi Wattpad untuk melihat jika ada cerita-cerita baru yang boleh diikutinya nanti. Dia melihat atas mesej awalnya telah dibalas oleh penulis itu.

'Hi dear, sorry lambat balas... Baru settle kerja. Nak pergi makan kat Grill Bar. Nak datang? I belanja... ;)'

Dhiya melihat yang mesej itu dihantar lebih kurang 2 jam sebelumnya, sewaktu Dhiya masih berada di rumah. Memikirkan yang penulis wanita itu mungkin sudah makan, Dhiya pun membalasnya.

'Alamak sis, sorry... I baru baca message you... I kebetulan memang kat sini... Baru nak makan...'

Tidak lama kemudian Dhiya mendapat jawapan.

'Oohh... Tak apa... You makan dengan sapa dear?'

'I sorang saja... Hubby outstation...'

'Dah lama married? Dah ada anak berapa dear?'

'Baru jer sis... Tengah pregnant anak sulung... Sis dah kahwin ker? Kalau baca dari cerita tu macam dah banyak experience... :)'



Lama juga Dhiya menanti sebelum mendapat jawapan. Dhiya terus makan dahulu kerana steak yang dipesannya sudah sampai. Disebabkan sudah lama tidak makan sebegitu, Dhiya makan sepuas-puasnya sehingga pinggannya licin.

Setelah selesai makan, Dhiya membuka kembali Wattpad dan mendapati mesejnya telah dibalas.

'Enjoy you meal dear... That steak looks nice... *wink*'

Dhiya tensentak. Apakah penulis wanita itu masih berada di sini? Dari cara penulisan, Dhiya mengagak yang penulis itu ialah seorang wanita Melayu tetapi dia tidak melihat ada wanita Melayu berada di restoran tersebut yang menjadi pengunjung. Cuma ada beberapa wanita Cina dan juga pelancong dari barat. Yang ada ialah sekumpulan lelaki Melayu yang dilihatnya sudah agak berusia. Mungkin dalam lingkungan 40an atau 50an. Mungkin wanita itu sudah beredar tadi namun memang semenjak dia tiba, Dhiya tidak perasan akan kehadiran mana-mana wanita Melayu. Dhiya lalu memanggil pelayan untuk membayar bil makanan.

Apabila bil sampai, Dhiya terkejut lagi kerana diberitahu yang bilnya sudah diselesaikan. Apabila bertanya, Dhiya diberitahu yang bilnya dibayar oleh sekumpulan lelaki berusia tadi yang duduk tidak jauh dari mejanya. Hendak bangun pergi bertanya dan juga berterima kasih Dhiya malu kerana mereka semuanya lelaki. Lagipun Dhiya langsung tidak mengenali mereka. Nak dikatakan kawan-kawan suaminya Dhiya tak yakin kerana mereka lebih berusia. Umur suaminya cuma setahun tua daripadanya yang berusia awal 30an.

Akhirnya sekumpulan lelaki itu bangun meninggalkan restoran itu kecuali seorang sahaja yang masih duduk dan memandang ke arahnya. Lelaki itu masih kelihatan segak sesuai dengan umurnya yang dalam agakkan Dhiya dalam lingkungan akhir 40an. Dhiya melihat lelaki itu tersenyun lalu dia membalas senyuman lalu lelaki itu perlahan bangun dan menuju ke mejanya.

"Hi... May I sit here?"

"Eer... Please... Sure..."

Setelah lelaki itu duduk di kerusi berhadapannya Dhiya pun membuka mulut.

"You all belanja I ker tadi? Janganlah... I bayar balik kat you eh?"

"Eehh... Tak apa... Ikhlas... Kesian tengok bakal ibu mengandung makan sorang-sorang sampai tak angkat muka..."

"Allaaaa... Malu la encik... Dah mengidam lama tak makan macam ni... Anyway thanks ya..."

"Tak payah la encik-encik ni... Rasa macam dah tua walaupun memang dah tua... Hehehehhe...."

"Hmmmm... Nama encik... Eerr... Nama abang siapa?"

"Danial... You?"

"Dhiya... Nice to meet you... Memang asal sini ker bang?"

"Tak... Dari KL... Saja datang sini main golf kat Palm Resort dengan kawan-kawan... Tukar angin... Dhiya memang orang sini?"

"Yes... Lahir sini... Tinggal sini... Kahwin sini..."

"Bila nak dapat baby tu? Sorry if soalan tak sesuai..."

"It's okay bang... Baru 6 months... Dhiya pun boring... Hubby outstation... Bukan pasal kerja... Memancing...."

Entah kenapa Dhiya bagai senang untuk meluahkan perasaan di depan lelaki yang baru dikenalinya. Selalunya dia tidak begitu namun mungkin marahnya kepada Bahari belum hilang menyebabkan dia menjadi begitu. Mereka berbual panjang mengenali diri masing-masing. Akhirnya lelaki itu memberitahu yang dia tidak mahu lagi mengganggu Dhiya dan meminta izin untuk mengundur diri dan pulang ke hotel.

Dhiya mengangkat telefon bimbitnya untuk melihat waktu. Dia ternampak ada beberapa mesej masuk termasuk dari aplikasi Wattpad. Apabila membukanya dia melihat mesej daripada penulis wanita itu masuk.

'Nice talking to you Dhiya... *wink*'

Dhiya mengangkat mukanya memandang lelaki yang sedang tersenyum di depannya.

"Oh my God! You?" kata Dhiya yang terkejut sambil menutup mulutnya.

"Yes... The name is just a character I created when chatting online sometimes... It was never meant to decieve but a lot of people really think a woman wrote all those stories..." balas Danial sambil tersenyum.

"Actually I did write a bit about my bio there but most people don't read that part. They only see the photo, look at the name and assume that I'm a woman..." balasnya lagi sambil tersenyum.

"I've never imagine... Hmmmm... I confess I only read your stories and didn't read your bio too... Anyway, why choose a woman's name? " jawab Dhiya.

"Oh, it's just one of my persona... I don't use the name all the time.. Usually I use a man's name but there are times that I want a woman to woman talk you know... There are some things that a woman is comfortable to talk only with another woman just like there are some things that we men can only talk with another men... Panjang la cerita dia... Maybe if got time we can chat again... Don't want to keep you here forever..." balas Danial sambil tersenyum.

"Anyway... Nice talking to you... I'm sorry again if you think I've decieve you... Guess I need to go back to my hotel..."

"It's okay bang... Anyway I really like you stories... Really turns me on..." Dhiya menyambung sambil berbisik perlahan.

"How are you going back?" sambung Dhiya lagi.

"Ooh... Maybe I'll look for a cab or take Grab lah... Tak jauh pun..."

"Janganlah... Let me send you. It's on my way home anyway. At least kira macam thank you sebab belanja Dhiya makan..."

"Are you sure? Tak menyusahkan ker?"

"Tak lah bang. Jom, let's go..."

Dhiya dan Danial lalu meninggalkan restoran itu dan menuju ke hotel tempat Danial menginap dengan kereta yang dipandu Dhiya...

Tamat.

Nota: bahagian kedua kisah ini disambung di dalam 'Fiction at a Glance'. 

Cereka Sepintas LaluWhere stories live. Discover now